Contact Me

I started practising natural healing since 2007. The herb I have been using is LINGZHI, it is a type of mushroom, an adaptogen and also a powerful detoxifier. I fall in love with how it works greatly to strengthen our body.
I hope to share the knowledge / experiences I gained since I started this alternative medicine and hope that everyone can benefit from it too.
I would also want to help those in need of a financial freedom, through network marketing I am doing that is the Shuang Hor Business.
Contact me if you are interested in knowing the natural alternative medicine or the nature of the Shuang Hor business.

CONTACT ME:
Email Address:
izura.ishak@gmail.com
Facebook Page: Lactoberry
Phone No: +6011 5922 5502
Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCeQGGubkr8O8V_1N8Udsoaw


Pages

Monday, 7 April 2014

BONUS PRESTASI (OVERRIDING)

Assalamualaikum

Ramai yang bertanya, bagaimana bayaran / komisen / bonus diberikan kepada pengedar? 
Soalan yang seterusnya yang bakal muncul ialah:
Kalau macam tu, senanglah orang yang atas. Dapat untung dari orang bawah! 
TIDAK SAMA SEKALI. Kerana jumlah bonus / komisen adalah daripada jumlah overiding dalam 1 jaringan (network). 

Kepada sesiapa yang tidak paham maksud orang atas / orang bawah ini, mari saya perjelaskan.
Orang atas ini dipanggil upline. Mereka inilah yang bertanggung jawab memperkenalkan seseorang kepada syarikat / produk . 
Orang bawah pula dipanggil downline. Mereka ini didaftarkan bawah seseorang (upline) atas pilihan sendiri. Tiada paksaan di sini. Mereka inilah juga yang dipanggil rangkaian (network). 

Kalau mengikut sistem syarikat Shuang Hor, bonus / komisen diberikan mengikut prestasi seseorang dalam masa sebulan. Setiap produk kami mempunyai PV atau pun nilai mata tersendiri. Pada hujung bulan, jumlah PV akan dikira, dan akan ditukarkan kepada wang ringgit mengikut peratusan yang ditetapkan. Anda haruslah mendapatkan sekurang-kurangnya 400PV dalam sebulan untuk anda layak mendapatkan bonus prestasi ini. (Lihat gambarajah dibawah)









Katakan anda ialah A. 
Anda mempunyai downline seramai 3 orang (B, C, & F).  
Jadi, untuk B, C & F, upline mereka adalah anda (A). 
Sekarang kita akan kira berapakah jumlah pendapatan yang akan anda peroleh.

Jumlah PV anda = B+C+F+A=3200PV
Jumlah RM mengikut PV: 3200x16%=RM512.







Memandangkan downline B anda juga layak untuk mendapat bonus prestasi (kerana jumlah PV lebih daripada 400mata), overriding diambil kira di sini. 

Jumlah PV B: B1+B2+B3+B4+B=2500PV
Jumlah RM untuk B: 2500x12%=RM300






Jumlah bersih yang akan anda peroleh di sini:
Jumlah RM A-Jumlah RM B:
RM512-RM300=RM 212

Anda-A (upline) mendapat bonus RM212.
Manakala B (downline) mendapat bonus RM300. 

Sapa yang lebih untung? 
B kan?

Jadi tiada istilah orang atas lebih untung daripada orang bawah di sini. Semuanya terletak kepada hasil usaha anda pada bulan itu. Ini barulah adil. 

Kalau masih tidak paham tentang penerangan saya di atas, boleh hubungi saya terus :)

Wallahualam.



Tuesday, 1 April 2014

Easy Way to Check Your Colon's Condition

Assalamualaikum

I have posted this on my Facebook Page. It was written in Malay. 
I will re-post the technique here in English. 

How to check your colon's health.
This technique is called Shiatsu Massage. The points for your colon are the area near your thumb (at the palm). You can refer the picture below.

Right hand represents the ascending colon.
Left hand represents the descending colon.

