Contact Me

I started practising natural healing since 2007. The herb I have been using is LINGZHI, it is a type of mushroom, an adaptogen and also a powerful detoxifier. I fall in love with how it works greatly to strengthen our body.
I hope to share the knowledge / experiences I gained since I started this alternative medicine and hope that everyone can benefit from it too.
I would also want to help those in need of a financial freedom, through network marketing I am doing that is the Shuang Hor Business.
Contact me if you are interested in knowing the natural alternative medicine or the nature of the Shuang Hor business.

CONTACT ME:
Email Address:
izura.ishak@gmail.com
Facebook Page: Lactoberry
Phone No: +6011 5922 5502
Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCeQGGubkr8O8V_1N8Udsoaw


Pages

Showing posts with label Free Radical. Show all posts
Showing posts with label Free Radical. Show all posts

Sunday, 29 March 2020

Cara-Cara Beri Anak Makan Lingzhi

Salam Health Lovers!

Macam mana nak beri anak kecil makan lingzhi?

Umum maklum, lingzhi daripada Shuang Hor datang dalam kapsul. Untuk kanak-kanak atau bayi yang belum tahu untuk menelan seperti dewasa, boleh gunakan cara di bawah ini ya.

Bahan / alat yang diperlukan:
1) Yungkien Ganoderma / Jia Hor Lingzhi
2) Sudu Besar
3) Air Panas
4) Mangkuk Kecil
5) Syringe

Cara-Cara:
1) Keringkan tangan terlebih dahulu.(kalau tangan basah, sukar sedikit nak buka kapsul lingzhi)
2) Buka kapsul lingzhi dan masukkan serbuk lingzhi ke dalam mangkuk (kuantiti kapsul terpulang pada individu)
3) Tuangkan air panas ke dalam sudu. Nisbah yang boleh digunakan: 1 kapsul lingzhi : 1/2 sudu besar
4) Larutkan serbuk lingzhi dengan air panas. Kacau dengan sudu.
5) Masukkan larutan lingzhi ke dalam syringe
6) Sedia untuk diberi pada anak!

Pastikan anak minum air masak secukupnya untuk membantu proses detoksifikasi ya 😀

Tips: Boleh campurkan sedikit madu untuk kurangkan rasa pahit lingzhi. Pastikan madu asli ya!

Sunday, 12 October 2014

AQUA SENSE SUNSCREEN-Lindungi kulit anda daripada sinaran UV

Assalamualaikum

Sebelum ini saya tidak mengambil peduli tentang sinaran UV.
Antara perkara yang paling tidak digemari terutama sekali bagi golongan wanita tentang sinaran UV ini ialah -ia boleh mempercepatkan penuaan kulit!

Saya berasal dari Malaysia, alhamdulilah dikurniakan dengan cuaca tropika, mendapat sinaran matahari setiap hari.Jadi, bagi mereka yang juga duduk di kawasan yang mendapat sinaran matahari setiap masa, perlulah mengambil tahu tentang kesan sinaran UV ini kepada kulit kita.

Rupa-rupanya, bukan sahaja sinaran daripada matahari yang perlu dielakkan, malah sinaran daripada mentol lampu di rumah juga perlu diambil kira di sini. Oleh itu, disarankan untuk kita memakai 'sunblock' atau krim tabir suria ini setiap hari , pagi dan malam untuk memastikan kecantikan dan kesihatan kulit kita terjaga.

Apa sebenarnya UV ini?
UV adalah berasal daripada perkataan inggeris -Ultra Violet. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah sinaran ultra ungu. Ia boleh menyebabkan kerosakan tertentu pada sel kulit kita.

Saya ingin menerangkan 2 jenis UV:

UVB- panjang gelombangnya antara 280 - 320 mm.
Menyebabkan kulit cepat menjadi merah, terselar, dan jika dibiarkan berpanjangan, akan menyebabkan penuaan kulit dan kanser kulit.

UVA - panjang gelombangnya antara 320-400 mm.
Sinaran ini lebih bahaya daripada UVB, tindakan radikal bebasnya boleh merosakkan protein kolagen dan elastin, mempercepat penuaan kulit serta merosakkan DNA secara tidak langsung. Berita buruknya, kerosakan ini adalah kekal :(

Tidak banyak produk yang selamat bahan kimianya dan boleh menjaga kulit kita daripada kedua-dua sinaran UVA dan UVB sekaligus.
Saya sangat-sangat gembira selepas produk Aquasense ini dilancarkan. Salah 1 produknya ialah AQUASENSE SUNSCREEN. 
Produk ini dapat memberi perlindungan menyeluruh daripada sinaran UVB dan UVA. Ia juga ditambah dengan Canadian Willowherb dan Rumpai Laut, ramuan anti sensitif untuk memberi perlindungan tambahan kepada kulit serta membaiki DNA yang rosak. Teksturnya juga halus, dan tidak berminyak.
Saya juga menggunakan suncsreen ini sebagai foundation, jadi lebih jimat disitu :)

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk ini atau ingin tahu dengan lebih lanjut, bolehlah hubungi saya :)



Monday, 30 June 2014

6 CARA UNTUK MENGUATKAN SISTEM IMUN

Assalamualaikum

Salam Ramadhan semua :)

Cara hidup moden kita sekarang MEMBUNUH sistem imun kita. SETUJU?
Dengan femonema ini, lebih mudah badan kita jatuh sakit dan mendapat penyakit kronik.

