Salam
Anda tahu apa itu
Dimethicone?
Ia adalah sejenis bahan kimia dari kumpulan silikon dan digunakan secara meluas pada produk-produk penjagaan kulit dan rambut. Juga digunakan dalam perusahaan industri (ada sesetengah industri menggunakannya sebagai bahan pengawet dalam makanan).
Dalam industri kecantikan, bahan ini digunakan dengan meluas terutamanya untuk mempromosikan kulit / rambut yang halus, licin dan lembut. Ini kerana bahan ini akan membuat satu lapisan baru pada kulit, dan jika disentuh kulit akan berasa licin dan lembut. Pelanggan berasa gembira selepas menggunakan produk-produk yang dibeli. Tetapi, adakah ini selamat?
Sekiranya bahan ini digunakan kerap kali, lapisan demi lapisan baru akan terhasil pada kulit / rambut. Setiap helai rambut akan menjadi
lebih tebal dan folikel rambut pada kulit kepala
sukar untuk menyerap nutrien lalu meyebabkan
kulit kepala gatal dan
rambut mudah putus / gugur. Sama juga halnya dengan produk kulit seperti losyen dan gel sabun mandi. Dengan menyapukan produk-produk ini pada kulit, akan menghasilkan satu lapisan yang memberikan rasa licin dan lembut tetapi hakikatnya lapisan ini akan
menghalang sel-sel kulit mati untuk keluar dan
menyumbat pori / liang-liang roma kulit. Lama kelamaan kulit akan menjadi lebih
kusam dan tidak sihat.
Saya ingin menyarankan kepada semua umat Islam untuk lihat produk yang anda gunakan sekarang. Adakah ia mengandungi silikon?
* lihat pada label dan perhatikan adakah tertera bahan ini (apa-apa perkataan yang berakhir dengan '
cone').
Sekiranya ada, cepat-cepatlah menukar produk anda kepada yang bebas dari silikon dan selamat digunakan. Kenapa? Kerana silikon adalah bahan yang
tidak telus air.
Bagaimana dengan wudhu /ghusl kita?
Alhamdulillah, Shuang Hor telah menghasilkan satu produk penjagaan kebersihan yang betul-betul selamat untuk digunakan oleh semua orang (termasuk bayi) tidak kira apa jenis kulit mereka. Hanya menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan, bebas dari bahan kimia yang merbahaya, dapat membersihkan kulit / rambut secara menyeluruh dan dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan selepas menggunakan produk-produk ini. Hubungi saya untuk tahu lebih lanjut tentang kesemua produk ini atau klik sahaja link
ini.
Jadi, periksa syampu/kondisioner/sabun/losyen/pencuci muka anda sekarang. Pastikan ia selamat digunakan. Jika tidak, tukarlah kepada produk yang terjamin selamat dan sihat :)
Wallahualam.