Assalamualaikum
Dalam perniagaan Shuang Hor, kami diajar untuk mengamalkan 7 amalan harian:
1) Menggunakan Produk
2) Membaca apa-apa bahan berkaitan dengan Shuang Hor (kesihatan, peningkatan diri, dll)
3) Mendengar rakaman suara (selalunya dirakam semasa perjumpaan (OPP) )
4) Menghadiri / mengadakan perjumpaan OPP
5) Menghubungi upline
6) Berkongsi tentang produk pada orang ramai
7) Berkongsi tentang perniagaan Shuang Hor pada orang ramai
OPP? Ape tu? Ia adalah singkatan untuk
Opportunity Presentation Preview. 1 perjumpaan di rumah / di syarikat atau mana-mana premis untuk membentangkan apa-apa perkara berkenaan dengan produk atau bisnes kami (berkenaan dengan Shuang Hor). Intipatinya boleh jadi secara langsung atau tidak langsung asalkan bersangkut paut dengan Shuang Hor.
Kenapa perlunya untuk menghadiri perjumpaan seperti ini?
Sebab utama adalah untuk mendapatkan sebanyak
ilmu yang mungkin, baik dari segi kesihatan secara menyeluruh, ilmu tentang produk-produk yang ada, ilmu bagaimana untuk menjalankan perniagaan Shuang Hor ini dengan betul dan banyak lagi. Kata kunci di sini ialah
ILMU.
Antara ilmu yang saya peroleh selepas menghadiri pelbagai perjumpaan OPP:
1)
Definisi badan yang terlalu 'acidic'
badan yang acidic bermaksud pH badan tidak seimbang. Sekiranya ini berlaku, badan akan kerja lebih untuk menyeimbangkan badan menyebabkan badan mudah jatuh sakit. Punca keadaan ini berlaku terutamanya disebabkan oleh pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat.
2)
Definisi makanan berasid/beralkali
Sebelum ini saya beranggap limau sifatnya berasid. Jadi jika badan yang terlalu acidic, tidak boleh untuk makan limau. Saya silap. Kerana sebenarnya keasidan/kealkalian sesuatu makanan diklasifikasikan mengikut hasil setelah ia dihadam. Limau selepas dihadam menghasilkan alkalinity (alkali forming).
Bagi penggemar kopi, tidak perlu lagi risau tentang tahap keasidan tinggi kerana CEO Cafe kami mempunyai lingzhi. Umum tahu bahawa kopi bersifat acidic. Tetapi lingzhi / ganoderma adalah bersifat alkali forming. Jadi CEO Cafe adalah neutral :)
3)
Pentingnya sinergi dalam pemakanan
Sekarang ramai antara kita yang sudah mula untuk mengambil suplemen. Itu bagus sebab sudah mula prihatin terhadap kesihatan sendiri. Tetapi ramai yang kurang pengetahuan tentang suplemen yang diambil.
Tahukah anda, Vitamin D memerlukan cukup folate untuk berfungsi dengan baik dalam badan. Kalsium pula memerlukan zinc untuk berfungsi. Jadi, kita tidak boleh memandai-mandai untuk membeli suplemen di kaunter, dengan anggapan badan kita perlukan suplemen itu.
Ada juga yang mengambil multivitamin. Lebih mudah kerana semua jenis vitamin lengkap dalam 1 kapsul/tablet. Tetapi daripada manakah sumber semua vitamin itu diperoleh? Saya ada menyentuh sedikit tentang multivitamin dan cara-cara memilih multivitamin yang betul di dalam post saya yang lepas. Boleh klik
di sini untuk lebih info.
4)
Insurans Produk Liabiliti
Tiada kandungan tersembunyi pada produk-produk Shuang Hor. Apa yang tertera di kotak, itulah kandungannya. Kalau sebaliknya, anda boleh saman pihak Shuang Hor. Ini jaminan yang diberi.
5) Untuk cepat berjaya, perlu mengadakan
500 OPP. Alhamdulillah, saya telah menghadiri 4 OPP untuk tahun ini tetapi hanya menganjurkan 1 daripada 4 itu. Ya, sangat-sangat sedikit tetapi saya harap untuk lebih konsisten dan serius tahun ini insyaAllah.
Banyak ilmu bermanfaat yang diperoleh. Kalau ingin tahu lanjut, jomlah join OPP kami yang lain :)
Boleh hubungi saya untuk tarikh-tarikh OPP akan datang.