Imun sistem kita terdiri daripada beberapa rangkaian sel, tisu dan organ yang bekerja sama menjaga badan kita daripada segala serangan luar contohnya bakteria, parasit dan fungi yang menyebabkan infeksi. Sel-sel imun akan menyerang dan memusnahkan setiap unsur luar yang masuk ke dalam badan kita atau unsur yang telah ada dalam badan yang merosakkan badan (tidak kira lah bakteria , virus mahupun sel kanser). Baik sekecil-kecil calar hinggalah ke virus yang kompleks, sistem imun adalah HERO dalam proses pemulihan badan.
BERITA BAIK: Kita semua dilahirkan dengan kebolehan memulihkan diri sendiri.
BERITA BURUK: Kehidupan moden sudah mengganggu, kacau bilaukan sistem imun kita yang awalnya dijadikan Tuhan sangat sempurna.

KEHIDUPAN MODEN MEMBUNUH SISTEM IMUN?
  • Pencemaran, bahan kimia dalam peralatan rumah, racun perosak pada tumbuhan, pengawet, pewarna, perisa tiruan dalam makanan SEMUA ini mengambil nutrisi dalam badan dan menyebabkan sistem imun menjadi lemah. 
  • Penggunaan ANTIBIOTIK secara berlebihan melemahkan sistem imun. Bukan sahaja ia membunuh bakteria jahat, malah bakeria baik juga turut terbunuh. Keseimbangan dalam badan sudah tiada. 
  • MEROKOK, ALKOHOL dan MASA TIDUR TIDAK MENENTU juga melemahkan sistem imun.
  • TEKANAN / STRESS-merangsang perubahan biokimia badan, lalu melemahkan sistem imun. Ia juga mengurangkan kandungan nutrisi badan, menyebabkan sistem imun lemah untuk melawan sebarang jangkitan. Perasan tak kita mudah jatuh sakit jika kita dalam tekanan?
  • Pemakanan tidak seimbang yang penuh dengan makanan ringan, air bikarbonat dan snek yang penuh dengan gula yang mana akan mengurangkan kandungan nutrisi badan. Tanpa nutrisi yang cukup, bagaimana sistem imun boleh berfungsi dengan baik?

Memandangkan agak sukar untuk kita ubah cara hidup moden ini, saya cuba sentuk aspek lain untuk menguatkan semula sistem imun kita.

