Contact Me

I started practising natural healing since 2007. The herb I have been using is LINGZHI, it is a type of mushroom, an adaptogen and also a powerful detoxifier. I fall in love with how it works greatly to strengthen our body.
I hope to share the knowledge / experiences I gained since I started this alternative medicine and hope that everyone can benefit from it too.
I would also want to help those in need of a financial freedom, through network marketing I am doing that is the Shuang Hor Business.
Contact me if you are interested in knowing the natural alternative medicine or the nature of the Shuang Hor business.

CONTACT ME:
Email Address:
izura.ishak@gmail.com
Facebook Page: Lactoberry
Phone No: +6011 5922 5502
Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCeQGGubkr8O8V_1N8Udsoaw


Pages

Showing posts with label Kulit. Show all posts
Showing posts with label Kulit. Show all posts

Sunday, 15 March 2020

PROBIOTIK TERBAIK UNTUK USUS

Salam Health Lovers,

Dalam dunia ni, ada orang jahat dan orang baik.
Tapi untuk pastikan dunia tu selamat, kita mesti nak orang baik sahaja di sekeliling kita, betul tak? Tapi susah dan mustahil nak jadikan situasi ni satu kenyataan.
Cara terbaik nak pastikan dunia ni selamat, kita pastikan bilangan orang baik tu lebih daripada bilangan orang jahat. Tak adalah rosak cepat dunia tu kan?

Mesti ada yang dah pelik apa lah yang saya merepek pasal orang baik orang jahat ni 😂

Sebenarnya, saya cuba nak relatekan situasi ini dengan keadaan usus kita.

Dalam usus kita ada berTRILION bakteria, dan macam manusia, ada bakteria yang baik dan ada juga yang jahat.
Bakteria baik ini berfungsi untuk mencernakan makanan dalam badan. Jadi penting untuk kita perbanyakkan bakteria baik dalam usus kita untuk menjamin usus yang sihat. Sekurang-kurangnya, kita perlu pastikan ada 85% bakteria baik dalam usus kita.

Macam mana ada bakteria jahat pula?
Datang dari pemakanan yang tidak sihat, terutamanya junk food.

MACAM MANA NAK ADA BANYAK BAKTERIA BAIK DALAM USUS?
Dengan mengambil probiotik (bakteria baik) dengan konsisten.

Produk Shuang Hor yang menjadi favourite saya sekeluarga, terutama sekali anak saya adalah LACTOBERRY.

Apa yang lainnya LACTOBERRY ini berbanding produk probiotik di luar sana?

1) Teknologi Berbilang Penyalutan
Kebanyakan probiotik yang tidak disalut dengan baik mempunyai kekurangan dari segi ketidakupayaan menahan asid dan tidak dapat bertahan lama lantas akan hilang kecergasannya setelah dihakis asid gastrik. Beri Asli dengan Probiotik Shuang Hor menggunakan teknologi penyalutan berbilang lapisan menyamai suhu badan manusia yang tercanggih, ia bukan sahaja dapat mengatasi kekurangan di atas malah keberkesanannya juga lebih terserlah:
  1. Boleh tahan asid gastrik, boleh simpan lebih lama, selepas melepasi asid gastrik dan hempedu, ia masih kekal aktif serta tidak terjejas dan seterusnya dibebaskan di dalam saluran usus bagi mencapai kesan peningkatan daya imun.
  2. Bahan penyalutan mengandungi serat prebiotik oligosakarida semula jadi yang dapat membantu menstabilkan pembiakan bakteria asid laktik di dalam saluran usus supaya ia tidak cepat dikeluarkan bersama najis.
Senang cerita, bakteria baik yang kita makan ini akan kekal AKTIF dan HIDUP selepas melalui mulut, trakea hinggalah sampai ke usus. Kalau bakteria tu tak hidup dan aktif, tak gunalah kita ambil hari-hari.

2) Ia juga mengandungi PREBIOTIK (makanan untuk probiotik supaya dapat membiak dengan baik dalam usus)
Bifidobacterium Longum: Mengekalkan keseimbangan flora bakteria usus yang normal, menyekat pembiakan bakteria punca penyakit, mencegah sembelit dan mengawal disenteri. Bifidobacterium Longum membiak di dalam usus besar manusia, ia dapat menghasilkan kumpulan Vitamin B serta pelbagai jenis enzim yang berguna untuk membantu penghadaman, mencegah cirit-birit yang berpunca daripada antibiotik atau bakteria penyebab penyakit. Selain itu, ia juga dapat membantu badan melawan jangkitan, menghapuskan bakteria berbahaya, memperkuat sistem imun, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit usus, dan mengurangkan risiko penyakit kanser.

