Contact Me

I started practising natural healing since 2007. The herb I have been using is LINGZHI, it is a type of mushroom, an adaptogen and also a powerful detoxifier. I fall in love with how it works greatly to strengthen our body.
I hope to share the knowledge / experiences I gained since I started this alternative medicine and hope that everyone can benefit from it too.
I would also want to help those in need of a financial freedom, through network marketing I am doing that is the Shuang Hor Business.
Contact me if you are interested in knowing the natural alternative medicine or the nature of the Shuang Hor business.

CONTACT ME:
Email Address:
izura.ishak@gmail.com
Facebook Page: Lactoberry
Phone No: +6011 5922 5502
Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCeQGGubkr8O8V_1N8Udsoaw


Pages

Tuesday, 20 October 2020

Susah nak pergi toilet setiap hari? | Lactoberry sebagai penyelamat

 Salam & Hello Health Lovers!

Kita makan hari-hari. Usus kita memang bekerja keras setiap hari untuk menghadam makanan yang kita ambil. Jadi, usus perlu berada dalam keadaan tiptop supaya boleh proses makanan dengan baik dalam badan kita setiap hari.

Mula dengan mengunyah makanan dalam mulut.

Makanan perlu dikunyah perlahan-lahan dan pastikan hancur betul supaya selamat untuk ditelan. Pernah dengar tak orang cakap kene kunyah sebanyak 40 kali? Walaupun tak ada dalil yang sahih tentang perkara ni, tapi kita tahu amalan mengunyah makanan sehingga betul-betul hancur adalah amalan yang sihat. Jadi kalau tak pasti dah hancur betul ke tak, ha kira lah 40 kali. kan mudah tu? :P

Anda tentukan diet pemakanan anda sendiri.

Kita makan untuk apa? 

a. Untuk kenyang?

b. Untuk hidup?

c. Untuk kekal sihat?

d. Lain-lain

Apa yang pasti, setiap makanan yang kita ambil, akan diserap semula oleh badan kita. Jadi, kalau kita banyak makan junkfood, yang jadi nutrisi oleh badan kita tu, junk food lah. Erk. tak nak lah macam tu kan!

Kurang minum air masak setiap hari.

Percaya tak 60% daripada badan kita mengandungi air? Tak kesian ke kalau badan kita tak cukup air? Kalau tak cukup air dalam badan, akan efek banyak sistem badan kita. Otak jadi lemah, energy level kita kurang, sembelit, angin dan macam-macam lagi masalah akan timbul. Nampak tak keperluan air tu? 

Selagi boleh minum air banyak, minumlah. Jangan catu air untuk badan kita, ok ;)

Macam mana Lactoberry bantu kesihatan usus?

Probiotik adalah bakteria baik. Dalam badan kita ada TRILIONS bakteria (baik + jahat). Kita kene pastikan bakteria baik lebih banyak daripada bakteria yang jahat supaya usus kita berada dalam keadaan yang sihat. 

Macam mana nak tahu bakteria baik cukup dalam badan kita atau tidak? Kalau ada simptom-simptom di bawah, anda wajib ambil Lactoberry!

a. Selalu kembung perut

b. Angin satu badan

c. Makan sesuatu makanan, tiba- tiba jadi pening. Padahal kita tak pernah alergik pon dengan makanan itu selama ni.

d. Pembuangan tak lancar setiap hari. Kalau pembuangan tak lancar, makanan tak diurai dan dihadam dengan betul, gas akan terbentuk. Badan terpaksa serap gas ini dan lama-lama terjadilah migrain & gastrik.

Lactoberry merupakan campuran probiotik (bakteria baik) dan prebiotik.

Prebiotik ini adalah makanan untuk bakteria baik. Membantu untuk membiakkan bakteria baik dalam usus kita. Ingat, kita nak bakteria baik banyak-banyak dalam usus!

Lactoberry juga dapat tolong menguraikan gula yang susah nak hadam. 

Terdapat 3 jenis beri yang tinggi Vitamin C dan sangat sihat untuk kesihatan mata dalam Lactoberry ini:

1) Kranberi

Efektif untuk mereka yang ada masalah kencing kotor 

2) Raspberi

Membantu dalam masalah sembelit

3) Beri Biru

Awet muda dan membuang radikal bebas


'Usus sihat, badan akan bertambah sihat'


Tonton video di bawah dari Puan Aishah untuk tahu lebih lanjut tentang Lactoberry. Video ini diambil ketika Coffee Party yang dianjurkan di Subang pada 19 September 2020. 




Friday, 11 September 2020

Organ dalaman dah rosak boleh pulih seperti ketika bayi?

Salam Health Lovers,


Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak arif tentang pemulihan badan secara semula jadi. Macam mana tu ya?

 

 

Video ini menerangkan secara lengkap tentang bagaimana badan kita boleh pulih secara semula jadi dan kembali sihat seperti keadaan badan kita ketika masih bayi. Betapa indahnya ciptaan Ilahi, yang menciptakan  manusia dengan sebaik-baik kejadian. Tinggal kita sendiri nak tahu bagaimana nak menjaga tubuh badan kita dengan baik.

 

PEMULIHAN SECARA SEMULAJADI

1) NON INVASIVE / TIDAK MENCEDERAKAN

2) NON TOXIC / TIDAK BERACUN

3)WHOLISTICALLY ORIENTED / TAK BERTUMPU PADA SATU PERKARA SAHAJA  TETAPI MERAWAT SECARA MENYELURUH



Sunday, 12 April 2020

Makanan Sekeluarga Ketika #covid19



Salam Health Lovers!