  1. AMALKAN PEMAKANAN ASID LEMAK
    1. Asid lemak seperti Omega 3 dan 6 penting kerana badan kita tidak dapat untuk menghasilkan asid lemak ini. Jadi, kita perlu dapatkannya melalui pemakanan kita.
    2. Asid lemak membantu membina dan memulih dinding sel. Apabila dinding sel kukuh dan kuat, kita dapat memelihara badan dengan lebih baik, nutrisi dapat diserap dengan baik dan toksin dapat dikeluarkan dengan mudah.
    3. Asid lemak akan ditukarkan kepada prostaglandin, sejenis hormon yang menormalkan aktiviti sel imun kita. 
    4. SUMBER ASID LEMAK: Minyak ikan, bijirin, kekacang, ikan.
  2. MENGAMBIL PROBIOTIK YANG SECUKUPNYA
    1. Probiotik adalah bakteria baik yang sangat-sangat berguna pada badan kita. Sistem perkumuhan kita menempatkan satu komuniti seimbang di antara bakteria baik dan jahat. Mengekalkan keseimbangan ini adalah penting untuk memastikan sistem imun kita kuat.
    2. Untuk mereka yang sudah biasa mengambil antibiotik, mengalami cirit-birit yang kronik atau sembelit yang teruk, keseimbangan mikroorganisma dalam badan sudah tidak seimbang. Jadi pengambilan probiotik perlu untuk mengembalikan semula keseimbangan itu.
    3. Kajian menunjukkan 80% daripada sistem imun sebenarnya berada dalam sistem usus. Jadi sangat penting untuk menjaga sistem usus ini. Tidak hairanlah segala masalah / penyakit berkaitan dengan sistem imun boleh diselesaikan dengan pemakanan probiotik. 
    4. SUMBER PROBIOTIK: Lactoberry, Yogurt, Tempeh, Miso sup. 
  3. PERBANYAKKAN ANTIOKSIDAN
    1. Antioksida memelihara kelenjar thymus, salah satu organ yang penting untuk sistem imun kita.
    2. Radikal bebas dan kerosakan oksida yang disebabkan oleh stress, radiasi, infeksi dan penyakit kronik menyebabkan kelanjar thymus mudah rosak. Antioksida diperlukan untuk mengelakkan kerosakan ini berlaku supaya sistem imun kita berada pada tahap optimum.
    3. Antioksida yang dimaksudkan banyak terdapat dalam Vitamin C, Vitamin E,Zinc, Selenium dan Karotin.
    4. SUMBER ANTIOKSIDAN: Buah-buahan dan sayuran
  4. AMALKAN PEMAKANAN HERBA YANG BOLEH MENGUATKAN SISTEM IMUN
    1. Selain makanan nutrisi dan suplemen, herba boleh membantu menguatkan sistem imun badan kita. LINGZHI / REISHI telah dibuktikan melalui kajian berupaya menguatkan sistem imun badan. Herba yang lain seperti shiitake, echinacea dan astragalus juga berupaya untuk menguatkan imun badan.
  5. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
    1. Ramai tidak sedar gula putih melemahkan sistem imun. Gula akan ditukarkan kepada glukosa. Glukosa dan Vitamin C memerlukan insulin untuk dihantar ke dalam tisu badan. Glukosa dan Vitamin C perlu bertarung untuk mendapatkan insulin ini. Jika gula tinggi dalam badan, Vitamin C tidak dapat dihantar dan diserap oleh badan. Kita tahu Vitamin C(antioksidan) sangat diperlukan oleh sistem imun kita (baca point #3 di atas). 
  6. KURANGKAN TERDEDAH PADA TOKSIN
    1. Kita terdedah dengan toksin setiap hari. Yang tidak dapat dielak secara terus -asap kereta, cat dinding. Yang dapat dielakkan-bahan kimia dalam produk penjagaan kulit, produk pencuci di rumah, sabun mencuci pinggan mangkuk. Pendedahan terhadap toksin dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, asma, tidak subur dll. 
    2. Gunakan produk yang bebas kimia dan mesra alam.
    3. Ambil makanan organik, kurangkan penggunaan racun perosak dan pewarna/ pengawet.
6 CARA. TIDAK MUDAH TETAPI TIDAK SUKAR. MARI CUBA BERSAMA-SAMA. 

Untuk mendapatkan LACTOBERRY & LINGZHI, boleh hubungi saya 019 209 4747 / izura.ishak@gmail.com

Wednesday, 25 September 2013

Kenapa perlu untuk mengambil LINGZHI?

Salam

Video di bawah merupakan rakaman di seminar beberapa bulan yang lepas. Presenter ialah Dr Haslina, seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka juga merupakan seorang pengedar Shuang Hor. Tajuknya menyentuh tentang kenapa kita perlu untuk mengambil lingzhi.
Rakaman tidaklah profesional, harap maaf. Tetapi diharap semua dapat mendengar dan mendapatkan intipati  yang menarik yang ingin disampaikan.



Bagaimana Lingzhi berfungsi? For english version, you can go to this link. 

Sel -> Tisu -> Organ -> Sistem -> Badan

Saya pasti ramai yang tahu tentang diagram di atas. Memang sejak sekolah rendah lagi kita telah di ajar tentang ini. Kita tahu, unit yang paling kecil sekali dalam badan kita ialah sel.
Tahukan anda kita ada 10 trillion sel dalam badan kita!! Banyak kan? Jadi bagaimana kita nak pastikan yang setiap satu sel kita itu dijaga dengan baik supaya ianya sihat?