2 ways to check:
1) Look at the colon point. Check on the color of the palm.
If it's red in color, it's healthy.
If the color is blue or green, shows that your colon has started to weaken.

2) Apply soft pressure (massage) on the points.
If you feel pain, go and get your colon healthy back.

Here are some tips:
Eat more fiber.
Drink more water.
Take natural herbs that can do detoxification.

As for me, I took Lingzhi, Lactoberry and Jia Hor Fibre and lots and lots of water to keep my tummy happy :)

Taken from Lactoberry

Monday, 31 March 2014

NATURAL HEALING IS THE BEST CHOICE

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat jugak duduk depan laptop ni mengupdate blog. No.. scratch that.
Dapat jugak ON laptop ni FINALLY! :P
I have been under the weather these few days tapi alhamdulillah dah makin better :)

Memandangkan kite tengah cakap pasal recovering, sy nak share topik OPP (OPP ape tu? klik sini kalau nak tau) yg sy pergi baru-baru ini. Topik berkenaan Hering's Law of Cure. This topic is among my favourite topics since I started doing Shuang Hor. Kenapa? Sebab topik ni sangat2 baru pada saya (bila 1stime dengar) and interesting gila! Dah dengar banyak-banyak kali pun still excited nak dengar lagi.

Hering's Law of Cure ini mengatakan: Semua rawatan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke bawah, dan dalam turutan yang terbalik sepertimana simptom muncul.
Sebenarnya, ia dalam Bahasa Inggeris. Saya translate kan kepada BM, so jadi x sedap sikit ayatnye. Ini ayat English dia:
HERING'S LAW OF CURE: All cure starts from within out, from the head down and in the reverse order as the symptoms have appeared. 
Paham ke paham? Thehehe.
Ok, berbalik kepada topik asal...

Faktor penyakit terjadi :
1) Keturunan
Penyakit yang memang sudah ada daripada nenek moyang lagi

2) Faktor sejak kecil
Kemalangan, Penyakit berjangkit, Pengumpulan lendir dalam badan, cara pemakanan yang tidak sihat, bahan cuci rumah yang berbahaya / semburan, Dadah, keadaan cuaca/persekitaran tidak sihat.

Sebelum ni, kalau saya sakit, atau sape-sape lah family members yang sakit, cepat-cepat kita akan amik ubat. Itu ape yang kita biasa buat sejak kecil, betul? Keadaan ini dipanggil suppression di mana segala sakit yang dihadapi akan di'suppress' oleh ubat-ubatan. Maknanya, ubat itu bukan lah bersifat mengubati atau membaik pulih sakit itu, tetapi hanya mengurangkan sakit seseorang.
Lama kelamaan, sakit itu bukan hanya tidak pulih, malah akan menjadi lebih serius.
Kenapa?

Contoh yang paling simple, ketika demam. Sakit ini tidak perlu untuk ke klinik kerana kebanyakan kita sudah ada ubatnya -PANADOL / PARACETAMOL. Telan sahaja 2 biji, demam pun pulih.
TETAPI, tindakan ini tidak memulihkan demam.

TAHUKAH ANDA?
Kenapa kita demam?
Demam adalah 1 keadaan di mana badan kita sedang melawan segala jenis virus / kuman / bakteria dalam badan. Sel-sel imun (bertindak menjaga badan kita macam askar) perlukan suhu badan yang sedikit tinggi dari suhu badan yang normal untuk bertindak.
Sekiranya panadol digunakan, serta merta mematikan usaha sel sel imun untuk bertindak.
Apa jadi dengan virus yang telah masuk dalam badan? Makin seronok lah merosakkan badan kita tanpa kita rasa sakit sebabnya PANADOL itu telah mematikan saraf sakit (painkiller). Sebab itu lah lama kelamaan, setelah bertahun-tahun, sakit akan menjadi lebih serius. KALAU suppression masih dilakukan, sampai bila-bila pun punca penyakit itu tidak dapat selesai.
Contoh yang lain:
Tahukah anda kenapa kita berkahak? Kahak / lendir  terhasil apabila terdapat virus / bakteria dalam badan. Ia merupakan tindak balas sel imun kita terhadap 'pendatang asing' ini. Kalau kahak / lendir ini tidak dibuang dari dalam badan, bagaimana virus / bakteria ini dinyahkan?