Anak saya memang suka makan bubur. Kadang-kadang,  dalam 1 bulan tu ada lah dalam 4 5 kali die makan. Saya bukanlah hebat sangat masak, jadi biasanya basic recipe nye sama shj, cuma protein atau sayurnya shj ditukar-tukar.
Ni saya kongsikan resepi mudah dan sihat. Saya masak atas dapur sahaja. Boleh makan seisi keluarga :)

Bahan-Bahan (untuk makan 3 beranak)
Beras 1 cawan
Air secukupnya
Bawang Merah 2 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Jia Hor Seasoning 3/4 paket
Stok Ayam (atau apa-apa stok yang anda suka)
Protein (ayam, daging)
Sayur (carrot, potato)
Daun sup
Sesame Oil 2 sudu besar
White pepper 1 sudu besar
Minyak masak 1 sudu besar

Cara-cara
1. Tumis seketika bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit minyak sampai naik bau
2. Masukkan protein dan masak sehingga half cooked
3. Masukkan beras dan air, stok ayam dan sayur-sayuran.
4. Kacau sedikit supaya semua bahan sebati, dan tutup periuk. Pastikan api perlahan.
5. Periksa dari masa ke masa untuk pastikan air cukup.
6. Setelah bubur hampir masak, masukkan daun sup, sesame oil, white pepper dan Jia Hor Seasoning. Kacau sebati semua bahan.Tunggu sampai dah dapat konsistensi bubur yang kita suka. Saya suka kalau tidak berair sangat.
7. Siap untuk dihidang.

Untuk saya dan suami, biasanya ada lauk tambahan. Almaklumlah, kami berdua anak orang n9, tak sah kalau tak ada cili api. Jadi biasanya kami tambah dengan ikan bilis goreng kicap dengan cili padi, atau sambal tempe. Bertambah-tambah tau makan hihi.

Eh! JIA HOR SEASONING ni apa?
Kandungan Utama: Ekstrak Japonicum Ganoderma, Gynostemma Pentaphyllum, ekstrak Shitake, ekstrak rumpai laut, yis dan garam.

Keistimewaan:
  • Ekstrak Japonicum Ganoderma yang 100% tulen dan ekstrak Gynostemma Pentaphyllum dapat menambahkan kelazatan masakan. Rasa enak itu tidak dapat dihasilkan dengan bahan artifisial yang lain. Kandungan ini juga dapat menyihatkan badan.
  • Tidak mengandungi ekstrak dari tulang, ia juga sesuai dimakan oleh pengamal vegetarian.
  • Mudah larut, tidak mendap atau menghasilkan gumpalan semasa memasak, sesuai digunakan untuk semua jenis masakan.
Selamat mencuba!


Sunday, 5 April 2020

Sejarah CEO CAFE

Salam Health Lovers!

Bila saya mention nama kopi daripada Shuang Hor kepada orang luar, ayat paling favourite mereka adalah:
' Wah ! Ini CEO je yang boleh minum ni. Kalau rakyat marhaen x boleh minum ke? '
Aha!
Jangan risau, kopi ini sesuai diminum untuk SEMUA ORANG. Ya! Dari bayi hinggalah ke orang tua, orang yang sakit terlantar, orang yang sihat walafiat, ibu mengandung pun boleh minum. Sebab kopi ini adalah kopi untuk kesihatan dan ianya selamat daripada bahan-bahan beracun.

SEJARAH CEO CAFE

Bermula dengan seorang lelaki berbangsa Jepun bernama Mr Terashima. Beliau lumpuh akibat kemalangan. Tidak boleh bergerak seperti biasa dan terpaksa duduk di kerusi roda selama 3 tahun sejak kemalangan. Dipertemukan dengan Mr Ku (CEO Shuang Hor) semasa sedang minum kopi di sebuah hotel. Mr Ku mencadangkan untuk mencampur 2 biji kapsul lingzhi ke dalam kopi yang sedang diminumnya. Selepas minum, serta merta jari-jarinya mula boleh bergerak, dan seluruh badannya mula terasa panas (tanda darah mengalir ke seluruh badan).
Dengan result yang instant ini, Mr Terashima yakin untuk meneruskan pengambilan lingzhi dan kopi. Selepas 3 bulan sahaja, beliau kini sudah boleh berjalan seperti biasa.
Mr Ku mendapat ilham untuk menghasilkan 1 produk kopi yang boleh memberikan kesihatan optimum kepada ramai orang. Setelah 4 tahun membuat pelbagai R&D, akhirnya terhasillah produk kopi Shuang Hor iaitu CEO CAFE.


APA HEBATNYA CEO CAFE INI?
1) Biji Kopi Premium
100% biji kopi asli tanpa bahan perasa dan pewarna yang digunakan.

2) Yung Kien Ganoderma
Cendawan lingzi yang dipaten. Telah diiktiraf sebagai makanan kesihatan yang SELAMAT dan dapat membantu memperbaiki fungsi hati, anti-penuaan, mengurangkan kolesterol & melaraskan sistem imun.

3) Krimer Minyak Kelapa Asli
Tanpa tenusu. Bebas lemak trans. Sesuai untuk mereka yang lactose intolerent.
4) Gula Tebu
Terdapat dalam 2 pilihan, tanpa gula dan gula. Gula yang digunakan adalah dari gula tebu yang tidak diproses. Lebih enak dan selamat.

Kini, semua orang boleh untuk mengambil lingzhi dengan harga yang mampu milik , alhamdulillah.

Nak dapatkan Kopi CEO untuk seisi keluarga? Hanya RM1.75 / paket.
Klik sahaja link di bawah ini ya.

Saya nak CEO CAFE.

Sunday, 29 March 2020

Cara-Cara Beri Anak Makan Lingzhi

Salam Health Lovers!

Macam mana nak beri anak kecil makan lingzhi?

Umum maklum, lingzhi daripada Shuang Hor datang dalam kapsul. Untuk kanak-kanak atau bayi yang belum tahu untuk menelan seperti dewasa, boleh gunakan cara di bawah ini ya.