Sesiapa yang ada kereta pasti akan menghantar kereta anda untuk diservis paling tidak pun setahun sekali. Kalau tidak, sudah tentu anda akan tersadai tepi jalan tiba-tiba di panas terik matahari atau di tengah malam menunggu pomen untuk datang membaiki /menarik kereta anda :| Ternyata, kita tidak mahu perkara seperti ini terjadi.
Ok. sekarang cuba gantikan kereta anda itu kepada badan kita. Organ-organ dalaman adalah enjin kepada badan kita yang selama ini telah bekerja siang dan malam untuk menapis, mengepam dan pelbagai lagi fungsi lain untuk memastikan badan kita boleh berfungsi secara normal. 'Enjin-enjin' ini bekerja tanpa henti supaya kita boleh berjalan, bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa. Persoalannya, adakah anda menggunakan 'minyak enjin' yang terbaik untuk badan anda? Minyak enjin ini adalah segala jenis makanan,  minuman dan nutrien yang perlu ada supaya organ-organ kita boleh berfungsi dengn normal. Adakah anda 'menghantar' badan anda untuk servis? Menghantar servis di sini bermaksud detox atau membuang segala toksin yang tidak perlu oleh badan. Berapa kerap anda detox badan anda?
Kalau jawapannya TIDAK PERNAH...sudah masanya untuk anda OVERHAUL badan anda. Cuba bayangkan, kalau kereta kita tidak pernah dihantar servis selama eg 20tahun, boleh berjalankah kereta itu? Bagaimana dengan badan anda?
Saya akan berikan contoh yang lain. Cuba anda bayangkan sebuah rumah banglo yang telah 20tahun tidak dibersihkan. Bukan sahaja penuh dengan habuk, tetapi sistem paip, sistem litar, dinding bocor, masalah anai-anai dan pelbagai masalah lagi akan muncul. Perlu buat kerja baik pulih secara menyeluruh atau senang kata OVERHAUL rumah itu. Setelah di OVERHAUL kan, barulah boleh duduk di rumah itu tanpa sebarang masalah. Anda setuju dengan saya?
Saya percaya ada banyak makanan kesihatan yang boleh menyingkir toksin keluar dari badan. Saya hanya akan menyentuh dan menerangkan dengan lebih mendalam tentang LINGZHI(kerana herba ini sahaja yang saya arif) .
Kenapa Lingzhi?
Kerana lingzhi boleh membuang segala toksin sehingga ke peringkat sel! Ini bermakna, setiap 10trilion sel dalam badan kita boleh dibersihkan.
Apa maksudnya?
Jika SEMUA SEL dalam badan sihat, maka tisu, organ dan BADAN kita sihat. Nampak kepentingan menjaga sel supaya sihat?

Apa lingzhi buat?
1) Membuang segala toksin yang ada dalam badan. Contoh toksin ialah lemak, kolesterol, radikal bebas dan lain lain lagi. Toksin perlu dibuang untuk memastikan badan boleh berfungsi dengan normal.

2) Membuang semua sel yang telah mati dalam badan
Ini perlu untuk memastikan ada ruang untuk sel yang baru untuk membiak

3) Membaik pulih sel yang telah rosak / mutasi / kanser

4) Memanjangkan jangka hayat sel
Secara purata, 1 sel boleh hidup selama 7 hari maksimum. Tetapi, disebabkan kurang oksigen dan nutrisi (terutamanya protein), sel boleh mati dengan cepat. Ini boleh dilihat pada seseorang yang baru berumur 20an tetapi nampak seperti telah berumur 40an.

Sekarang, anda sudah tahu betapa hebatnya lingzhi berfungsi dalam badan. Tidak sabar untuk OVERHAUL bukan? Bertindaklah sekarang. Lagi cepat anda OVERHAUL, lagi cepat anda dapat badan yang sihat. Ingatlah, tuhan hanya berikan 1 set badan kepada kita, dan ianya tiada tukar ganti. Kita harus menggunakannya sepanjang hayat kita. Jangan pula kita mensia-siakan kurniaan tuhan dengan melakukan kerosakan pada badan kita sendiri.

Thursday, 18 July 2013

Antioxidants

ANTIOXIDANTS can help you cheat age, fight disease, stay fit and feel young.
I am sure many know about this fact. But do you know why? how?

Antioxidants work in every single cell in every part of our body. The body cells need antioxidants for protection against harmful by-products of chemical reactions. Our cells constantly involved in reactions with various chemical compounds, thus release free radicals.

FREE RADICALS
-highly unstable molecules that attack normal cells and molecules
-cause damage not just to the cell wall, but also the DNA within the cell
-long term free radical activity causes the effects of ageing

  • furrowing of the skin
  • senility
  • degenerative diseases
INTERESTING FACT:
In our lingzhi, there is a component called macromolecular polysaccharides that can remove these free radicals in our body. 

Antioxidants along with certain enzymes in your body, help fight free radicals and render them harmless, helping to prevent damages to your cells, tissues, organs and body functions. It does not only help you to fight disease, but slow down the effects of ageing as well. Women will be particularly interested to know the benefits of antioxidants have on skin :)
By helping to fight free radicals, antioxidants help:
  1. prevent inflammation
  2. repair damage
  3. reduce lines as well as firm up the skin to help maintain that youthful glow
Many of the antioxidants your body needs must be consumed because the body cannot make them. So take most food that has these nutrients:
  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Mineral
  • Selenium
If you want to have all the goodness of 16 vitamins, 16 minerals, 94 enzymes and coenzymes, 21 types of amino acids and 28 types of nucleic acid ALL in a capsule, you should have our Yungkien Bee Pollen. :D