Senang cerita, bakteria baik yang kita makan ini akan membiak dan membiak dan menendang bakteria jahat keluar dari usus dan boleh lah mencapai piawaian usus yang baik (85% bakteria baik dalam usus).

3) Ia mengandungi 3 jenis beri
  • Serbuk Cranberi: Antosianidin yang terkandung di dalam cranberi dapat mencegah ancaman E.Coli terhadap saluran kencing; memandangkan 80% - 90% daripada jangkitan saluran kencing berpunca daripada E.Coli, maka kandungan istimewa di dalam cranberi ini dapat menghalang kuman E.Coli melekat di saluran kencing sekali gus mengelakkan jangkitan.
  • Serbuk Raspberi: Berkesan mencegah sembelit.
  • Serbuk Beri Biru: Suplemen berkhasiat antipenuaan semula jadi, dapat menghapuskan radikal bebas, menggalakkan penyingkiran sisa metabolisme

Senang cerita, Lactoberry ini bukan prebiotik dan probiotik semata-mata. Ada banyak lagi kandungan yang berkhasiat yang diperlukan oleh usus. Rasa pon sedap, anak-anak confirm suka.


 Kami sekeluarga memang tak pilih yang lain. Lactoberry di hati (dan usus hihi)💗
Lactoberry (1 kotak=30 sachets)Harga Ahli: RM70
Harga Bukan Ahli: RM84

Nak dapatkan sample? Whatsapp Izura.



Friday, 30 January 2015

VCare Shower Gel - Sabun Mandi Semulajadi

Salam :)

Mandi itu perlu. Nak-nak lagi dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembab, buat badan mudah melekit kan?
Selain daripada untuk membersihkan badan dan kulit daripada kotoran / daki, mandi dapat melancarkan peredaran darah , memberi lebih kesegaran pada badan kita kerana darah sudah lancar. Jadi badan tidaklah rasa lesu dan penat selepas mandi.

Bulan lepas, saya berjalan-jalan di satu pusat membeli belah. Sale merata-rata. Memandangkan shower gel saya hampir habis, saya pun tergerak untuk membeli sabun semulajadi yang lain. Dek kerana takut tidak sesuai dengan kulit, saya hanya membeli botol yang kecil sahaja. Tetapi tak tahu, nafsu shopping menggila, saya beli hingga 3 botol , semuanya berlainan brand. Saja nak cuba :P
Selepas menggunakan ketiga-tiga sabun ini, saya boleh katakan ia TIDAK BOLEH lawan dengan VCare Shower Gel. Bukan nak menangkan produk sendiri, tetapi ini yang saya rasa setelah mencubanya sendiri.
Dari segi kesihatan, bahan-bahan yang digunakan memang tiptop. Jadi tidak perlu risau jika ia membahayakan kulit atau tidak.
Dari segi bau, saya akan beri lebih kredit pada produk lain, kerana boleh memilih bau yang kita suka. VCare hanya ada 1 pilihan sahaja. Walaubagaimanapun, kedua-dua produk mempunyai haruman menyenangkan.
Dari segi rasa selepas mandi, kedua-duanya memberikan rasa segar dan kulit menjadi lebih lembut.


Yang membuatkan saya pilih VCare Shower Gel ialah rasa sabun itu sendiri. Amaun yang digunakan tidak perlu banyak untuk membersihkan badan jika dibandingkan dengan produk semulajadi yang lain. Bila saya guna produk lain, masih rasa tidak cukup bila sabun diratakan pada kulit.
Memang harga VCare Shower Gel mahal sedikit daripada produk lain yang saya cuba (RM 30 / 300 ml), tetapi sangat berbaloi. 'Value for money' lah senang cerita.

Mungkin perbandingan saya ini sangat sedikit, tetapi kepuasan selepas menggunakan produk penting bagi saya.
Saya tidak tahu tentang anda, mungkin boleh cuba dan anda nilai sendiri :)







Sunday, 12 October 2014

AQUA SENSE SUNSCREEN-Lindungi kulit anda daripada sinaran UV

Assalamualaikum

Sebelum ini saya tidak mengambil peduli tentang sinaran UV.
Antara perkara yang paling tidak digemari terutama sekali bagi golongan wanita tentang sinaran UV ini ialah -ia boleh mempercepatkan penuaan kulit!

