Contact Me

I started practising natural healing since 2007. The herb I have been using is LINGZHI, it is a type of mushroom, an adaptogen and also a powerful detoxifier. I fall in love with how it works greatly to strengthen our body.
I hope to share the knowledge / experiences I gained since I started this alternative medicine and hope that everyone can benefit from it too.
I would also want to help those in need of a financial freedom, through network marketing I am doing that is the Shuang Hor Business.
Contact me if you are interested in knowing the natural alternative medicine or the nature of the Shuang Hor business.

CONTACT ME:
Email Address:
izura.ishak@gmail.com
Facebook Page: Lactoberry
Phone No: +6011 5922 5502
Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCeQGGubkr8O8V_1N8Udsoaw


Pages

Tuesday, 20 October 2020

Susah nak pergi toilet setiap hari? | Lactoberry sebagai penyelamat

 Salam & Hello Health Lovers!

Kita makan hari-hari. Usus kita memang bekerja keras setiap hari untuk menghadam makanan yang kita ambil. Jadi, usus perlu berada dalam keadaan tiptop supaya boleh proses makanan dengan baik dalam badan kita setiap hari.

Mula dengan mengunyah makanan dalam mulut.

Makanan perlu dikunyah perlahan-lahan dan pastikan hancur betul supaya selamat untuk ditelan. Pernah dengar tak orang cakap kene kunyah sebanyak 40 kali? Walaupun tak ada dalil yang sahih tentang perkara ni, tapi kita tahu amalan mengunyah makanan sehingga betul-betul hancur adalah amalan yang sihat. Jadi kalau tak pasti dah hancur betul ke tak, ha kira lah 40 kali. kan mudah tu? :P

Anda tentukan diet pemakanan anda sendiri.

Kita makan untuk apa? 

a. Untuk kenyang?

b. Untuk hidup?

c. Untuk kekal sihat?

d. Lain-lain

Apa yang pasti, setiap makanan yang kita ambil, akan diserap semula oleh badan kita. Jadi, kalau kita banyak makan junkfood, yang jadi nutrisi oleh badan kita tu, junk food lah. Erk. tak nak lah macam tu kan!

Kurang minum air masak setiap hari.

Percaya tak 60% daripada badan kita mengandungi air? Tak kesian ke kalau badan kita tak cukup air? Kalau tak cukup air dalam badan, akan efek banyak sistem badan kita. Otak jadi lemah, energy level kita kurang, sembelit, angin dan macam-macam lagi masalah akan timbul. Nampak tak keperluan air tu? 

Selagi boleh minum air banyak, minumlah. Jangan catu air untuk badan kita, ok ;)

Macam mana Lactoberry bantu kesihatan usus?

Probiotik adalah bakteria baik. Dalam badan kita ada TRILIONS bakteria (baik + jahat). Kita kene pastikan bakteria baik lebih banyak daripada bakteria yang jahat supaya usus kita berada dalam keadaan yang sihat. 

Macam mana nak tahu bakteria baik cukup dalam badan kita atau tidak? Kalau ada simptom-simptom di bawah, anda wajib ambil Lactoberry!

a. Selalu kembung perut

b. Angin satu badan

c. Makan sesuatu makanan, tiba- tiba jadi pening. Padahal kita tak pernah alergik pon dengan makanan itu selama ni.

d. Pembuangan tak lancar setiap hari. Kalau pembuangan tak lancar, makanan tak diurai dan dihadam dengan betul, gas akan terbentuk. Badan terpaksa serap gas ini dan lama-lama terjadilah migrain & gastrik.

Lactoberry merupakan campuran probiotik (bakteria baik) dan prebiotik.

Prebiotik ini adalah makanan untuk bakteria baik. Membantu untuk membiakkan bakteria baik dalam usus kita. Ingat, kita nak bakteria baik banyak-banyak dalam usus!

Lactoberry juga dapat tolong menguraikan gula yang susah nak hadam. 

Terdapat 3 jenis beri yang tinggi Vitamin C dan sangat sihat untuk kesihatan mata dalam Lactoberry ini:

1) Kranberi

Efektif untuk mereka yang ada masalah kencing kotor 

2) Raspberi

Membantu dalam masalah sembelit

3) Beri Biru

Awet muda dan membuang radikal bebas


'Usus sihat, badan akan bertambah sihat'


Tonton video di bawah dari Puan Aishah untuk tahu lebih lanjut tentang Lactoberry. Video ini diambil ketika Coffee Party yang dianjurkan di Subang pada 19 September 2020. 




Friday, 11 September 2020

Organ dalaman dah rosak boleh pulih seperti ketika bayi?

Salam Health Lovers,


Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak arif tentang pemulihan badan secara semula jadi. Macam mana tu ya?