Di sinilah Natural Healing atau Pemulihan Semulajadi memainkan peranan penting. Pemulihan yang sebenarnya ialah proses membersih dan membina sel badan. Segala rawatan pemulihan bermula dengan penyahtoksikan; iaitu membuang segala toksin / lendir yang ada dalam badan kita supaya kelak badan boleh berfungsi dengan normal dan bertindak sepatutnya jika terdapat 'pendatang asing' menyerang.


MALANGNYA, dengan hectic lifestyle manusia di zaman moden ini, mereka lebih cenderung untuk menggunakan teknik suppression. Kerana kesannya cepat. Mana mungkin kita boleh buat kerja di pejabat jika badan demam panas? Mana mungkin kita ambil MC kerana timbunan kerja mengalahkan bukit.

Oleh itu, sementara sihat ini, lakukanlah penyahtoksikan. Sedikit demi sedikit, lama-lama toksin / lendir itu akan hilang juga. Cuba untuk tidak melakukan proses suppression ini lagi. Tidak berbaloi pada diri kita sebenarnya.
Kami tahu bagaimana untuk Natural Healing. Kalau anda berminat, PM/ email kami untuk info lebih lanjut.

Akhir kata, Tuhan telah kurniakan badan kita dengan sebaik-baik ciptaan, janganlah kita sewenang-wenang merosakkan ciptaan agung Pencipta kita.
Change for the better :)


Tuesday, 4 March 2014

AQUASENSE HYDRATING TONER -Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit muka sensitif

Assalamualaikum

Saya nak share tentang 1 produk yang sangat-sangat best -AQUASENSE HYDRATING TONER.
Knapa best? Sebab bila saya guna, kulit saya dah tak berminyak! White heads pon senang sangat nak buang. Merah-merah pada kulit pun jarang ada. Saya perasan tentang perubahan ini selepas saya apply 3 lapisan toner pada kulit muka saya.
Macam mana 3 lapisan tu?
Saya apply 3 kali lah kirenye. Gunakan 3 facial cotton yang berbeza. Membazir?? Takdelahhh kalau nak bandingkan dengan hasilnya yang sangat SUPERB!

Tau tak ramuan yang digunakan hanya boleh didapati di ANTARTIKA??

Hydrating Toner ini bukan sahaja boleh diapply pada kulit muka, malah pada mana-mana kulit di badan!
Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami ekzema atau elergi yang teruk :)

Bacalah lagi kat bawah ini untuk lebih info :)
BERMINAT?? Cepat-cepat comment untuk order :D

Ramuan nadir yang berharga —Antarcticine
Menunjukkan fungsi pengekalan lembapan serta antikedutan yang optimum