Saya berasal dari Malaysia, alhamdulilah dikurniakan dengan cuaca tropika, mendapat sinaran matahari setiap hari.Jadi, bagi mereka yang juga duduk di kawasan yang mendapat sinaran matahari setiap masa, perlulah mengambil tahu tentang kesan sinaran UV ini kepada kulit kita.

Rupa-rupanya, bukan sahaja sinaran daripada matahari yang perlu dielakkan, malah sinaran daripada mentol lampu di rumah juga perlu diambil kira di sini. Oleh itu, disarankan untuk kita memakai 'sunblock' atau krim tabir suria ini setiap hari , pagi dan malam untuk memastikan kecantikan dan kesihatan kulit kita terjaga.

Apa sebenarnya UV ini?
UV adalah berasal daripada perkataan inggeris -Ultra Violet. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah sinaran ultra ungu. Ia boleh menyebabkan kerosakan tertentu pada sel kulit kita.

Saya ingin menerangkan 2 jenis UV:

UVB- panjang gelombangnya antara 280 - 320 mm.
Menyebabkan kulit cepat menjadi merah, terselar, dan jika dibiarkan berpanjangan, akan menyebabkan penuaan kulit dan kanser kulit.

UVA - panjang gelombangnya antara 320-400 mm.
Sinaran ini lebih bahaya daripada UVB, tindakan radikal bebasnya boleh merosakkan protein kolagen dan elastin, mempercepat penuaan kulit serta merosakkan DNA secara tidak langsung. Berita buruknya, kerosakan ini adalah kekal :(

Tidak banyak produk yang selamat bahan kimianya dan boleh menjaga kulit kita daripada kedua-dua sinaran UVA dan UVB sekaligus.
Saya sangat-sangat gembira selepas produk Aquasense ini dilancarkan. Salah 1 produknya ialah AQUASENSE SUNSCREEN. 
Produk ini dapat memberi perlindungan menyeluruh daripada sinaran UVB dan UVA. Ia juga ditambah dengan Canadian Willowherb dan Rumpai Laut, ramuan anti sensitif untuk memberi perlindungan tambahan kepada kulit serta membaiki DNA yang rosak. Teksturnya juga halus, dan tidak berminyak.
Saya juga menggunakan suncsreen ini sebagai foundation, jadi lebih jimat disitu :)

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk ini atau ingin tahu dengan lebih lanjut, bolehlah hubungi saya :)



Thursday, 8 May 2014

Skin Allergies / Diseases-Contributor

Salam

There are many types of skin allergies / diseases. Some are mild, but some can be irritating and contagious!
Most people will go and see the doctor. The doctor will give you either meds to eat or meds to apply on the skin.
But many do not realize that the things around us can also contribute to the factor of these skin allergies /diseases to aggravate.
Your soap used to clean your body. The shampoo used to clean the hair. The skin care / make ups that guarantee you to look beautiful, the floor / toilet cleaner used, the detergent to wash the clothes, the liquid soap to wash the dishes. This goes to ANYTHING THAT HAS DIRECT CONTACT TO YOUR BODY. 
Please use those that are chemical free, plant base preferably, environment friendly and easy to the skin.

These are the products that you can put into consideration.




Kindly contact me if you are interested in any of these products ya!
Here's to a healthier skin! 

Tuesday, 4 March 2014

AQUASENSE HYDRATING TONER -Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit muka sensitif

Assalamualaikum

Saya nak share tentang 1 produk yang sangat-sangat best -AQUASENSE HYDRATING TONER.
Knapa best? Sebab bila saya guna, kulit saya dah tak berminyak! White heads pon senang sangat nak buang. Merah-merah pada kulit pun jarang ada. Saya perasan tentang perubahan ini selepas saya apply 3 lapisan toner pada kulit muka saya.
Macam mana 3 lapisan tu?
Saya apply 3 kali lah kirenye. Gunakan 3 facial cotton yang berbeza. Membazir?? Takdelahhh kalau nak bandingkan dengan hasilnya yang sangat SUPERB!

Tau tak ramuan yang digunakan hanya boleh didapati di ANTARTIKA??