 

 

Video ini menerangkan secara lengkap tentang bagaimana badan kita boleh pulih secara semula jadi dan kembali sihat seperti keadaan badan kita ketika masih bayi. Betapa indahnya ciptaan Ilahi, yang menciptakan  manusia dengan sebaik-baik kejadian. Tinggal kita sendiri nak tahu bagaimana nak menjaga tubuh badan kita dengan baik.

 

PEMULIHAN SECARA SEMULAJADI

1) NON INVASIVE / TIDAK MENCEDERAKAN

2) NON TOXIC / TIDAK BERACUN

3)WHOLISTICALLY ORIENTED / TAK BERTUMPU PADA SATU PERKARA SAHAJA  TETAPI MERAWAT SECARA MENYELURUH



Sunday, 12 April 2020

Makanan Sekeluarga Ketika #covid19



Salam Health Lovers!

Anak saya memang suka makan bubur. Kadang-kadang,  dalam 1 bulan tu ada lah dalam 4 5 kali die makan. Saya bukanlah hebat sangat masak, jadi biasanya basic recipe nye sama shj, cuma protein atau sayurnya shj ditukar-tukar.
Ni saya kongsikan resepi mudah dan sihat. Saya masak atas dapur sahaja. Boleh makan seisi keluarga :)

Bahan-Bahan (untuk makan 3 beranak)
Beras 1 cawan
Air secukupnya
Bawang Merah 2 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Jia Hor Seasoning 3/4 paket
Stok Ayam (atau apa-apa stok yang anda suka)
Protein (ayam, daging)
Sayur (carrot, potato)
Daun sup
Sesame Oil 2 sudu besar
White pepper 1 sudu besar
Minyak masak 1 sudu besar

Cara-cara
1. Tumis seketika bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit minyak sampai naik bau
2. Masukkan protein dan masak sehingga half cooked
3. Masukkan beras dan air, stok ayam dan sayur-sayuran.
4. Kacau sedikit supaya semua bahan sebati, dan tutup periuk. Pastikan api perlahan.
5. Periksa dari masa ke masa untuk pastikan air cukup.
6. Setelah bubur hampir masak, masukkan daun sup, sesame oil, white pepper dan Jia Hor Seasoning. Kacau sebati semua bahan.Tunggu sampai dah dapat konsistensi bubur yang kita suka. Saya suka kalau tidak berair sangat.
7. Siap untuk dihidang.

Untuk saya dan suami, biasanya ada lauk tambahan. Almaklumlah, kami berdua anak orang n9, tak sah kalau tak ada cili api. Jadi biasanya kami tambah dengan ikan bilis goreng kicap dengan cili padi, atau sambal tempe. Bertambah-tambah tau makan hihi.

Eh! JIA HOR SEASONING ni apa?
Kandungan Utama: Ekstrak Japonicum Ganoderma, Gynostemma Pentaphyllum, ekstrak Shitake, ekstrak rumpai laut, yis dan garam.

Keistimewaan:
  • Ekstrak Japonicum Ganoderma yang 100% tulen dan ekstrak Gynostemma Pentaphyllum dapat menambahkan kelazatan masakan. Rasa enak itu tidak dapat dihasilkan dengan bahan artifisial yang lain. Kandungan ini juga dapat menyihatkan badan.
  • Tidak mengandungi ekstrak dari tulang, ia juga sesuai dimakan oleh pengamal vegetarian.
  • Mudah larut, tidak mendap atau menghasilkan gumpalan semasa memasak, sesuai digunakan untuk semua jenis masakan.
Selamat mencuba!


Sunday, 5 April 2020

Sejarah CEO CAFE

Salam Health Lovers!

Bila saya mention nama kopi daripada Shuang Hor kepada orang luar, ayat paling favourite mereka adalah:
' Wah ! Ini CEO je yang boleh minum ni. Kalau rakyat marhaen x boleh minum ke? '
Aha!
Jangan risau, kopi ini sesuai diminum untuk SEMUA ORANG. Ya! Dari bayi hinggalah ke orang tua, orang yang sakit terlantar, orang yang sihat walafiat, ibu mengandung pun boleh minum. Sebab kopi ini adalah kopi untuk kesihatan dan ianya selamat daripada bahan-bahan beracun.

