Contact Me

I started practising natural healing since 2007. The herb I have been using is LINGZHI, it is a type of mushroom, an adaptogen and also a powerful detoxifier. I fall in love with how it works greatly to strengthen our body.
I hope to share the knowledge / experiences I gained since I started this alternative medicine and hope that everyone can benefit from it too.
I would also want to help those in need of a financial freedom, through network marketing I am doing that is the Shuang Hor Business.
Contact me if you are interested in knowing the natural alternative medicine or the nature of the Shuang Hor business.

CONTACT ME:
Email Address:
izura.ishak@gmail.com
Facebook Page: Lactoberry
Phone No: +6011 5922 5502
Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCeQGGubkr8O8V_1N8Udsoaw


Pages

Showing posts with label Perut. Show all posts
Showing posts with label Perut. Show all posts

Monday, 30 June 2014

6 CARA UNTUK MENGUATKAN SISTEM IMUN

Assalamualaikum

Salam Ramadhan semua :)

Cara hidup moden kita sekarang MEMBUNUH sistem imun kita. SETUJU?
Dengan femonema ini, lebih mudah badan kita jatuh sakit dan mendapat penyakit kronik.

Imun sistem kita terdiri daripada beberapa rangkaian sel, tisu dan organ yang bekerja sama menjaga badan kita daripada segala serangan luar contohnya bakteria, parasit dan fungi yang menyebabkan infeksi. Sel-sel imun akan menyerang dan memusnahkan setiap unsur luar yang masuk ke dalam badan kita atau unsur yang telah ada dalam badan yang merosakkan badan (tidak kira lah bakteria , virus mahupun sel kanser). Baik sekecil-kecil calar hinggalah ke virus yang kompleks, sistem imun adalah HERO dalam proses pemulihan badan.
BERITA BAIK: Kita semua dilahirkan dengan kebolehan memulihkan diri sendiri.
BERITA BURUK: Kehidupan moden sudah mengganggu, kacau bilaukan sistem imun kita yang awalnya dijadikan Tuhan sangat sempurna.

KEHIDUPAN MODEN MEMBUNUH SISTEM IMUN?
  • Pencemaran, bahan kimia dalam peralatan rumah, racun perosak pada tumbuhan, pengawet, pewarna, perisa tiruan dalam makanan SEMUA ini mengambil nutrisi dalam badan dan menyebabkan sistem imun menjadi lemah. 
  • Penggunaan ANTIBIOTIK secara berlebihan melemahkan sistem imun. Bukan sahaja ia membunuh bakteria jahat, malah bakeria baik juga turut terbunuh. Keseimbangan dalam badan sudah tiada. 
  • MEROKOK, ALKOHOL dan MASA TIDUR TIDAK MENENTU juga melemahkan sistem imun.
  • TEKANAN / STRESS-merangsang perubahan biokimia badan, lalu melemahkan sistem imun. Ia juga mengurangkan kandungan nutrisi badan, menyebabkan sistem imun lemah untuk melawan sebarang jangkitan. Perasan tak kita mudah jatuh sakit jika kita dalam tekanan?
  • Pemakanan tidak seimbang yang penuh dengan makanan ringan, air bikarbonat dan snek yang penuh dengan gula yang mana akan mengurangkan kandungan nutrisi badan. Tanpa nutrisi yang cukup, bagaimana sistem imun boleh berfungsi dengan baik?

Memandangkan agak sukar untuk kita ubah cara hidup moden ini, saya cuba sentuk aspek lain untuk menguatkan semula sistem imun kita.