Hydrating Toner ini bukan sahaja boleh diapply pada kulit muka, malah pada mana-mana kulit di badan!
Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami ekzema atau elergi yang teruk :)

Bacalah lagi kat bawah ini untuk lebih info :)
BERMINAT?? Cepat-cepat comment untuk order :D

Ramuan nadir yang berharga —Antarcticine
Menunjukkan fungsi pengekalan lembapan serta antikedutan yang optimum

Ahli sains mendapati bahawa bakteria yang diperoleh dari mendapan di dasar lautan Antartika merembeskan sejenis sebatian eksopolimer yang boleh disebarkan secara mudah di stratum korneum, dapat bertahan dengan suhu air di persekitaran yang sangat sejuk untuk mengekalkan kesempurnaan kulit. Selain itu, ia juga dapat membekalkan jalinan akontosis epidermis di lapisan korteks dan basal, sangat berfaedah untuk pengisian lipid keratinosit dan lipatan.
Antarcticine yang diproses dengan teknologi membran molekul:
  • Dapat menormalkan keratinosit, sangat berkesan untuk memulihkan kulit yang terlalu kering dan cedera.
  • Dapat merangsang pertumbuhan fibroblas dan pembentukan kolagen dan elastin, berkesan mengatasi masalah kedutan.
  • Faktor Pelembapan yang dapat mengunci lembapan, mengekalkan fungsi perintang kulit semula jadi.
Pengekstrakan suhu luar biasa rendah , mengekalkan aktiviti biologi ekstrak tumbuhan secara maksimum:
  • Ekstrak Meadowsweet: berupaya mencegah keradangan, melega dan menyihatkan
  • Ekstrak Mentimun:mencegah keradangan, menghentikan rasa gatal-gatal, berkesan mengatasi simptom gangguan permukaan kulit , menenangkan dan merapikan kulit.
  • Ekstrak Burdock: berkesan menyingkirkan toksin, melaraskan sebum, mencegah kejadian bintik putih dan jerawat.
Ramuan istimewa lain:
  • Canadian Willowherb: berkesan melegakan alergi kulit, pengelupasan, rasa ketat dan gatal-gatal.
  • Natrium Hialuronat, γ-PGA, Campuran Asid Amino, Faktor Pelembapan Semula Jadi (Natrium PCA): ramuan pengekalan lembapan yang cemerlang, sangat mesra kulit, terutamanya γ-PGA yang merupakan multi biopolimer semula jadi hasil penapaian asid L-glutamik, dapat menyerap air sehingga 3500 kali.
  • Ekstrak Corallina Officinalis : mengandungi 200 ribu kali lebih banyak kandungan nutrien dalam air laut, dapat memastikan metabolisme tisu kulit yang sihat, operasi sel yang sihat supaya nada kulit kelihatan lebih baik.

Friday, 31 January 2014

GREENZHI -GEL SERBAGUNA



ASSALAMUALAIKUM
Saya ingin berkongsi kandungan dan khasiat yg terdapat dalam GREENZHI kami.
Sebenarnya, ia bukannya hanya digunakan untuk menggosok gigi, tetapi banyak lagi kegunaan. Itu lah sebabnya kita panggil ubat gigi pelbagai guna.

Kegunaan GREENZHI selain untuk gigi:
1. Boleh digunakan untuk kesan lecuran. Tidak kira melecur disebabkan air panas, iron yang panas, terpegang permukaan yang panas dll. Lalukan kesan lecuran itu bawah air sejuk, kemudian sapukan dalam amaun yang banyak pada kesan lecuran itu. Pedih sedikit pada awalnya, tetapi rasa sakit akan hilang gradually. Kesan parut pun boleh cepat hilang.
2. Boleh disapu pada jerawat di muka (atau di mana-mana bahagian badan). Memang kita (especially wanita) tidak suka bila jerawat tiba-tiba muncul di muka. Tak perlu risau, hanya sapu di jerawat berkenaan dan biarkan semalaman. Jerawat akan cepat kering dan kecut. Untuk kesan lebih efektif, cuci muka dengan Greenzhi pada pagi itu.
3. Kegatalan pada kulit. Gatal boleh disebabkan oleh banyak perkara, boleh jadi alahan kepada sesuatu, digigit oleh serangga dll. Boleh sapu Greenzhi pada tempat yang gatal. Ia akan meredakan rasa gatal itu, so tak perlu nak garu sampai luka (o 'oo)
4. Luka. Hanya sapu pada tempat yang luka, Greenzhi boleh mempercepat proses ia kering dan sembuh.
5. Ulser Mulut atau orang melayu kata 'mata ikan'. Letak Greenzhi di mata ikan itu.
6. Bengkak / lebam yang disebabkan oleh alahan atau jatuh atau apa-apa sahaja boleh diredakan dengan menyapu Greenzhi di tempat yang bengkak.
7. Bibir kering. Hanya sapukan greenzhi (dicampur sedikit dengan air) pada bibir setiap malam.
8. Untuk mengecilkan perut yang buncit, boleh sapu Greenzhi di sekeliling perut dan dibiarkan semalaman. Bilas pada keesokan harinya. Lakukan beberapa kali hingga dapat hasil yang diingini :D
9. Sakit gusi (ngilu/bengkak). Hanya sapukan pada tempat yang sakit.
10. Pencuci Wanita / Feminine Wash.