Bahan / alat yang diperlukan:
1) Yungkien Ganoderma / Jia Hor Lingzhi
2) Sudu Besar
3) Air Panas
4) Mangkuk Kecil
5) Syringe

Cara-Cara:
1) Keringkan tangan terlebih dahulu.(kalau tangan basah, sukar sedikit nak buka kapsul lingzhi)
2) Buka kapsul lingzhi dan masukkan serbuk lingzhi ke dalam mangkuk (kuantiti kapsul terpulang pada individu)
3) Tuangkan air panas ke dalam sudu. Nisbah yang boleh digunakan: 1 kapsul lingzhi : 1/2 sudu besar
4) Larutkan serbuk lingzhi dengan air panas. Kacau dengan sudu.
5) Masukkan larutan lingzhi ke dalam syringe
6) Sedia untuk diberi pada anak!

Pastikan anak minum air masak secukupnya untuk membantu proses detoksifikasi ya 😀

Tips: Boleh campurkan sedikit madu untuk kurangkan rasa pahit lingzhi. Pastikan madu asli ya!

Sunday, 22 March 2020

MENTOR dalam BISNES

Salam Health Lovers !

Dalam apa-apa bisnes yang kita ceburi, apa yang penting adalah mentor. Tanpa mentor, buat bisnes sesuka hati akan cepat menjatuhkan bisnes kita. Dan penting untuk mencari mentor yang BETUL.
Jika buat bisnes kek, perlulah bermentorkan pastri chef yang berjaya dalam bisnesnya.
Jika buat bisnes tudung. perlulah bermentorkan mereka yang berjaya dalam bisnes tudung.

Jadi carilah mentor yang betul-betul boleh membantu anda baik ketika senang ataupun susah.

Alhamdulillah, dalam bisnes Shuang Hor, memang perlu ada mentor yang akan guide kita untuk berjaya dan terus berjaya dalam menjalankan bisnes ini.

Nak tahu lebih lanjut? >> Whatsapp Izura

Gambar kat atas ni adalah gambar saya bersama upline aka business partner saya. Comel x kami? Hihi. Kalau hebat, boleh nampak seorang lagi Future Leader dalam gambar tu insyaAllah :)



Sunday, 15 March 2020

PROBIOTIK TERBAIK UNTUK USUS

Salam Health Lovers,

Dalam dunia ni, ada orang jahat dan orang baik.
Tapi untuk pastikan dunia tu selamat, kita mesti nak orang baik sahaja di sekeliling kita, betul tak? Tapi susah dan mustahil nak jadikan situasi ni satu kenyataan.
Cara terbaik nak pastikan dunia ni selamat, kita pastikan bilangan orang baik tu lebih daripada bilangan orang jahat. Tak adalah rosak cepat dunia tu kan?

Mesti ada yang dah pelik apa lah yang saya merepek pasal orang baik orang jahat ni 😂

Sebenarnya, saya cuba nak relatekan situasi ini dengan keadaan usus kita.

Dalam usus kita ada berTRILION bakteria, dan macam manusia, ada bakteria yang baik dan ada juga yang jahat.
Bakteria baik ini berfungsi untuk mencernakan makanan dalam badan. Jadi penting untuk kita perbanyakkan bakteria baik dalam usus kita untuk menjamin usus yang sihat. Sekurang-kurangnya, kita perlu pastikan ada 85% bakteria baik dalam usus kita.

Macam mana ada bakteria jahat pula?
Datang dari pemakanan yang tidak sihat, terutamanya junk food.

MACAM MANA NAK ADA BANYAK BAKTERIA BAIK DALAM USUS?
Dengan mengambil probiotik (bakteria baik) dengan konsisten.

Produk Shuang Hor yang menjadi favourite saya sekeluarga, terutama sekali anak saya adalah LACTOBERRY.

Apa yang lainnya LACTOBERRY ini berbanding produk probiotik di luar sana?

1) Teknologi Berbilang Penyalutan
Kebanyakan probiotik yang tidak disalut dengan baik mempunyai kekurangan dari segi ketidakupayaan menahan asid dan tidak dapat bertahan lama lantas akan hilang kecergasannya setelah dihakis asid gastrik. Beri Asli dengan Probiotik Shuang Hor menggunakan teknologi penyalutan berbilang lapisan menyamai suhu badan manusia yang tercanggih, ia bukan sahaja dapat mengatasi kekurangan di atas malah keberkesanannya juga lebih terserlah:
  1. Boleh tahan asid gastrik, boleh simpan lebih lama, selepas melepasi asid gastrik dan hempedu, ia masih kekal aktif serta tidak terjejas dan seterusnya dibebaskan di dalam saluran usus bagi mencapai kesan peningkatan daya imun.
  2. Bahan penyalutan mengandungi serat prebiotik oligosakarida semula jadi yang dapat membantu menstabilkan pembiakan bakteria asid laktik di dalam saluran usus supaya ia tidak cepat dikeluarkan bersama najis.
Senang cerita, bakteria baik yang kita makan ini akan kekal AKTIF dan HIDUP selepas melalui mulut, trakea hinggalah sampai ke usus. Kalau bakteria tu tak hidup dan aktif, tak gunalah kita ambil hari-hari.

2) Ia juga mengandungi PREBIOTIK (makanan untuk probiotik supaya dapat membiak dengan baik dalam usus)
Bifidobacterium Longum: Mengekalkan keseimbangan flora bakteria usus yang normal, menyekat pembiakan bakteria punca penyakit, mencegah sembelit dan mengawal disenteri. Bifidobacterium Longum membiak di dalam usus besar manusia, ia dapat menghasilkan kumpulan Vitamin B serta pelbagai jenis enzim yang berguna untuk membantu penghadaman, mencegah cirit-birit yang berpunca daripada antibiotik atau bakteria penyebab penyakit. Selain itu, ia juga dapat membantu badan melawan jangkitan, menghapuskan bakteria berbahaya, memperkuat sistem imun, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit usus, dan mengurangkan risiko penyakit kanser.