Ahli sains mendapati bahawa bakteria yang diperoleh dari mendapan di dasar lautan Antartika merembeskan sejenis sebatian eksopolimer yang boleh disebarkan secara mudah di stratum korneum, dapat bertahan dengan suhu air di persekitaran yang sangat sejuk untuk mengekalkan kesempurnaan kulit. Selain itu, ia juga dapat membekalkan jalinan akontosis epidermis di lapisan korteks dan basal, sangat berfaedah untuk pengisian lipid keratinosit dan lipatan.
Antarcticine yang diproses dengan teknologi membran molekul:
  • Dapat menormalkan keratinosit, sangat berkesan untuk memulihkan kulit yang terlalu kering dan cedera.
  • Dapat merangsang pertumbuhan fibroblas dan pembentukan kolagen dan elastin, berkesan mengatasi masalah kedutan.
  • Faktor Pelembapan yang dapat mengunci lembapan, mengekalkan fungsi perintang kulit semula jadi.
Pengekstrakan suhu luar biasa rendah , mengekalkan aktiviti biologi ekstrak tumbuhan secara maksimum:
  • Ekstrak Meadowsweet: berupaya mencegah keradangan, melega dan menyihatkan
  • Ekstrak Mentimun:mencegah keradangan, menghentikan rasa gatal-gatal, berkesan mengatasi simptom gangguan permukaan kulit , menenangkan dan merapikan kulit.
  • Ekstrak Burdock: berkesan menyingkirkan toksin, melaraskan sebum, mencegah kejadian bintik putih dan jerawat.
Ramuan istimewa lain:
  • Canadian Willowherb: berkesan melegakan alergi kulit, pengelupasan, rasa ketat dan gatal-gatal.
  • Natrium Hialuronat, γ-PGA, Campuran Asid Amino, Faktor Pelembapan Semula Jadi (Natrium PCA): ramuan pengekalan lembapan yang cemerlang, sangat mesra kulit, terutamanya γ-PGA yang merupakan multi biopolimer semula jadi hasil penapaian asid L-glutamik, dapat menyerap air sehingga 3500 kali.
  • Ekstrak Corallina Officinalis : mengandungi 200 ribu kali lebih banyak kandungan nutrien dalam air laut, dapat memastikan metabolisme tisu kulit yang sihat, operasi sel yang sihat supaya nada kulit kelihatan lebih baik.

Tuesday, 11 February 2014

Opportunity Presentation Preview (OPP)

Assalamualaikum

Dalam perniagaan Shuang Hor, kami diajar untuk mengamalkan 7 amalan harian:
1) Menggunakan Produk
2) Membaca apa-apa bahan berkaitan dengan Shuang Hor (kesihatan, peningkatan diri, dll)
3) Mendengar rakaman suara (selalunya dirakam semasa perjumpaan (OPP) )
4) Menghadiri / mengadakan perjumpaan OPP
5) Menghubungi upline
6) Berkongsi tentang produk pada orang ramai
7) Berkongsi tentang perniagaan Shuang Hor pada orang ramai

OPP? Ape tu? Ia adalah singkatan untuk Opportunity Presentation Preview. 1 perjumpaan di rumah / di syarikat atau mana-mana premis untuk membentangkan apa-apa perkara berkenaan dengan produk atau bisnes kami (berkenaan dengan Shuang Hor). Intipatinya boleh jadi secara langsung atau tidak langsung asalkan bersangkut paut dengan Shuang Hor.

Kenapa perlunya untuk menghadiri perjumpaan seperti ini?
Sebab utama adalah untuk mendapatkan sebanyak ilmu yang mungkin, baik dari segi kesihatan secara menyeluruh, ilmu tentang produk-produk yang ada, ilmu bagaimana untuk menjalankan perniagaan Shuang Hor ini dengan betul dan banyak lagi. Kata kunci di sini ialah ILMU.

