Contact Me

I started practising natural healing since 2007. The herb I have been using is LINGZHI, it is a type of mushroom, an adaptogen and also a powerful detoxifier. I fall in love with how it works greatly to strengthen our body.
I hope to share the knowledge / experiences I gained since I started this alternative medicine and hope that everyone can benefit from it too.
I would also want to help those in need of a financial freedom, through network marketing I am doing that is the Shuang Hor Business.
Contact me if you are interested in knowing the natural alternative medicine or the nature of the Shuang Hor business.

CONTACT ME:
Email Address:
izura.ishak@gmail.com
Facebook Page: Lactoberry
Phone No: +6011 5922 5502
Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCeQGGubkr8O8V_1N8Udsoaw


Pages

Showing posts with label OPP. Show all posts
Showing posts with label OPP. Show all posts

Sunday, 22 March 2020

MENTOR dalam BISNES

Salam Health Lovers !

Dalam apa-apa bisnes yang kita ceburi, apa yang penting adalah mentor. Tanpa mentor, buat bisnes sesuka hati akan cepat menjatuhkan bisnes kita. Dan penting untuk mencari mentor yang BETUL.
Jika buat bisnes kek, perlulah bermentorkan pastri chef yang berjaya dalam bisnesnya.
Jika buat bisnes tudung. perlulah bermentorkan mereka yang berjaya dalam bisnes tudung.

Jadi carilah mentor yang betul-betul boleh membantu anda baik ketika senang ataupun susah.

Alhamdulillah, dalam bisnes Shuang Hor, memang perlu ada mentor yang akan guide kita untuk berjaya dan terus berjaya dalam menjalankan bisnes ini.

Nak tahu lebih lanjut? >> Whatsapp Izura

Gambar kat atas ni adalah gambar saya bersama upline aka business partner saya. Comel x kami? Hihi. Kalau hebat, boleh nampak seorang lagi Future Leader dalam gambar tu insyaAllah :)



Monday, 7 April 2014

BONUS PRESTASI (OVERRIDING)

Assalamualaikum

Ramai yang bertanya, bagaimana bayaran / komisen / bonus diberikan kepada pengedar? 
Soalan yang seterusnya yang bakal muncul ialah:
Kalau macam tu, senanglah orang yang atas. Dapat untung dari orang bawah! 
TIDAK SAMA SEKALI. Kerana jumlah bonus / komisen adalah daripada jumlah overiding dalam 1 jaringan (network). 

Kepada sesiapa yang tidak paham maksud orang atas / orang bawah ini, mari saya perjelaskan.
Orang atas ini dipanggil upline. Mereka inilah yang bertanggung jawab memperkenalkan seseorang kepada syarikat / produk . 
Orang bawah pula dipanggil downline. Mereka ini didaftarkan bawah seseorang (upline) atas pilihan sendiri. Tiada paksaan di sini. Mereka inilah juga yang dipanggil rangkaian (network). 

Kalau mengikut sistem syarikat Shuang Hor, bonus / komisen diberikan mengikut prestasi seseorang dalam masa sebulan. Setiap produk kami mempunyai PV atau pun nilai mata tersendiri. Pada hujung bulan, jumlah PV akan dikira, dan akan ditukarkan kepada wang ringgit mengikut peratusan yang ditetapkan. Anda haruslah mendapatkan sekurang-kurangnya 400PV dalam sebulan untuk anda layak mendapatkan bonus prestasi ini. (Lihat gambarajah dibawah)









Katakan anda ialah A. 
Anda mempunyai downline seramai 3 orang (B, C, & F).  
Jadi, untuk B, C & F, upline mereka adalah anda (A). 
Sekarang kita akan kira berapakah jumlah pendapatan yang akan anda peroleh.

Jumlah PV anda = B+C+F+A=3200PV
Jumlah RM mengikut PV: 3200x16%=RM512.







Memandangkan downline B anda juga layak untuk mendapat bonus prestasi (kerana jumlah PV lebih daripada 400mata), overriding diambil kira di sini. 

Jumlah PV B: B1+B2+B3+B4+B=2500PV
Jumlah RM untuk B: 2500x12%=RM300






Jumlah bersih yang akan anda peroleh di sini:
Jumlah RM A-Jumlah RM B:
RM512-RM300=RM 212

Anda-A (upline) mendapat bonus RM212.
Manakala B (downline) mendapat bonus RM300. 

Sapa yang lebih untung? 
B kan?

Jadi tiada istilah orang atas lebih untung daripada orang bawah di sini. Semuanya terletak kepada hasil usaha anda pada bulan itu. Ini barulah adil. 