Senang cerita, bakteria baik yang kita makan ini akan membiak dan membiak dan menendang bakteria jahat keluar dari usus dan boleh lah mencapai piawaian usus yang baik (85% bakteria baik dalam usus).

3) Ia mengandungi 3 jenis beri
  • Serbuk Cranberi: Antosianidin yang terkandung di dalam cranberi dapat mencegah ancaman E.Coli terhadap saluran kencing; memandangkan 80% - 90% daripada jangkitan saluran kencing berpunca daripada E.Coli, maka kandungan istimewa di dalam cranberi ini dapat menghalang kuman E.Coli melekat di saluran kencing sekali gus mengelakkan jangkitan.
  • Serbuk Raspberi: Berkesan mencegah sembelit.
  • Serbuk Beri Biru: Suplemen berkhasiat antipenuaan semula jadi, dapat menghapuskan radikal bebas, menggalakkan penyingkiran sisa metabolisme

Senang cerita, Lactoberry ini bukan prebiotik dan probiotik semata-mata. Ada banyak lagi kandungan yang berkhasiat yang diperlukan oleh usus. Rasa pon sedap, anak-anak confirm suka.


 Kami sekeluarga memang tak pilih yang lain. Lactoberry di hati (dan usus hihi)💗
Lactoberry (1 kotak=30 sachets)Harga Ahli: RM70
Harga Bukan Ahli: RM84

Nak dapatkan sample? Whatsapp Izura.



Sunday, 8 March 2020

How to combat Covid-19

Assalamualaikum & Good Day Health Lovers.
Alhamdulillah, I am blogging today. Pray that this will be of a frequent activity for me. Amin.

It's 2020 people! No car flying around...yet. hihi, but what has been flying around the world (not exaggerating here) recently was the deadly COVID-19. May Allah protect us all from this.

I am not going to go into detail about the virus as I am no expert on it.What I want to emphasize is how wonderful our body CAN protect us from this virus, or any other viruses existed.

HOW?
By having an OPTIMUM Immune System.

What is the meaning of OPTIMUM?
  • Not weak
  • Not too strong
Eh?!

I am sure most of you know that a weak immune system leads to a week body. But a too strong Immune System is also not good?
I have learned about this when I first know about Lingzhi. This condition is also called as Auto Immune Disorder, where your immune cells are too active and attack all cells (including the healthy ones) which will lead to a weaker body function. There are a lot of diseases derived from auto immune disorder eg SLE, eczema, athritis, asthma and many more.

AN OPTIMUM IMMUNE SYSTEM= healthy LIVER + healthy GASTROINTESTINAL with 85% of good bacteria.

Till the next post, lets optimize our immune system for a healthier body 💪

Thursday, 13 December 2018

Migrain-Ada Ubat Ke?

Assalamualaikum/ Salam Health Lovers, Dalam family saya, 2 daripada 6 orang mengalami masalah migrain. Peratus ini agak tinggi dan kalau kita tanya kawan-kawan di pejabat atau di kawasan kediaman, SEKURANG-KURANGNYA seorang akan mengadu mengalami masalah ini. Dan kebanyakan mereka hanya akan mengambil painkiller untuk kurangkan sakit ini kerana sebenarnya, tak ada kan ubat untuk migrain. Betul ke? Baru-baru ini saya baru belajar tentang pentingnya mempunyai sistem perkumuhan yang baik. Sistem ini bukan sahaja bertanggungjawab membuang segala toksin dalam badan, malah sistem perkumuhan juga menjalankan tugas penyerapan nutrien dalam badan. Sekiranya sistem perkumuhan kita tidak berfungsi dengan baik, segala apa yang kita makan, setiap nutrien, vitamin dan khasiat tidak akan diserap oleh badan. Sia-sia sahajalah kalau begitu kan! Rugi kalau beli makanan mahal-mahal, tapi nutriennya tidak diserap pon oleh badan. Seperti buang duit jugak lah! Macam mana nak pastikan sistem perkumuhan kita ini bagus? Dengan sentiasa monitor keadaan najis kita. Ya! mungkin bunyi agak jijik tapi itulah penunjuk aras sistem perkumuhan paling tepat. 1) Saiz: Besar dan Panjang Najis kita perlu ikut saiz usus. Najis yang tirus dan kecil saiznya adalah simptom awal untuk kolon kanser. 2) Warna: Kuning atau coklat cair Najis yang gelap warnanya bermakna ia telah lama berada dalam usus. 3) Terapung Najis yang tenggelam menunjukkan badan perlukan lebih serat. Serat boleh didapati dalam sayur dan buah-buahan. Kalau dah banyak makan buah dan sayur tetapi masih menghasilkan najis yang tenggelam, sistem perkumuhan tidak berfugsi dengan baik lagi. 4) Tidak terlalu busuk Lazimnya, najis memang busuk. Tetapi, ada sesetengah orang yang najisnya betul-betul berbau kerana telah lama tersimpan dalam usus. Jadi, apa kena mengena Migrain dengan Sistem Perkumuhan?
-------

3 sebab kenapa kerap *MIGRAIN* ?

1. Bila "bawah" tersumbat *darah kotor* naik ats terjadilah migrain.

2. Ade *masalah perkumuhan* yg serius spt sembelit, buasir, gastrik, alahan, cirit, sendawa, byk angin.

3. Biasanya individu ini bermasalah *sinus* @ resdung jerawat, telinga nanah & berdesing, mulut berbau, hidung tersumbat, kerap batuk selsema, kerap ketumbit mata.