Antara ilmu yang saya peroleh selepas menghadiri pelbagai perjumpaan OPP:
1) Definisi badan yang terlalu 'acidic'
badan yang acidic bermaksud pH badan tidak seimbang. Sekiranya ini berlaku, badan akan kerja lebih untuk menyeimbangkan badan menyebabkan badan mudah jatuh sakit. Punca keadaan ini berlaku terutamanya disebabkan oleh pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat.
2) Definisi makanan berasid/beralkali
Sebelum ini saya beranggap limau sifatnya berasid. Jadi jika badan yang terlalu acidic, tidak boleh untuk makan limau. Saya silap. Kerana sebenarnya keasidan/kealkalian sesuatu makanan diklasifikasikan mengikut hasil setelah ia dihadam. Limau selepas dihadam menghasilkan alkalinity (alkali forming).
Bagi penggemar kopi, tidak perlu lagi risau tentang tahap keasidan tinggi kerana CEO Cafe kami mempunyai lingzhi. Umum tahu bahawa kopi bersifat acidic. Tetapi lingzhi / ganoderma adalah bersifat alkali forming. Jadi CEO Cafe adalah neutral :)
3)  Pentingnya sinergi dalam pemakanan
Sekarang ramai antara kita yang sudah mula untuk mengambil suplemen. Itu bagus sebab sudah mula prihatin terhadap kesihatan sendiri. Tetapi ramai yang kurang pengetahuan tentang suplemen yang diambil.
Tahukah anda, Vitamin D memerlukan cukup folate untuk berfungsi dengan baik dalam badan. Kalsium pula memerlukan zinc untuk berfungsi. Jadi, kita tidak boleh memandai-mandai untuk membeli suplemen di kaunter, dengan anggapan badan kita perlukan suplemen itu.
Ada juga yang mengambil multivitamin. Lebih mudah kerana semua jenis vitamin lengkap dalam 1 kapsul/tablet. Tetapi daripada manakah sumber semua vitamin itu diperoleh? Saya ada menyentuh sedikit tentang multivitamin dan cara-cara memilih multivitamin yang betul di dalam post saya yang lepas. Boleh klik di sini untuk lebih info.
4) Insurans Produk Liabiliti
Tiada kandungan tersembunyi pada produk-produk Shuang Hor. Apa yang tertera di kotak, itulah kandungannya. Kalau sebaliknya, anda boleh saman pihak Shuang Hor. Ini jaminan yang diberi.
5) Untuk cepat berjaya, perlu mengadakan 500 OPP. Alhamdulillah, saya telah menghadiri 4 OPP untuk tahun ini tetapi hanya menganjurkan 1 daripada 4 itu. Ya, sangat-sangat sedikit tetapi saya harap untuk lebih konsisten dan serius tahun ini insyaAllah.

Banyak ilmu bermanfaat yang diperoleh. Kalau ingin tahu lanjut, jomlah join OPP kami yang lain :)
Boleh hubungi saya untuk tarikh-tarikh OPP akan datang.

Friday, 31 January 2014

GREENZHI -GEL SERBAGUNA



ASSALAMUALAIKUM
Saya ingin berkongsi kandungan dan khasiat yg terdapat dalam GREENZHI kami.
Sebenarnya, ia bukannya hanya digunakan untuk menggosok gigi, tetapi banyak lagi kegunaan. Itu lah sebabnya kita panggil ubat gigi pelbagai guna.

Kegunaan GREENZHI selain untuk gigi:
1. Boleh digunakan untuk kesan lecuran. Tidak kira melecur disebabkan air panas, iron yang panas, terpegang permukaan yang panas dll. Lalukan kesan lecuran itu bawah air sejuk, kemudian sapukan dalam amaun yang banyak pada kesan lecuran itu. Pedih sedikit pada awalnya, tetapi rasa sakit akan hilang gradually. Kesan parut pun boleh cepat hilang.
2. Boleh disapu pada jerawat di muka (atau di mana-mana bahagian badan). Memang kita (especially wanita) tidak suka bila jerawat tiba-tiba muncul di muka. Tak perlu risau, hanya sapu di jerawat berkenaan dan biarkan semalaman. Jerawat akan cepat kering dan kecut. Untuk kesan lebih efektif, cuci muka dengan Greenzhi pada pagi itu.
3. Kegatalan pada kulit. Gatal boleh disebabkan oleh banyak perkara, boleh jadi alahan kepada sesuatu, digigit oleh serangga dll. Boleh sapu Greenzhi pada tempat yang gatal. Ia akan meredakan rasa gatal itu, so tak perlu nak garu sampai luka (o 'oo)
4. Luka. Hanya sapu pada tempat yang luka, Greenzhi boleh mempercepat proses ia kering dan sembuh.
5. Ulser Mulut atau orang melayu kata 'mata ikan'. Letak Greenzhi di mata ikan itu.
6. Bengkak / lebam yang disebabkan oleh alahan atau jatuh atau apa-apa sahaja boleh diredakan dengan menyapu Greenzhi di tempat yang bengkak.
7. Bibir kering. Hanya sapukan greenzhi (dicampur sedikit dengan air) pada bibir setiap malam.
8. Untuk mengecilkan perut yang buncit, boleh sapu Greenzhi di sekeliling perut dan dibiarkan semalaman. Bilas pada keesokan harinya. Lakukan beberapa kali hingga dapat hasil yang diingini :D
9. Sakit gusi (ngilu/bengkak). Hanya sapukan pada tempat yang sakit.
10. Pencuci Wanita / Feminine Wash.