Kesimpulannya, Greenzhi ini boleh dijadikan sebagai First Aid kita dirumah kan?

Tips membeli GREENZHI:
1) beli 2 kotak.
a. 1 sebagai 1st aid
b. digunakan hari-hari untuk menggosok gigi
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Copy paste from the website

Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Ekstrak Neem, Aloe Vera yang pekat, Xilitol dan Klorofil.

Nano Ganoderma Lucidum
Triterpenes dalam Ganoderma / Lingzhi dapat mengawal mutan streptokokus menghasilkan dekstran, seterusnya mencegah plak dan kerosakan gigi.
Polisakarida pula dapat mempergiatkan peredaran darah tisu-tisu di gusi, juga dapat mengaktifkan mukosa oral untuk menjaga kesihatan mulut.

Ekstrak Neem / Semambu
Mengelakkan gigi menjadi kuning dan dapat memutihkan gigi, dapat mencegah pendarahan atau kesakitan gusi dan mulut berbau .Ia juga dapat mengelakkan radang yang disebabkan oleh kerosakan gigi, mencegah kemerebakannya serta menyihatkan gusi, mencegah mulut berbau dan ulser mulut.

Aloe Vera
Dapat memperbaiki permukaan gusi, membunuh bakteria dan mencegah karang gigi. Ia sangat berkesan untuk mengekalkan kebersihan mulut.Xilitol
Xilitol bersifat manis, segar dan berhaba rendah. Ia tidak mudah menghasilkan bahan berasid kerana penapaian mikroorganisma, jadi dapat mencegah pembentukan streptokokus plak. Kandungan yang berkualiti dapat mencegah kerosakan gigi.

Klorofil
Dapat mencegah pendarahan gusi, mulut berbau, juga dapat menguraikan sisa makanan di dalam celah-celah gigi untuk menjaga kebersihan mulut. Ia berkesan untuk meredakan keadaan sensitif di gusi.

Kandungan-kandungan Lain:
Gel semula jadi
Gel yang lutsinar dan semula jadi dapat mengurangkan geseran semasa memberus gigi, seterusnya mengelakkan kecederaan enamel.

Agen pembuih semula jadi
Menggunakan agen pembuih yang diekstrak daripada kelapa dan jagung. Ia bersifat natural, lembut, selamat dan tidak beracun. Ia juga berkesan untuk menentang bakteria dan mencegah kerosakan gigi.

Pudina semula jadi
Berbau segar dan tidak pedas. Ia sesuai digunakan untuk sekeluarga termasuk anak-anak kecil.

Friday, 7 June 2013

Beauty Sleep

Assalamualaikum

Have you heard of beauty sleep? According to Wiktionary, it defines as sleep before midnight, on the believe that early sleep hours conduce to health and beauty.
I strongly agree with the definition. I have even tried experimenting this myself.
Try to sleep at 10pm every night for a week. Wake up at 5am. You'll notice you woke up fresh and energetic. Your skin texture is smoother. No horrible eye bags or panda eyes. All this will lead to a happy mode in the morning and through out the day insyaAllah.
You will have ample time to perform tahajjud, do some light exercises, read few pages of any reading materials, take a cold shower, perform subuh,  and get ready for your day. It will be definitely great if you can make this as your daily habit.