-------

Kopi CEO boleh ONLINEkan saraf (kafein) supaya penyerapan YK Lingzhi lebih baik. :+1:

:heavy_check_mark: Semua yang tersumbat menjadi lancar
:heavy_check_mark: Saraf lebih peka
:heavy_check_mark: Kotoran dilongkah keluar
:heavy_check_mark: Peredaran darah lebih bersih & lancar
:heavy_check_mark: Oksigen sampai ke setiap sel ____________________________________________________________________________________ Pada awalnya, saya juga skeptikal untuk minum kopi untuk Migrain. Tetapi alhamdulillah, dengan CEO Cafe, migrain makin sembuh! Kalau anda atau ahli keluarga mengalami masalah ini, WAJIB minum CEO CAFE ini. InsyaAllah, dapat membantu keadaan mereka. Saya dah cuba dan saya memang sangat-sangat rekomen untuk mereka yang memang ada migrain teruk . Yang terbaring sahaja bila migrain menyerang, yang tidak boleh tengok cahaya langsung. Nak buat kerja memang tak boleh langsung. Yang mengalami migrain berhari-hari. Saya dah pernah alami semua ini, dan saya faham keadaan anda. Klik sahaja link di bawah untuk cuba. Saya boleh berikan sample percuma. 😉 SAYA NAK SAMPLE PERCUMA CEO CAFE!

Thursday, 15 November 2018

Kopi Untuk Anak? Biar Betik!!

"Kasi kopi ni pada baby awak. Masukkan dalam susu"

" Anak you demam ke? Nah kasi je kopi ni kat die every 2 hours."


Nak kasi kopi pada anak? Biar Betik!!
Ini bukan perkara yang biasa pada kebanyakan ibu bapa bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Kopi adalah sejenis minuman berkafein. Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan kebaikan minum kopi dengan kuantiti yang betul. Tetapi kajian ini dijalankan hanya ke atas orang dewasa. Bagaimana pula ke atas anak kecil?
Setahu saya, tiada lagi kajian spesifik untuk ini. Kafein di dalam kopi dapat memberikan kesegaran dan tenaga pada 1 individu jika diambil dalam kuantiti yang moderate. Tetapi berbeza dengan kanak-kanak kerana hanya sedikit kandungan kafein yang diambil dapat menghalang penyerapan kalsium dalam badan yang mana membantutkan pertumbuhan badan kanak-kanak. Penambahan gula atau krim pula boleh menyebabkan pertambahan berat badan dan kaviti. Antara kesan buruk lain ialah sakit perut, insomnia, pening kepala, kelajuan degupan jantung bertambah dan lain-lain lagi. Untuk kanak-kanak, sehirup kopi mungkin OK, tetapi secawan kopi yang diamalkan seharian adalah TIDAK OK.

Jadi bagaimana pula situasi rakan-rakan Shuang Hor yang menyarankan kanak-kanak untuk ambil kopi? 
Perlu ditekankan disini, kopi yang disarankan HANYALAH CEO CAFE sahaja.
Kenapa?
Kerana CEO CAFE mengandungi Yungkien Ganoderma. Ini sebenarnya yang ingin diberikan kepada anak itu. Tetapi untuk sesetengah orang, belum mampu untuk mengambil Yungkien Ganoderma  dalam bentuk kapsul, jadi CEO CAFE adalah option yang lebih murah.
Kenapa perlu kasi Yungkien Ganoderma pada anak pula? Itu saya akan kongsikan pada blog post yang lain insyaAllah. Atau boleh klik sahaja di sini untuk lihat kebaikan Yungkien Ganoderma / Lingzhi ini. 
Jika kafein tidak diperlukan lagi dalam badan, Yungkien Ganoderma ini akan menyah kafein berlebihan dari badan kita, eg melalui air kencing. Tak perlu nak risau lah kalau badan ini terlebih kafein atau tidak.
Satu lagi kebaikan CEO CAFE, kandungan krimer dan gula yang digunakan dalam CEO CAFE adalah sangat sihat dan tidak memudaratkan. Bukanlah seperti kopi lain di pasaran yang kandungannya pun kita tidak pasti sihat atau tidak.
Risau sangat tentang kopi, tahu ke tak kafein bukan sahaja ada dalam kopi tetapi juga minuman berkarbonat? Berapa banyak kita tengok anak kecil yang sudah mula minum air bergas ini? Kesannya sama teruk kerana kandungan kafein di dalam minuman itu. Khas untuk ibu bapa yang membaca, jagalah pemakanan anak kita dari kecil. Mereka akan berterima kasih dengan kita di kemudian hari nanti.

Video di bawah adalah video anak saya yang imitate umminya membuat CEO Cafe setiap hari :P




Friday, 9 November 2018

My Favourite Coffee- CEO CAFE



Good Morning Health Lovers!

I am going to share about my most favourite Coffee, the CEO CAFE.
The name is already catchy, because only the CEOs drink this Haha.
Nah...I am just kidding. But praying hard that this dream comes true.
The Coffee got its name because the recipe was inspired by the CEO himself!

So WHY CEO CAFE? 
  • Formulated using only prime coffee beans! 
    • So you got the feel of having Starbucks or Coffee Beans or Illy's or Dalkomm ...whichever your preferred coffee outlet are at the comfort of your home. Yey!
  • Enhanced with Yung Kien Ganoderma
    • Blends the bitter taste of Ganoderma with the unique bitterness of coffee. You really got to try and savour the taste!!!!
  • Plant Base Non Dairy Creamer
    • Derived from coconut and free from harmful trans fat. Who needs low fat coffee now? Pfft!
  • No Preservatives or any Flavouring Essence
    • Only giving the exquisitely smooth flavour and rich aroma.
  • Comes in 2 varieties, no sugar and added sugar. No worries because the sugar is derived from sugarcane. 
    • Raw sugar taste soo good ya know!
PRIME COFFEE BEANS + BITTERNESS OF GANODERMA + COCONUT CREAMER + RAW SUGARCANE=WHO CAN'T RESIST?

