Contact Me

I started practising natural healing since 2007. The herb I have been using is LINGZHI, it is a type of mushroom, an adaptogen and also a powerful detoxifier. I fall in love with how it works greatly to strengthen our body.
I hope to share the knowledge / experiences I gained since I started this alternative medicine and hope that everyone can benefit from it too.
I would also want to help those in need of a financial freedom, through network marketing I am doing that is the Shuang Hor Business.
Contact me if you are interested in knowing the natural alternative medicine or the nature of the Shuang Hor business.

CONTACT ME:
Email Address:
izura.ishak@gmail.com
Facebook Page: Lactoberry
Phone No: +6011 5922 5502
Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCeQGGubkr8O8V_1N8Udsoaw


Pages

Showing posts with label Keputihan. Show all posts
Showing posts with label Keputihan. Show all posts

Thursday, 26 June 2014

GREENZHI sebagai FEMININE WASH

Assalamualaikum


Saya suka untuk menulis tentang GREENZHI TOOTHGEL sebab ...
banyak sangat kegunaan lainnya selain menggosok gigi. Jadi banyak lah yang boleh dibuat dengan hanya 1 tiub ini. Sangat-sangat berbaloi. Boleh klik di sini untuk tahu kegunaan GREENZHI ini.

Pada saya secara peribadi, selain daripada menggosok gigi, saya menggunakannya sebagai 'FEMININE WASH'.
Kebanyakan wanita yang menggunakan FEMININE WASH ini rata-rata mementingkan kebersihan.
Kita perlu tahu, di sekitar kawasan vagina, sudah terdapat komuniti flora mikro organisma yang seimbang, termasuklah bakteria yang memastikan keadaan di kawasan alat sulit itu terjaga daripada infeksi dll.
Tetapi, bila kita gunakan penyembur atau pemcuci yang mempunyai pewarna / pewangi, yang kebanyakannya sintetik dan penuh bahan kimia, keadaan seimbang di kawasan vagina itu akan terganggu. Maka, penyakit seperti herpes, kegatalan dsb terjadi.

GREENZHI TOOTHGEL ini megandungi neem, anti bakteria dan anti fungus. Dan ianya menggunakan bahan yang semulajadi, jadi tidak perlu bimbang untuk menggunakan nya di kawasan vagina (atau mana-mana sahaja).

Bagi penghidap diabetes pula, mereka sering mengalami kegatalan dan berasa tidak selesa pada alat sulit mereka. Kebiasaannya, klinik / hospital akan memberikan mereka krim sapu yang jika digunakan untuk jangka masa yang lama, boleh menipiskan kulit dan menyebabkan banyak lagi masalah. Tambahan pula, krim itu penuh dengan bahan kimia!

Kepada sesiapa yang mempunyai saudara mara atau sahabat handai yang menghidap diabetes, boleh cuba untuk syorkan GREENZHI TOOTHGEL ini kepada mereka. InsyaAllah sangat-sangat membantu. Ini disarankan oleh seorang pesakit diabetes sendiri. Beliau tidak lagi rasa gatal dan tidak selesa pada bahagian alat sulit selepas mencuci dengan GREENZHI TOOTHGEL ini.

Ingin mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya : 019 209 4747 / izura.ishak@gmail.com. 

Sunday, 17 June 2012

Tandas Bank Bakteria; Lactoberry


Salam,

Ape kabar? Harap sihat semuanya.
Baru-baru ini saya ada membaca satu artikel tentang 'Tandas Bank Bakteria'. Satu topik yang agak menarik bagi saya kerana selama ini walaupun tahu tetapi tidak pernah untuk memberi perhatian lebih tentang topik ini. Saya petik beberapa baris dari artikel ini:

Manusia menghabiskan 1/3 kehidupannya di tandas. 

Kehadiran bakteria atau kuman yang sering mengakibatkan infeksi-E. Coli, Staphylicocus, Betastreptococci dan Clostridium difficile banyak terdapat di tandas.
(Kes bayi mati akibat jangkitan E.coli  http://uk.news.yahoo.com/two-babies-die-e-coli-infection-164432781.html )

Di setiap inci dan sudut dalam tandas baik tombol pintu, kepala paip, sudut singki, mangkuk tandas dan pam tandas anda itu semuanya mengandungi bakteria.

Bagi kaum wanita dan kanak-kanak perempuan, infeksi pada vagina boleh menyebabkan seseorang itu tidak selesa kerana mereka boleh mengalami rasa gatal di sekitar kemaluan. Bukan itu sahaja, masalah keputihan akibat jangkitan kuman juga boleh berlaku. 

Kawasan sekitar vagina adalah tempat yang akan bersentuhan secara langsung dengan permukaan tandas duduk. Kalau tandas cangkung, permukaan vagina adalah tempat yang akan berisiko tinggi terkena percikan air yang berada atas lantai tandas yang tercemar. 

Perempuan lebih kerap terkena jangkitan saluran kencing kerana kedudukan semula jadi bahagian sulit wanita berada sangat dekat dengan saluran kencing.

Berbeza dengan lelaki yg mana salur kencingnya lebih panjang, kuman biasanya susah untuk masuk ke dalam tubuh. 

Penyakit infeksi salur kencing ini menyebabkan penghidapnya berhadapan dengan situasi kuman tandas masuk ke salur kencing. Ia kemudian merebak ke organ lain seperti ginjal bahkan ke seluruh tubuh sehingga akhirnya menyebabkan infeksi ginjal dan urosepsis. 

Jika anda lihat bisul yg mungkin sedang hidup subur menumpang di badan ataupun pernah tumbuh di bahagian paha atau di mana-mana pada tubuh anda, ia ada kaitan dengan sejenis bakteria bernama staphyliococus yg dipindahkan melalui tangan yg tidak dicuci selepas masuk ke dalam tandas dan kemudian masuk ke dalam badan (melalui makanan). Komplikasi lain-berak berdarah dan cirit-birit kronik. 

Basuh tangan elak jangkitan!
-tanggalkan cincin atau apa shj perhiasan lain eg jam/gelang
-gunakan air hangat dan basah tgn secara menyeluruh
-gunakan sabun
- gosok tgn terutama di antara jari, pergelangan tangan dan lengan dengan sabun selama 15saat
-gosok bawah kuku
-bilas dengan air mengalir
-keringkan tangan dengan tuala bersih, tisu
-lindungkan tangan daripada menyentuh permukaan yg kotor saat meninggalkan tandas

Hot Spot bakteria
1) Tab Mandi 2) Lantai 3) Singki 4) Pam Tandas 5) Mangkuk Tandas 6) Kepala Paip

Jepun sudah mendominasi dunia dalam penghasilan tandas bijak (smart toilet)

Produk biotek terbaru Shuang Hor; Lacto-Berry, merupakan probiotik yang dapat menjamin kesihatan usus dan boleh menyekat pembiakan bakteria berbahaya. Juga mengandungi 3 jenis beri; Cranberi (khas untuk membunuh bakteria E.Coli), Raspberi dan beri biru( anti oksidan), padat dengan Vitamin C.  Rasanya sungguh sedap dan boleh dimakan begitu sahaja!