  1. AMALKAN PEMAKANAN ASID LEMAK
    1. Asid lemak seperti Omega 3 dan 6 penting kerana badan kita tidak dapat untuk menghasilkan asid lemak ini. Jadi, kita perlu dapatkannya melalui pemakanan kita.
    2. Asid lemak membantu membina dan memulih dinding sel. Apabila dinding sel kukuh dan kuat, kita dapat memelihara badan dengan lebih baik, nutrisi dapat diserap dengan baik dan toksin dapat dikeluarkan dengan mudah.
    3. Asid lemak akan ditukarkan kepada prostaglandin, sejenis hormon yang menormalkan aktiviti sel imun kita. 
    4. SUMBER ASID LEMAK: Minyak ikan, bijirin, kekacang, ikan.
  2. MENGAMBIL PROBIOTIK YANG SECUKUPNYA
    1. Probiotik adalah bakteria baik yang sangat-sangat berguna pada badan kita. Sistem perkumuhan kita menempatkan satu komuniti seimbang di antara bakteria baik dan jahat. Mengekalkan keseimbangan ini adalah penting untuk memastikan sistem imun kita kuat.
    2. Untuk mereka yang sudah biasa mengambil antibiotik, mengalami cirit-birit yang kronik atau sembelit yang teruk, keseimbangan mikroorganisma dalam badan sudah tidak seimbang. Jadi pengambilan probiotik perlu untuk mengembalikan semula keseimbangan itu.
    3. Kajian menunjukkan 80% daripada sistem imun sebenarnya berada dalam sistem usus. Jadi sangat penting untuk menjaga sistem usus ini. Tidak hairanlah segala masalah / penyakit berkaitan dengan sistem imun boleh diselesaikan dengan pemakanan probiotik. 
    4. SUMBER PROBIOTIK: Lactoberry, Yogurt, Tempeh, Miso sup. 
  3. PERBANYAKKAN ANTIOKSIDAN
    1. Antioksida memelihara kelenjar thymus, salah satu organ yang penting untuk sistem imun kita.
    2. Radikal bebas dan kerosakan oksida yang disebabkan oleh stress, radiasi, infeksi dan penyakit kronik menyebabkan kelanjar thymus mudah rosak. Antioksida diperlukan untuk mengelakkan kerosakan ini berlaku supaya sistem imun kita berada pada tahap optimum.
    3. Antioksida yang dimaksudkan banyak terdapat dalam Vitamin C, Vitamin E,Zinc, Selenium dan Karotin.
    4. SUMBER ANTIOKSIDAN: Buah-buahan dan sayuran
  4. AMALKAN PEMAKANAN HERBA YANG BOLEH MENGUATKAN SISTEM IMUN
    1. Selain makanan nutrisi dan suplemen, herba boleh membantu menguatkan sistem imun badan kita. LINGZHI / REISHI telah dibuktikan melalui kajian berupaya menguatkan sistem imun badan. Herba yang lain seperti shiitake, echinacea dan astragalus juga berupaya untuk menguatkan imun badan.
  5. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
    1. Ramai tidak sedar gula putih melemahkan sistem imun. Gula akan ditukarkan kepada glukosa. Glukosa dan Vitamin C memerlukan insulin untuk dihantar ke dalam tisu badan. Glukosa dan Vitamin C perlu bertarung untuk mendapatkan insulin ini. Jika gula tinggi dalam badan, Vitamin C tidak dapat dihantar dan diserap oleh badan. Kita tahu Vitamin C(antioksidan) sangat diperlukan oleh sistem imun kita (baca point #3 di atas). 
  6. KURANGKAN TERDEDAH PADA TOKSIN
    1. Kita terdedah dengan toksin setiap hari. Yang tidak dapat dielak secara terus -asap kereta, cat dinding. Yang dapat dielakkan-bahan kimia dalam produk penjagaan kulit, produk pencuci di rumah, sabun mencuci pinggan mangkuk. Pendedahan terhadap toksin dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, asma, tidak subur dll. 
    2. Gunakan produk yang bebas kimia dan mesra alam.
    3. Ambil makanan organik, kurangkan penggunaan racun perosak dan pewarna/ pengawet.
6 CARA. TIDAK MUDAH TETAPI TIDAK SUKAR. MARI CUBA BERSAMA-SAMA. 

Untuk mendapatkan LACTOBERRY & LINGZHI, boleh hubungi saya 019 209 4747 / izura.ishak@gmail.com

Friday, 31 January 2014

GREENZHI -GEL SERBAGUNA



ASSALAMUALAIKUM
Saya ingin berkongsi kandungan dan khasiat yg terdapat dalam GREENZHI kami.
Sebenarnya, ia bukannya hanya digunakan untuk menggosok gigi, tetapi banyak lagi kegunaan. Itu lah sebabnya kita panggil ubat gigi pelbagai guna.