Kesimpulannya, Greenzhi ini boleh dijadikan sebagai First Aid kita dirumah kan?

Tips membeli GREENZHI:
1) beli 2 kotak.
a. 1 sebagai 1st aid
b. digunakan hari-hari untuk menggosok gigi
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Copy paste from the website

Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Ekstrak Neem, Aloe Vera yang pekat, Xilitol dan Klorofil.

Nano Ganoderma Lucidum
Triterpenes dalam Ganoderma / Lingzhi dapat mengawal mutan streptokokus menghasilkan dekstran, seterusnya mencegah plak dan kerosakan gigi.
Polisakarida pula dapat mempergiatkan peredaran darah tisu-tisu di gusi, juga dapat mengaktifkan mukosa oral untuk menjaga kesihatan mulut.

Ekstrak Neem / Semambu
Mengelakkan gigi menjadi kuning dan dapat memutihkan gigi, dapat mencegah pendarahan atau kesakitan gusi dan mulut berbau .Ia juga dapat mengelakkan radang yang disebabkan oleh kerosakan gigi, mencegah kemerebakannya serta menyihatkan gusi, mencegah mulut berbau dan ulser mulut.

Aloe Vera
Dapat memperbaiki permukaan gusi, membunuh bakteria dan mencegah karang gigi. Ia sangat berkesan untuk mengekalkan kebersihan mulut.Xilitol
Xilitol bersifat manis, segar dan berhaba rendah. Ia tidak mudah menghasilkan bahan berasid kerana penapaian mikroorganisma, jadi dapat mencegah pembentukan streptokokus plak. Kandungan yang berkualiti dapat mencegah kerosakan gigi.

Klorofil
Dapat mencegah pendarahan gusi, mulut berbau, juga dapat menguraikan sisa makanan di dalam celah-celah gigi untuk menjaga kebersihan mulut. Ia berkesan untuk meredakan keadaan sensitif di gusi.

Kandungan-kandungan Lain:
Gel semula jadi
Gel yang lutsinar dan semula jadi dapat mengurangkan geseran semasa memberus gigi, seterusnya mengelakkan kecederaan enamel.

Agen pembuih semula jadi
Menggunakan agen pembuih yang diekstrak daripada kelapa dan jagung. Ia bersifat natural, lembut, selamat dan tidak beracun. Ia juga berkesan untuk menentang bakteria dan mencegah kerosakan gigi.

Pudina semula jadi
Berbau segar dan tidak pedas. Ia sesuai digunakan untuk sekeluarga termasuk anak-anak kecil.

Saturday, 18 January 2014

6 Habit Sihat

Assalamualaikum

Apa khabar? I hope everyone is in their greatest health insyaAllah.
Tahun baru, jadi kita cuba untuk jadi orang yang lebih baru? Ehh? Maksud saya jadi yang lebih baik lah. Boleh?
Saya ada share kan di fb page saya Lactoberry 6 habit sihat yang boleh dipraktikkan sempena tahun 2014.
Tak complicated, sangat mudah dan simple untuk diamalkan.
#1 Syukur
#2 Senyum
#3 Minum air di pagi hari
#4 Solat
#5 Baca
#6 Tidur

Wassalam...