SEJARAH CEO CAFE

Bermula dengan seorang lelaki berbangsa Jepun bernama Mr Terashima. Beliau lumpuh akibat kemalangan. Tidak boleh bergerak seperti biasa dan terpaksa duduk di kerusi roda selama 3 tahun sejak kemalangan. Dipertemukan dengan Mr Ku (CEO Shuang Hor) semasa sedang minum kopi di sebuah hotel. Mr Ku mencadangkan untuk mencampur 2 biji kapsul lingzhi ke dalam kopi yang sedang diminumnya. Selepas minum, serta merta jari-jarinya mula boleh bergerak, dan seluruh badannya mula terasa panas (tanda darah mengalir ke seluruh badan).
Dengan result yang instant ini, Mr Terashima yakin untuk meneruskan pengambilan lingzhi dan kopi. Selepas 3 bulan sahaja, beliau kini sudah boleh berjalan seperti biasa.
Mr Ku mendapat ilham untuk menghasilkan 1 produk kopi yang boleh memberikan kesihatan optimum kepada ramai orang. Setelah 4 tahun membuat pelbagai R&D, akhirnya terhasillah produk kopi Shuang Hor iaitu CEO CAFE.


APA HEBATNYA CEO CAFE INI?
1) Biji Kopi Premium
100% biji kopi asli tanpa bahan perasa dan pewarna yang digunakan.

2) Yung Kien Ganoderma
Cendawan lingzi yang dipaten. Telah diiktiraf sebagai makanan kesihatan yang SELAMAT dan dapat membantu memperbaiki fungsi hati, anti-penuaan, mengurangkan kolesterol & melaraskan sistem imun.

3) Krimer Minyak Kelapa Asli
Tanpa tenusu. Bebas lemak trans. Sesuai untuk mereka yang lactose intolerent.
4) Gula Tebu
Terdapat dalam 2 pilihan, tanpa gula dan gula. Gula yang digunakan adalah dari gula tebu yang tidak diproses. Lebih enak dan selamat.

Kini, semua orang boleh untuk mengambil lingzhi dengan harga yang mampu milik , alhamdulillah.

Nak dapatkan Kopi CEO untuk seisi keluarga? Hanya RM1.75 / paket.
Klik sahaja link di bawah ini ya.

Saya nak CEO CAFE.

Sunday, 29 March 2020

Cara-Cara Beri Anak Makan Lingzhi

Salam Health Lovers!

Macam mana nak beri anak kecil makan lingzhi?

Umum maklum, lingzhi daripada Shuang Hor datang dalam kapsul. Untuk kanak-kanak atau bayi yang belum tahu untuk menelan seperti dewasa, boleh gunakan cara di bawah ini ya.

Bahan / alat yang diperlukan:
1) Yungkien Ganoderma / Jia Hor Lingzhi
2) Sudu Besar
3) Air Panas
4) Mangkuk Kecil
5) Syringe

Cara-Cara:
1) Keringkan tangan terlebih dahulu.(kalau tangan basah, sukar sedikit nak buka kapsul lingzhi)
2) Buka kapsul lingzhi dan masukkan serbuk lingzhi ke dalam mangkuk (kuantiti kapsul terpulang pada individu)
3) Tuangkan air panas ke dalam sudu. Nisbah yang boleh digunakan: 1 kapsul lingzhi : 1/2 sudu besar
4) Larutkan serbuk lingzhi dengan air panas. Kacau dengan sudu.
5) Masukkan larutan lingzhi ke dalam syringe
6) Sedia untuk diberi pada anak!

Pastikan anak minum air masak secukupnya untuk membantu proses detoksifikasi ya 😀

Tips: Boleh campurkan sedikit madu untuk kurangkan rasa pahit lingzhi. Pastikan madu asli ya!

Sunday, 22 March 2020

MENTOR dalam BISNES

Salam Health Lovers !

Dalam apa-apa bisnes yang kita ceburi, apa yang penting adalah mentor. Tanpa mentor, buat bisnes sesuka hati akan cepat menjatuhkan bisnes kita. Dan penting untuk mencari mentor yang BETUL.
Jika buat bisnes kek, perlulah bermentorkan pastri chef yang berjaya dalam bisnesnya.
Jika buat bisnes tudung. perlulah bermentorkan mereka yang berjaya dalam bisnes tudung.

Jadi carilah mentor yang betul-betul boleh membantu anda baik ketika senang ataupun susah.

Alhamdulillah, dalam bisnes Shuang Hor, memang perlu ada mentor yang akan guide kita untuk berjaya dan terus berjaya dalam menjalankan bisnes ini.

Nak tahu lebih lanjut? >> Whatsapp Izura

Gambar kat atas ni adalah gambar saya bersama upline aka business partner saya. Comel x kami? Hihi. Kalau hebat, boleh nampak seorang lagi Future Leader dalam gambar tu insyaAllah :)



Sunday, 15 March 2020

PROBIOTIK TERBAIK UNTUK USUS

Salam Health Lovers,

Dalam dunia ni, ada orang jahat dan orang baik.
Tapi untuk pastikan dunia tu selamat, kita mesti nak orang baik sahaja di sekeliling kita, betul tak? Tapi susah dan mustahil nak jadikan situasi ni satu kenyataan.
Cara terbaik nak pastikan dunia ni selamat, kita pastikan bilangan orang baik tu lebih daripada bilangan orang jahat. Tak adalah rosak cepat dunia tu kan?