Kegunaan GREENZHI selain untuk gigi:
1. Boleh digunakan untuk kesan lecuran. Tidak kira melecur disebabkan air panas, iron yang panas, terpegang permukaan yang panas dll. Lalukan kesan lecuran itu bawah air sejuk, kemudian sapukan dalam amaun yang banyak pada kesan lecuran itu. Pedih sedikit pada awalnya, tetapi rasa sakit akan hilang gradually. Kesan parut pun boleh cepat hilang.
2. Boleh disapu pada jerawat di muka (atau di mana-mana bahagian badan). Memang kita (especially wanita) tidak suka bila jerawat tiba-tiba muncul di muka. Tak perlu risau, hanya sapu di jerawat berkenaan dan biarkan semalaman. Jerawat akan cepat kering dan kecut. Untuk kesan lebih efektif, cuci muka dengan Greenzhi pada pagi itu.
3. Kegatalan pada kulit. Gatal boleh disebabkan oleh banyak perkara, boleh jadi alahan kepada sesuatu, digigit oleh serangga dll. Boleh sapu Greenzhi pada tempat yang gatal. Ia akan meredakan rasa gatal itu, so tak perlu nak garu sampai luka (o 'oo)
4. Luka. Hanya sapu pada tempat yang luka, Greenzhi boleh mempercepat proses ia kering dan sembuh.
5. Ulser Mulut atau orang melayu kata 'mata ikan'. Letak Greenzhi di mata ikan itu.
6. Bengkak / lebam yang disebabkan oleh alahan atau jatuh atau apa-apa sahaja boleh diredakan dengan menyapu Greenzhi di tempat yang bengkak.
7. Bibir kering. Hanya sapukan greenzhi (dicampur sedikit dengan air) pada bibir setiap malam.
8. Untuk mengecilkan perut yang buncit, boleh sapu Greenzhi di sekeliling perut dan dibiarkan semalaman. Bilas pada keesokan harinya. Lakukan beberapa kali hingga dapat hasil yang diingini :D
9. Sakit gusi (ngilu/bengkak). Hanya sapukan pada tempat yang sakit.
10. Pencuci Wanita / Feminine Wash.

Kesimpulannya, Greenzhi ini boleh dijadikan sebagai First Aid kita dirumah kan?

Tips membeli GREENZHI:
1) beli 2 kotak.
a. 1 sebagai 1st aid
b. digunakan hari-hari untuk menggosok gigi
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Copy paste from the website

Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Ekstrak Neem, Aloe Vera yang pekat, Xilitol dan Klorofil.

Nano Ganoderma Lucidum
Triterpenes dalam Ganoderma / Lingzhi dapat mengawal mutan streptokokus menghasilkan dekstran, seterusnya mencegah plak dan kerosakan gigi.
Polisakarida pula dapat mempergiatkan peredaran darah tisu-tisu di gusi, juga dapat mengaktifkan mukosa oral untuk menjaga kesihatan mulut.

Ekstrak Neem / Semambu
Mengelakkan gigi menjadi kuning dan dapat memutihkan gigi, dapat mencegah pendarahan atau kesakitan gusi dan mulut berbau .Ia juga dapat mengelakkan radang yang disebabkan oleh kerosakan gigi, mencegah kemerebakannya serta menyihatkan gusi, mencegah mulut berbau dan ulser mulut.

Aloe Vera
Dapat memperbaiki permukaan gusi, membunuh bakteria dan mencegah karang gigi. Ia sangat berkesan untuk mengekalkan kebersihan mulut.Xilitol
Xilitol bersifat manis, segar dan berhaba rendah. Ia tidak mudah menghasilkan bahan berasid kerana penapaian mikroorganisma, jadi dapat mencegah pembentukan streptokokus plak. Kandungan yang berkualiti dapat mencegah kerosakan gigi.

Klorofil
Dapat mencegah pendarahan gusi, mulut berbau, juga dapat menguraikan sisa makanan di dalam celah-celah gigi untuk menjaga kebersihan mulut. Ia berkesan untuk meredakan keadaan sensitif di gusi.

Kandungan-kandungan Lain:
Gel semula jadi
Gel yang lutsinar dan semula jadi dapat mengurangkan geseran semasa memberus gigi, seterusnya mengelakkan kecederaan enamel.

Agen pembuih semula jadi
Menggunakan agen pembuih yang diekstrak daripada kelapa dan jagung. Ia bersifat natural, lembut, selamat dan tidak beracun. Ia juga berkesan untuk menentang bakteria dan mencegah kerosakan gigi.