If you still have not tried this coffee yet, please PLEASE whatsapp me now!
Just click the link below ya :)

http://wasap.my/60192094747/CEOCAFE Please
http://wasap.my/60192094747/CEOCAFE Please
http://wasap.my/60192094747/CEOCAFE Please

Thursday, 8 November 2018

November 2018 Resolution

Assalamualaikum

It has been years!!!!!!
And now I am back.
Back to write.
Back to sharing infos health related.
InsyaAllah.
Pray that I can maintain this resolution.
RESOLUTION? It's already November!

Oh well, why wait for a new year to make resolution?
Just make one when you feel like it, right?
Yes, I am confident I am right :P

Till the next post.
Hope you have a lovely day with the people who loves you :)

Wednesday, 4 March 2015

DO RESEARCH !

Assalamualaikum

Recently, I attended a marketing seminar.
1 of the topics discussed was how to choose a good product to sell. It must be things that ppl would love to buy. So here are 7 tips in choosing the right product to market:
1) easy
2) instant
3) cheap
4) exciting
5) comfort
6) healthy
7) superb

I would want to highlight point #6.
I have to say, there are THOUSANDS of health & beauty products nowadays.
To consumers / buyers out there, PLEASE PLEASE choose the right product. Do not simply buy things without looking at the ingredients. Do spend a little time to do research on the product, then only you decide to buy.
Have you notice there are many so called organic products in the market?
My dear friends, manufacturer can claim their products organic as long as they put about some % of it in. Yes, sadly that is the law.

These health & beauty products are those you apply on your skin, on your children's skin, on your parents skin. These products are consumed by them. These will be in our flesh and blood!! How would you not be cautious with ingredients they put in??
To manufacturers/ sellers, have some honest attitude towards your product. Do not simply think of making money and have profits by tricking buyers' minds. BERDOSA!

p/s: Have you heard about GMOs?
If you read well, you might want to start planting and harvesting your own produce ..

Friday, 30 January 2015

VCare Shower Gel - Sabun Mandi Semulajadi

Salam :)

Mandi itu perlu. Nak-nak lagi dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembab, buat badan mudah melekit kan?
Selain daripada untuk membersihkan badan dan kulit daripada kotoran / daki, mandi dapat melancarkan peredaran darah , memberi lebih kesegaran pada badan kita kerana darah sudah lancar. Jadi badan tidaklah rasa lesu dan penat selepas mandi.

Bulan lepas, saya berjalan-jalan di satu pusat membeli belah. Sale merata-rata. Memandangkan shower gel saya hampir habis, saya pun tergerak untuk membeli sabun semulajadi yang lain. Dek kerana takut tidak sesuai dengan kulit, saya hanya membeli botol yang kecil sahaja. Tetapi tak tahu, nafsu shopping menggila, saya beli hingga 3 botol , semuanya berlainan brand. Saja nak cuba :P
Selepas menggunakan ketiga-tiga sabun ini, saya boleh katakan ia TIDAK BOLEH lawan dengan VCare Shower Gel. Bukan nak menangkan produk sendiri, tetapi ini yang saya rasa setelah mencubanya sendiri.
Dari segi kesihatan, bahan-bahan yang digunakan memang tiptop. Jadi tidak perlu risau jika ia membahayakan kulit atau tidak.
Dari segi bau, saya akan beri lebih kredit pada produk lain, kerana boleh memilih bau yang kita suka. VCare hanya ada 1 pilihan sahaja. Walaubagaimanapun, kedua-dua produk mempunyai haruman menyenangkan.
Dari segi rasa selepas mandi, kedua-duanya memberikan rasa segar dan kulit menjadi lebih lembut.


Yang membuatkan saya pilih VCare Shower Gel ialah rasa sabun itu sendiri. Amaun yang digunakan tidak perlu banyak untuk membersihkan badan jika dibandingkan dengan produk semulajadi yang lain. Bila saya guna produk lain, masih rasa tidak cukup bila sabun diratakan pada kulit.
Memang harga VCare Shower Gel mahal sedikit daripada produk lain yang saya cuba (RM 30 / 300 ml), tetapi sangat berbaloi. 'Value for money' lah senang cerita.

Mungkin perbandingan saya ini sangat sedikit, tetapi kepuasan selepas menggunakan produk penting bagi saya.
Saya tidak tahu tentang anda, mungkin boleh cuba dan anda nilai sendiri :)







Sunday, 26 October 2014

Replace Your Beverages

Assalamualaikum

Good day people!

Don't you find it tiring to take supplements? 
Sometimes you forget to take em daily.
Until a point, you decide you do not want to take em anymore. 
Have you experience this situation before?

Why don't instead of you have to take extra other than your daily meal, you just REPLACE the things you eat with a healthier choice. 
For instance, everyone must have breakfast daily, right? The least they will take is coffee. Instead of you drink coffee with bad quality beans, or full with additives and sugar, opt for something better like this CEO CAFE! Formulated using only prime coffee beans, freshly brewed for its premium taste and enhanced with Yung Kien Ganoderma to blend the bitter taste of Ganoderma with the unique bitterness taste of coffee. As for the creamer, it uses a low fat non dairy creamer derived from coconut and free from harmful trans fat. It doesn't give you any flavouring essence of preservatives. It comes with 2 varieties, without sugar and added natural sugar. Sugar used is derived from sugar cane.

You are not a coffee drinker? 