How can sleep early lead to all these goodness??
Do you know that from 10pm to 2am is the cells regeneration time? If you are able to sleep during this hour, all 3 TRILLION cells inside your body will have the luxury opportunity to regenerate. Since our body is in hibernating mode (when we sleep), the cells are not use to do any work. Hence, regenerating process will be successfully done. We need new healthy cells for more beauty and healthy body :)
There are also hormones excrete only at night /day. If we burn the midnight oil, and replace the sleep during the day, these hormones can't be excreted normally. Thus, interfering with the hormonal balance in our body.
Even in the Quran, many verses stated that we should sleep at night. Here are some examples:

It is He who has appointed the night a covering for you and sleep for a rest. The day He has appointed for rising. (Surah Furqan: 47)
And [We] have made the night as a covering [through its darkness], and have made the day for livelihood. (al-Naba’ 78:10-11)
Tell me! If Allah made day continuous for you till the Day of Resurrection, who is an ilaah [a god] besides Allah who could bring you night wherein you rest? … (al-Qasas 28:71)

Here some tips to improve your sleep http://www.wikihow.com/Improve-Your-Beauty-Sleep

Let's Sleep and be healthy people!!

Wednesday, 17 April 2013

Yungkien Bee Pollen

Apakah itu DEBUNGA?
Debunga merupakan sel pembiakan jantan tumbuh-tumbuhan. Oleh kerana dihasilkan dari anter tumbuhan yang mempunyai biji benih, setiap butir debunga adalah sangat kecil, diameternya hanya lebih kurang 1/50mm~1/100mm. Tumbuh-tumbuhan bergantung kepada debunga umenyuburkan ovul pistil untuk membiak sehingga boleh membesar berpuluh-puluh ribu kali ganda dalam beberapa hari. Zat makanannya yang bermutu tinggi terbukti di sini.

Kandungan Debunga
Kajian menunjukkan debunga mengandungi hampir 200 jenis zat yang berlainan, termasuk 16 jenis vitamin, 16 jenis zat galian, 94 jenis enzim dan ko-enzim, 21 jenis asid amino, 28 jenis asid nukleik, karbohidrat dan khasiat yang lain.

Keberkesanan Debunga ke atas manusia:
  1. Memanjangkan umur
  2. Mempercepatkan tumbesaran kanak-kanak, memperkuatkan tulang rangka.
  3. Mencegah penyakit salur darah
  4. Mengurang/menambah berat badan
  5. Mencegah penyakit kencing manis dan sakit jantung
  6. Menguatkan tubuh dan fungsi jantung
  7. Mencantikkan kulit, menyelaraskan haid
  8. Mencegah gangguan menopause
  9. Berkesan terhadap penyakit usus dan perut
  10. Mencegah kanser
  11. Mencegah demam selsema
  12. Mencegah dan mengubati prostatitis
  13. Menghapuskan sembelit dan ciri-birit
  14. Memperbaiki anemia
  15. Memperkuatkan sperma
  16. Menghilangkan keletihan
  17. Mencegah penuaan

Wednesday, 20 February 2013

DIMETHICONE

Salam

Anda tahu apa itu Dimethicone?
Ia adalah sejenis bahan kimia dari kumpulan silikon dan digunakan secara meluas pada produk-produk penjagaan kulit dan rambut. Juga digunakan dalam perusahaan industri (ada sesetengah industri menggunakannya sebagai bahan pengawet dalam makanan).
Dalam industri kecantikan, bahan ini digunakan dengan meluas terutamanya untuk mempromosikan kulit / rambut yang halus, licin dan lembut. Ini kerana bahan ini akan membuat satu lapisan baru pada kulit, dan jika  disentuh kulit akan berasa licin dan lembut. Pelanggan berasa gembira selepas menggunakan produk-produk yang dibeli. Tetapi, adakah ini selamat?
Sekiranya bahan ini digunakan kerap kali, lapisan demi lapisan baru akan terhasil pada kulit / rambut. Setiap helai rambut akan menjadi lebih tebal dan folikel rambut pada kulit kepala sukar untuk menyerap nutrien lalu meyebabkan kulit kepala gatal dan rambut mudah putus / gugur. Sama juga halnya dengan produk kulit seperti losyen dan gel sabun mandi. Dengan menyapukan produk-produk ini pada kulit, akan menghasilkan satu lapisan yang memberikan rasa licin dan lembut tetapi hakikatnya lapisan ini akan menghalang sel-sel kulit mati untuk keluar dan menyumbat pori / liang-liang roma kulit. Lama kelamaan kulit akan menjadi lebih kusam dan tidak sihat.
Saya ingin menyarankan kepada semua umat Islam untuk lihat produk yang anda gunakan sekarang. Adakah ia mengandungi silikon?
* lihat pada label dan perhatikan adakah tertera bahan ini (apa-apa perkataan yang berakhir dengan 'cone').
Sekiranya ada, cepat-cepatlah menukar produk anda kepada yang bebas dari silikon dan selamat digunakan. Kenapa? Kerana silikon adalah bahan yang tidak telus air. Bagaimana dengan wudhu /ghusl kita? 