Pudina semula jadi
Berbau segar dan tidak pedas. Ia sesuai digunakan untuk sekeluarga termasuk anak-anak kecil.

Wednesday, 19 June 2013

Puasa itu Nikmat

Salam

Ramadhan bakal tiba kurang dari sebulan lagi. Banyak kenikmatan yang boleh kita rebut dan salah satunya ialah nikmat sihat :) Terutamanya kesihatan sistem perkumuhan.
Kenapa?
Semua orang suka makan. Kebiasaannya kita sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Itu tidak termasuk 'snacking in between meals'. Memang mulut kita tak berhenti mengunyah, perut pon tidak berhenti untuk bekerja; menghadam, menyerap nutrien dan menyahtoksin. Bulan ramadhan adalah satu-satunya masa di mana perut (sistem perkumuhan) kita ada masa untuk rehat pada siang harinya. Rehat di sini bermakna perut kita tidak perlu untuk menghadam makanan yang dimakan pada setiap masa, dan boleh memfokuskan pada fungsi menyahtoksik badan kita. Badan yang bersih dari toksin adalah badan yang sihat :)
Selain itu, memandangkan tidak banyak tenaga diperlukan di sistem perkumuhan, sel-sel badan boleh menumpukan lebih tenaga membaikpulih sistem-sistem yang lain spt sistem imun, sistem pernafasan, sistem saraf dll.

Sepatutnya, kita gunakanlah nikmat puasa ini sebaik-baiknya. TETAPI, ramai yang menyalahgunakan terutama sekali bab BUKA PUASA. Hentam dan sumbat sahaja makan bermacam2 makanan sehingga perut penuh dan tak larat nak ke masjid selepas itu. Sepatutnya, semasa sahur dan iftar, cubalah makan makanan yang lebih sihat dan tidak keterlaluan. Jika tidak, penat sahaja kita beri cuti pada perut, tetapi pada malamnya kerah OT untuk melakukan kerja yang lebih berat.

Di sini saya ingin berkongsi 1 resepi yang sesuai ketika sahur. Sangat mudah disediakan.

Bahan-bahan:

Bahan A:
1 gelas air sejuk
 3 biji strawberry

Bahan B:
1 paket Jia Hor Fibre
1 paket Jia Hor Soya Protein
1 paket Lactoberry
1 sudu besar madu asli
1gelas susu segar



Cara penyediaan:
1) Masukkan Bahan A ke dalam pengisar. Kisar seketika.
2) Masukkan Bahan B pula. Kisar untuk 1 minit.
3) Hidangkan dan terus minum untuk mendapatkan khasiat optimum.

Khasiat:
1) Fibre dapat memberikan rasa kenyang sepanjang hari
2) Fibre, Soya Protein dan Lactoberry berkesan untuk sistem perkumuhan
3) Madu dapat memberikan tenaga sepanjang hari
4) Lactoberry dan strawberry merupakan antioksidan yang bagus :)
5) Protein merupakan bahan asas membentuk sel-sel badan. Badan lebih sihat dan segar (kulit juga lebih cantik)
6) Di dalam Jia Hor Fibre juga terdapat lingzhi, membantu dalam proses menyahtoksik badan

Best kan? Senang dan sedap juga mempunyai banyak khasiat. Semua dalam 1 minuman sahaja. Boleh juga disediakan ketika iftar atau bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba!

Thursday, 7 March 2013

Serat-Jia Hor Fibre

Usus dan perut bertanggungjawab menyerap dan menyebarkan nutrien yang diperlukan seluruh badan. Jika usus dan perut  kita tidak sihat, maka tidak dapatlah badan kita menyerap secara efisien. Usus besar pula mudah menghimpunkan sisa buangan badan dan seterusnya melembapkan fungsi usus lantas menjejaskan kesihatan badan. Untuk memulihkan kesihatan usus dan perut, kita perlu mengambil serat dietari yang mencukupi.

Kebaikan Jia Hor Fibre:

  • Menyihatkan fungsi saluran usus
  • Membantu mengawal gula darah
  • Menurunkan paras kolesterol serum
  • Menurunkan paras Trigliserida
  • Membantu mengawal berat badan