Try the Lu Chun Lingzhi Tea. Incorporating 4 ingredients, that is rich in flavour and health enhancing in their own ways. Oolong tea is the finest among all teas, enriched with lingzhi for its primary benefit of fortifying the immune system, the Semen Cassiae helps enhance the visual functions, detoxify the body and expel pathogenic heat, whereas Gynostemma Pentaphyllum contributes to relaxing the mind and removing stress.

Change for the better. Yes? 
:)
If you want to order any of these drinks, contact me : +6019 209 4747 or email me at: izura.ishak@gmail.com
CEO CAFE (without sugar)

CEO CAFE (sugar added)

Lu Chun Lingzhi Tea

Friday, 17 October 2014

Kembalikan fungsi Buah Pinggang anda kepada normal dengan Rawatan Alternatif

Assalamualaikum

Ramai terutama warga tua yang perlu untuk menjalani proses dialisis kerana buah pinggang telah menjadi beban. Ramai juga menyangka proses dialisis ini perlu dilakukan sampai bila-bila.
Proses dialisis adalah proses di mana darah perlu di cuci kerana buah pinggang tidak lagi dapat melakukan tugas mencuci darah dalam badan. Walaubagaimanapun, proses dialisis tidak dapat menggantikan balik fungsi buah pinggang kita secara menyeluruh!
Buah pinggang bukanlah hanya mencuci darah, ia berfungi untuk merembeskan beberapa jenis hormon, menyerap kandungan mineral yang ada dalam darah, menghasilkan air kencing dan banyak lagi. Masih ada peluang untuk memulihkan semula buah pinggang kepada normal.
Jika anda salah seorang yang perlu menjalani proses dialisis, tetapi masih boleh membuang air kecil sendiri, cubalah untuk pulihkan buah pinggang anda.

Saya ingin berkongsi testimoni seorang lelaki yang berjaya pulih dan berhenti daripada melakukan dialisis setelah mengambil dos lingzhi yang tinggi.

Lelaki 71 tahun 
May 2005
Sukar membuang air kecil
Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, beliau perlu menjalani proses dialisis
Jun 2005 
Dialisis dijalankan 3x seminggu
Sept 2005
Mula mengambil 4 capsules Yungkien Ganoderma + 4 capsules Pollen sehari
Seminggu kemudian, dos dinaikkan kepada 16 capsules Yungkien Ganoderma + 16 capsules Pollen  sehari
Juga mengambil Luchun Lingzhi Tea setiap hari
Oktober 2005
Doktor mengurangkan kadar dialisis kepada 2 kali seminggu kerana nilai kreatin sudah turun
Nov 2005
Hanya perlu dialisis 5 kali sebulan sahaja
Jan 2006
Buah pinggang sudah berfungsi normal, dan tidak perlu dislisis lagi.

Untuk info lanjut, boleh hubungi saya:
Irna
019 209 4747 / 011 2201 5464
izura.ishak@gmail.com
YUNGKIEN GANODERMA
RM 270 / $S 142 / $B 142 / Rp 699.000
YUNG KIEN POLLEN
RM 123 / $S 63 / $B 63 / Rp 318.000


LU CHUN LINGZHI TEA
RM 45 / $S 23 / $B 23




Wednesday, 15 October 2014

Sakit Jantung, Strok

Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi testimoni tentang seorang lelaki yang mengalami sakit jantung dan seterusnya strok.
Pulih setelah mengambil dos lingzhi yang tinggi.

Lelaki, 56 tahun
Strok, Sakit Jantung

April 2012
Tidak sedarkan diri, terus hantar ke hospital
CT scan menunjukkan myocardial infaRction (jantung), dan terus lakukan pembedahan
Doktor dapati ada kecacatan pada jantung-cuma ada 2 saluran darah (manusia normal ada 3 saluran).
Pada masa yang sama ada tanda pendarahan otak
Pada hari yang sama, bedah otak pula.
Selepas pembedahan, tekanan pada otak menjadi tinggi
Selepas itu, otak kiri pula mengalami pendarahan.
Minggu berikutnya, 1 lagi pembedahan dilakukan
Semasa pembedahan, doktor menjumpai 1 lagi ketidaknormalan pada pembuluh darah, 5 cm 'twisted'
Doktor memberitahu isteri beliau untuk menghadapi saat-saat kecemasan dengan tabah
Isteri beliau tidak berputus asa, beri lingzhi selama 20 hari dalam ICU setiap hari ( 4 capsules Yung Kien Ganoderma + 2 Capsules Yungkien Ganoderma 2) 10x sehari
Setelah berpindah pada wad biasa, isteri beliau memberi 20 capsules Yungkien Ganoderma + 10 Yungkien Ganoderma 2 setiap hari

Selepas 2 bulan, beliau sedar tetapi masih tidak boleh bergerak / bercakap

7 bulan kemudian, lidahnya sudah mula boleh gerak
Beliau masih meneruskan dos dengan 30 capsules Yungkien Ganoderma sehari

Pada Jun 2013, beliau sudah boleh bercakap dan sebulan selepas itu, sudah boleh berjalan.

Untuk mendapatkan info lanjut, boleh hubungi saya:
Irna
019 209 4747 / 011 2201 5464
izura.ishak@gmail.com
YUNG KIEN GANODERMA 2
RM 580 / S$ 284 /B$ 284 

YUNG KIEN GANODERMA
RM 270 / S$ 142 / B$ 142 /Rp 699.000

Tuesday, 14 October 2014

TIRAMISU with CEO Cafe

Assalamualaikum

Good Day :)

I would like to share a recipe I tried few days ago making TIRAMISU :D
The original plan was to make this on my husband's birthday. But, baking to me is a stage where I need to get the mood on, not something like I can do anytime I feel like it eg bathing :|
So, he only gets to eat his tiramisu birthday treat 2 months after his birthday hehe.