Kalau masih tidak paham tentang penerangan saya di atas, boleh hubungi saya terus :)

Wallahualam.



Tuesday, 11 February 2014

Opportunity Presentation Preview (OPP)

Assalamualaikum

Dalam perniagaan Shuang Hor, kami diajar untuk mengamalkan 7 amalan harian:
1) Menggunakan Produk
2) Membaca apa-apa bahan berkaitan dengan Shuang Hor (kesihatan, peningkatan diri, dll)
3) Mendengar rakaman suara (selalunya dirakam semasa perjumpaan (OPP) )
4) Menghadiri / mengadakan perjumpaan OPP
5) Menghubungi upline
6) Berkongsi tentang produk pada orang ramai
7) Berkongsi tentang perniagaan Shuang Hor pada orang ramai

OPP? Ape tu? Ia adalah singkatan untuk Opportunity Presentation Preview. 1 perjumpaan di rumah / di syarikat atau mana-mana premis untuk membentangkan apa-apa perkara berkenaan dengan produk atau bisnes kami (berkenaan dengan Shuang Hor). Intipatinya boleh jadi secara langsung atau tidak langsung asalkan bersangkut paut dengan Shuang Hor.

Kenapa perlunya untuk menghadiri perjumpaan seperti ini?
Sebab utama adalah untuk mendapatkan sebanyak ilmu yang mungkin, baik dari segi kesihatan secara menyeluruh, ilmu tentang produk-produk yang ada, ilmu bagaimana untuk menjalankan perniagaan Shuang Hor ini dengan betul dan banyak lagi. Kata kunci di sini ialah ILMU.

Antara ilmu yang saya peroleh selepas menghadiri pelbagai perjumpaan OPP:
1) Definisi badan yang terlalu 'acidic'
badan yang acidic bermaksud pH badan tidak seimbang. Sekiranya ini berlaku, badan akan kerja lebih untuk menyeimbangkan badan menyebabkan badan mudah jatuh sakit. Punca keadaan ini berlaku terutamanya disebabkan oleh pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat.
2) Definisi makanan berasid/beralkali
Sebelum ini saya beranggap limau sifatnya berasid. Jadi jika badan yang terlalu acidic, tidak boleh untuk makan limau. Saya silap. Kerana sebenarnya keasidan/kealkalian sesuatu makanan diklasifikasikan mengikut hasil setelah ia dihadam. Limau selepas dihadam menghasilkan alkalinity (alkali forming).
Bagi penggemar kopi, tidak perlu lagi risau tentang tahap keasidan tinggi kerana CEO Cafe kami mempunyai lingzhi. Umum tahu bahawa kopi bersifat acidic. Tetapi lingzhi / ganoderma adalah bersifat alkali forming. Jadi CEO Cafe adalah neutral :)
3)  Pentingnya sinergi dalam pemakanan
Sekarang ramai antara kita yang sudah mula untuk mengambil suplemen. Itu bagus sebab sudah mula prihatin terhadap kesihatan sendiri. Tetapi ramai yang kurang pengetahuan tentang suplemen yang diambil.
Tahukah anda, Vitamin D memerlukan cukup folate untuk berfungsi dengan baik dalam badan. Kalsium pula memerlukan zinc untuk berfungsi. Jadi, kita tidak boleh memandai-mandai untuk membeli suplemen di kaunter, dengan anggapan badan kita perlukan suplemen itu.
Ada juga yang mengambil multivitamin. Lebih mudah kerana semua jenis vitamin lengkap dalam 1 kapsul/tablet. Tetapi daripada manakah sumber semua vitamin itu diperoleh? Saya ada menyentuh sedikit tentang multivitamin dan cara-cara memilih multivitamin yang betul di dalam post saya yang lepas. Boleh klik di sini untuk lebih info.
4) Insurans Produk Liabiliti
Tiada kandungan tersembunyi pada produk-produk Shuang Hor. Apa yang tertera di kotak, itulah kandungannya. Kalau sebaliknya, anda boleh saman pihak Shuang Hor. Ini jaminan yang diberi.
5) Untuk cepat berjaya, perlu mengadakan 500 OPP. Alhamdulillah, saya telah menghadiri 4 OPP untuk tahun ini tetapi hanya menganjurkan 1 daripada 4 itu. Ya, sangat-sangat sedikit tetapi saya harap untuk lebih konsisten dan serius tahun ini insyaAllah.

Banyak ilmu bermanfaat yang diperoleh. Kalau ingin tahu lanjut, jomlah join OPP kami yang lain :)
Boleh hubungi saya untuk tarikh-tarikh OPP akan datang.