Alhamdulillah, Shuang Hor telah menghasilkan satu produk penjagaan kebersihan yang betul-betul selamat untuk digunakan oleh semua orang (termasuk bayi) tidak kira apa jenis kulit mereka. Hanya menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan, bebas dari bahan kimia yang merbahaya, dapat membersihkan kulit / rambut secara menyeluruh dan dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan selepas menggunakan produk-produk ini. Hubungi saya untuk tahu lebih lanjut tentang kesemua produk ini atau klik sahaja link ini.

Jadi, periksa syampu/kondisioner/sabun/losyen/pencuci muka anda sekarang. Pastikan ia selamat digunakan. Jika tidak, tukarlah kepada produk yang terjamin selamat dan sihat :)
Wallahualam.

Sunday, 16 September 2012

Persediaan Sebelum Kahwin

Setiap pengantin ingin kelihatan cantik pada hari perkahwinan. Di bawah ini merupakan testimoni dari seorang pengguna produk Shuang Hor yang ingin tampil cantik luaran dan dalaman.

Testimoni dari Cik W:

Petua untuk mendapatkan badan yang sihat dan cantik juga muka berseri sebelum berkahwin:

3 bulan sebelum hari perkahwinan, setiap hari, dia mengambil :
4 biji YKLZ
2 biji YKP
4 paket Soya Protein
1 paket Vitaking

Untuk penjagaan rambut pula, dia akan perapkan rambut dengan Scalpcare Shampoo selama setengah jam setiap hari. Selepas itu dia akan menggunakan Hair Repairing Serum (ketika rambut lembab/hampir kering).

Untuk penjagaan kulit muka, dia menggunakan Exfoliating Gel setiap hari sebelum tidur (selain daripada mencuci muka setiap hari).

Persediaan hari perkahwinan kadang kala memenatkan badan dan minda.Tetapi Cik W tidak merasakan semua itu malah lebih bertenaga dan berasa cergas (walaupun setelah majlis selesai). Di hari perkahwinannya, ramai yang memuji mukanya tampak berseri dan rambut yang bersinar selain mempunyai badan yang langsing dan sihat.


Sunday, 12 August 2012

Aqua Sense -Amino Acid Cleanser


Pencuci ini merupakan produk yang paling saya gemari. Kenapa? Untuk pertama kalinya saya dapat merasakan pembersihan yang sangat mendalam dan tidak memberi rangsangan pada kulit muka saya. 

Keistimewaan Amino Acid Cleanser:
  • Struktur kulit terdiri daripada asid amino. Oleh itu, pori-pori kulit lebih senang untuk menerima asid amino untuk diserap dalam kulit.
  • Terdiri daripada gelembung halus, dapat membersihkan muka secara mendalam.
  • Asid lemah, tidak memberi rangsangan kepada mata dan kulit.
  • Hidrofilik, membekalkan kelembapan kepada kulit.
Ciri-ciri:
  • Menggunakan surfaktan asid amino yang berkonstentrasi tinggi.
  • Membersihkan kotoran dan lemak di lapisan luar kulit.
  • Melembutkan lapisan stratum corneum supaya dapat membersihkan kulit secara mendalam.
  • Asid lemah, sesuai dengan pH kulit, tidak memberi rangsangan kepada kulit.
  • Dalam keadaan tidak merosakkan membran sebaceous, ia melembutkan membran sebaceous dan membolehkan air masuk ke dalam kulit untuk menambah kelembapan kulit.
  • Mampu menenangkan sensitif, mengurangkan keradangan dan membantu penyembuhan jerawat.
  • Selepas mencuci, kulit akan berasa segar dan lembut tanpa perasaan ketat.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.