I prefer to make everything from scratch, including the lady fingers. The recipe is quite easy. If you have a good set of baking utensils, it will be smooth sailing believe me :)

INGREDIENTS:
For lady fingers (this can make about 50 ++pc )
1/2 cup of superfine flour
3 large egg yolks
2 tbsp sugar
1/2 teaspoon vanilla extract
3 large egg whites
1/8 teaspoon cream of tartar
3 tbsp sugar
A bit of icing sugar (to dust lightly before baking)
Pastry bag with a round tip

For tiramisu
3 large eggs
1/3 cups of castor sugar
250 gm mascarpone cheese
1 tsp vanilla extract
300 ml whipping cream
Lady fingers
Cocoa powder
2 sachets of CEO Cafe

INSTRUCTIONS:
I need to work on my piping method next time :P
For lady fingers
Preheat the oven to 180 deg C.
Beat the egg yolks and the + 2 tbsp sugar in high speed for 5 min
Beat in vanilla extract
Sift flour to the batter. Do not fold
In another bowl, whip the egg whites until foamy
Add the cream of tartar until soft peak form
Add in 3 tbsp sugar bit by bit until stiff peak form
Fold the egg white to the yolk batter in 3 addition
Pour everything in a pastry bag
Pipe in on a baking sheet according to your desired shape of lady fingers :)
Dust icing sugar on top
Bake for 8-10 minutes





For tiramisu
Boil water in sauce pan
Beat egg yolks + sugar
Continue beating on top of the boiling water (double boil) until form slow ribbon
Let cool
Add in the mascarpone cheese
Add in the vanilla extract
In a different bowl, whip cream
Fold in the yolk batter
In a clean bowl, whip the white eggs until soft peak
Fold into the yolk batter
Prepare your CEO Cafe in a bowl
Dip your lady fingers in the CEO Cafe
Arrange the lady fingers in a casserole dish
Pour the batter on top
Make 2 layers of these
Dust cocoa powder generously on top

Enjoy!




Monday, 13 October 2014

Tanda- Tanda Sakit Daripada Mata

Assalamualaikum

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. 
Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik :)

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukan. Apa-apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepatlah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap sahaja kerana mungin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue / hint yang kita ini sebenarnya sakit.




MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
Mata menjadi merah:
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. 
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuaangan toksin.

Mata menjadi kabur:
Sering berlaku pada waktu pagi
Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku

Keluar tahi mata:
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata:
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

Ketegangan mata dan kelopak:
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

p/s: Kalau anda penggemar teh, boleh mencuba Luchun Lingzhi Tea yang sangat-sangat berkesan mencuci kapilari-kapilari darah yang kecil eg mata.
Ramai yang mendapat kesan yang baik terutama sekali bagi yang mempunyai masalah rabun mata dan silau setelah mengambil Luchun Lingzhi Tea. Hingga tidak lagi perlu menggunakan cermin mata! 
Untuk mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya - 019 209 4747 / 011 2201 5464 / izura.ishak@gmail.com :)



Sunday, 12 October 2014

AQUA SENSE SUNSCREEN-Lindungi kulit anda daripada sinaran UV

Assalamualaikum

Sebelum ini saya tidak mengambil peduli tentang sinaran UV.
Antara perkara yang paling tidak digemari terutama sekali bagi golongan wanita tentang sinaran UV ini ialah -ia boleh mempercepatkan penuaan kulit!

Saya berasal dari Malaysia, alhamdulilah dikurniakan dengan cuaca tropika, mendapat sinaran matahari setiap hari.Jadi, bagi mereka yang juga duduk di kawasan yang mendapat sinaran matahari setiap masa, perlulah mengambil tahu tentang kesan sinaran UV ini kepada kulit kita.

Rupa-rupanya, bukan sahaja sinaran daripada matahari yang perlu dielakkan, malah sinaran daripada mentol lampu di rumah juga perlu diambil kira di sini. Oleh itu, disarankan untuk kita memakai 'sunblock' atau krim tabir suria ini setiap hari , pagi dan malam untuk memastikan kecantikan dan kesihatan kulit kita terjaga.

Apa sebenarnya UV ini?
UV adalah berasal daripada perkataan inggeris -Ultra Violet. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah sinaran ultra ungu. Ia boleh menyebabkan kerosakan tertentu pada sel kulit kita.

Saya ingin menerangkan 2 jenis UV:

UVB- panjang gelombangnya antara 280 - 320 mm.
Menyebabkan kulit cepat menjadi merah, terselar, dan jika dibiarkan berpanjangan, akan menyebabkan penuaan kulit dan kanser kulit.

UVA - panjang gelombangnya antara 320-400 mm.
Sinaran ini lebih bahaya daripada UVB, tindakan radikal bebasnya boleh merosakkan protein kolagen dan elastin, mempercepat penuaan kulit serta merosakkan DNA secara tidak langsung. Berita buruknya, kerosakan ini adalah kekal :(

Tidak banyak produk yang selamat bahan kimianya dan boleh menjaga kulit kita daripada kedua-dua sinaran UVA dan UVB sekaligus.
Saya sangat-sangat gembira selepas produk Aquasense ini dilancarkan. Salah 1 produknya ialah AQUASENSE SUNSCREEN. 
Produk ini dapat memberi perlindungan menyeluruh daripada sinaran UVB dan UVA. Ia juga ditambah dengan Canadian Willowherb dan Rumpai Laut, ramuan anti sensitif untuk memberi perlindungan tambahan kepada kulit serta membaiki DNA yang rosak. Teksturnya juga halus, dan tidak berminyak.
Saya juga menggunakan suncsreen ini sebagai foundation, jadi lebih jimat disitu :)

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk ini atau ingin tahu dengan lebih lanjut, bolehlah hubungi saya :)