Mesti ada yang dah pelik apa lah yang saya merepek pasal orang baik orang jahat ni 😂

Sebenarnya, saya cuba nak relatekan situasi ini dengan keadaan usus kita.

Dalam usus kita ada berTRILION bakteria, dan macam manusia, ada bakteria yang baik dan ada juga yang jahat.
Bakteria baik ini berfungsi untuk mencernakan makanan dalam badan. Jadi penting untuk kita perbanyakkan bakteria baik dalam usus kita untuk menjamin usus yang sihat. Sekurang-kurangnya, kita perlu pastikan ada 85% bakteria baik dalam usus kita.

Macam mana ada bakteria jahat pula?
Datang dari pemakanan yang tidak sihat, terutamanya junk food.

MACAM MANA NAK ADA BANYAK BAKTERIA BAIK DALAM USUS?
Dengan mengambil probiotik (bakteria baik) dengan konsisten.

Produk Shuang Hor yang menjadi favourite saya sekeluarga, terutama sekali anak saya adalah LACTOBERRY.

Apa yang lainnya LACTOBERRY ini berbanding produk probiotik di luar sana?

1) Teknologi Berbilang Penyalutan
Kebanyakan probiotik yang tidak disalut dengan baik mempunyai kekurangan dari segi ketidakupayaan menahan asid dan tidak dapat bertahan lama lantas akan hilang kecergasannya setelah dihakis asid gastrik. Beri Asli dengan Probiotik Shuang Hor menggunakan teknologi penyalutan berbilang lapisan menyamai suhu badan manusia yang tercanggih, ia bukan sahaja dapat mengatasi kekurangan di atas malah keberkesanannya juga lebih terserlah:
  1. Boleh tahan asid gastrik, boleh simpan lebih lama, selepas melepasi asid gastrik dan hempedu, ia masih kekal aktif serta tidak terjejas dan seterusnya dibebaskan di dalam saluran usus bagi mencapai kesan peningkatan daya imun.
  2. Bahan penyalutan mengandungi serat prebiotik oligosakarida semula jadi yang dapat membantu menstabilkan pembiakan bakteria asid laktik di dalam saluran usus supaya ia tidak cepat dikeluarkan bersama najis.
Senang cerita, bakteria baik yang kita makan ini akan kekal AKTIF dan HIDUP selepas melalui mulut, trakea hinggalah sampai ke usus. Kalau bakteria tu tak hidup dan aktif, tak gunalah kita ambil hari-hari.

2) Ia juga mengandungi PREBIOTIK (makanan untuk probiotik supaya dapat membiak dengan baik dalam usus)
Bifidobacterium Longum: Mengekalkan keseimbangan flora bakteria usus yang normal, menyekat pembiakan bakteria punca penyakit, mencegah sembelit dan mengawal disenteri. Bifidobacterium Longum membiak di dalam usus besar manusia, ia dapat menghasilkan kumpulan Vitamin B serta pelbagai jenis enzim yang berguna untuk membantu penghadaman, mencegah cirit-birit yang berpunca daripada antibiotik atau bakteria penyebab penyakit. Selain itu, ia juga dapat membantu badan melawan jangkitan, menghapuskan bakteria berbahaya, memperkuat sistem imun, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit usus, dan mengurangkan risiko penyakit kanser.

Senang cerita, bakteria baik yang kita makan ini akan membiak dan membiak dan menendang bakteria jahat keluar dari usus dan boleh lah mencapai piawaian usus yang baik (85% bakteria baik dalam usus).

3) Ia mengandungi 3 jenis beri
  • Serbuk Cranberi: Antosianidin yang terkandung di dalam cranberi dapat mencegah ancaman E.Coli terhadap saluran kencing; memandangkan 80% - 90% daripada jangkitan saluran kencing berpunca daripada E.Coli, maka kandungan istimewa di dalam cranberi ini dapat menghalang kuman E.Coli melekat di saluran kencing sekali gus mengelakkan jangkitan.
  • Serbuk Raspberi: Berkesan mencegah sembelit.
  • Serbuk Beri Biru: Suplemen berkhasiat antipenuaan semula jadi, dapat menghapuskan radikal bebas, menggalakkan penyingkiran sisa metabolisme

Senang cerita, Lactoberry ini bukan prebiotik dan probiotik semata-mata. Ada banyak lagi kandungan yang berkhasiat yang diperlukan oleh usus. Rasa pon sedap, anak-anak confirm suka.


 Kami sekeluarga memang tak pilih yang lain. Lactoberry di hati (dan usus hihi)💗
Lactoberry (1 kotak=30 sachets)Harga Ahli: RM70
Harga Bukan Ahli: RM84

Nak dapatkan sample? Whatsapp Izura.