Contact Me

I started practising natural healing since 2007. The herb I have been using is LINGZHI, it is a type of mushroom, an adaptogen and also a powerful detoxifier. I fall in love with how it works greatly to strengthen our body.
I hope to share the knowledge / experiences I gained since I started this alternative medicine and hope that everyone can benefit from it too.
I would also want to help those in need of a financial freedom, through network marketing I am doing that is the Shuang Hor Business.
Contact me if you are interested in knowing the natural alternative medicine or the nature of the Shuang Hor business.

CONTACT ME:
Email Address:
izura.ishak@gmail.com
Facebook Page: Lactoberry
Phone No: +6011 5922 5502
Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCeQGGubkr8O8V_1N8Udsoaw


Pages

Showing posts with label Shuang Hor. Show all posts
Showing posts with label Shuang Hor. Show all posts

Sunday, 5 April 2020

Sejarah CEO CAFE

Salam Health Lovers!

Bila saya mention nama kopi daripada Shuang Hor kepada orang luar, ayat paling favourite mereka adalah:
' Wah ! Ini CEO je yang boleh minum ni. Kalau rakyat marhaen x boleh minum ke? '
Aha!
Jangan risau, kopi ini sesuai diminum untuk SEMUA ORANG. Ya! Dari bayi hinggalah ke orang tua, orang yang sakit terlantar, orang yang sihat walafiat, ibu mengandung pun boleh minum. Sebab kopi ini adalah kopi untuk kesihatan dan ianya selamat daripada bahan-bahan beracun.

SEJARAH CEO CAFE

Bermula dengan seorang lelaki berbangsa Jepun bernama Mr Terashima. Beliau lumpuh akibat kemalangan. Tidak boleh bergerak seperti biasa dan terpaksa duduk di kerusi roda selama 3 tahun sejak kemalangan. Dipertemukan dengan Mr Ku (CEO Shuang Hor) semasa sedang minum kopi di sebuah hotel. Mr Ku mencadangkan untuk mencampur 2 biji kapsul lingzhi ke dalam kopi yang sedang diminumnya. Selepas minum, serta merta jari-jarinya mula boleh bergerak, dan seluruh badannya mula terasa panas (tanda darah mengalir ke seluruh badan).
Dengan result yang instant ini, Mr Terashima yakin untuk meneruskan pengambilan lingzhi dan kopi. Selepas 3 bulan sahaja, beliau kini sudah boleh berjalan seperti biasa.
Mr Ku mendapat ilham untuk menghasilkan 1 produk kopi yang boleh memberikan kesihatan optimum kepada ramai orang. Setelah 4 tahun membuat pelbagai R&D, akhirnya terhasillah produk kopi Shuang Hor iaitu CEO CAFE.


APA HEBATNYA CEO CAFE INI?
1) Biji Kopi Premium
100% biji kopi asli tanpa bahan perasa dan pewarna yang digunakan.

2) Yung Kien Ganoderma
Cendawan lingzi yang dipaten. Telah diiktiraf sebagai makanan kesihatan yang SELAMAT dan dapat membantu memperbaiki fungsi hati, anti-penuaan, mengurangkan kolesterol & melaraskan sistem imun.

3) Krimer Minyak Kelapa Asli
Tanpa tenusu. Bebas lemak trans. Sesuai untuk mereka yang lactose intolerent.
4) Gula Tebu
Terdapat dalam 2 pilihan, tanpa gula dan gula. Gula yang digunakan adalah dari gula tebu yang tidak diproses. Lebih enak dan selamat.

Kini, semua orang boleh untuk mengambil lingzhi dengan harga yang mampu milik , alhamdulillah.

Nak dapatkan Kopi CEO untuk seisi keluarga? Hanya RM1.75 / paket.
Klik sahaja link di bawah ini ya.

Saya nak CEO CAFE.

Sunday, 29 March 2020

Cara-Cara Beri Anak Makan Lingzhi

Salam Health Lovers!

Macam mana nak beri anak kecil makan lingzhi?

Umum maklum, lingzhi daripada Shuang Hor datang dalam kapsul. Untuk kanak-kanak atau bayi yang belum tahu untuk menelan seperti dewasa, boleh gunakan cara di bawah ini ya.

Bahan / alat yang diperlukan:
1) Yungkien Ganoderma / Jia Hor Lingzhi
2) Sudu Besar
3) Air Panas
4) Mangkuk Kecil
5) Syringe

Cara-Cara:
1) Keringkan tangan terlebih dahulu.(kalau tangan basah, sukar sedikit nak buka kapsul lingzhi)
2) Buka kapsul lingzhi dan masukkan serbuk lingzhi ke dalam mangkuk (kuantiti kapsul terpulang pada individu)
3) Tuangkan air panas ke dalam sudu. Nisbah yang boleh digunakan: 1 kapsul lingzhi : 1/2 sudu besar
4) Larutkan serbuk lingzhi dengan air panas. Kacau dengan sudu.
5) Masukkan larutan lingzhi ke dalam syringe
6) Sedia untuk diberi pada anak!

Pastikan anak minum air masak secukupnya untuk membantu proses detoksifikasi ya 😀

Tips: Boleh campurkan sedikit madu untuk kurangkan rasa pahit lingzhi. Pastikan madu asli ya!

Sunday, 22 March 2020

MENTOR dalam BISNES

Salam Health Lovers !

Dalam apa-apa bisnes yang kita ceburi, apa yang penting adalah mentor. Tanpa mentor, buat bisnes sesuka hati akan cepat menjatuhkan bisnes kita. Dan penting untuk mencari mentor yang BETUL.
Jika buat bisnes kek, perlulah bermentorkan pastri chef yang berjaya dalam bisnesnya.
Jika buat bisnes tudung. perlulah bermentorkan mereka yang berjaya dalam bisnes tudung.

Jadi carilah mentor yang betul-betul boleh membantu anda baik ketika senang ataupun susah.

Alhamdulillah, dalam bisnes Shuang Hor, memang perlu ada mentor yang akan guide kita untuk berjaya dan terus berjaya dalam menjalankan bisnes ini.

Nak tahu lebih lanjut? >> Whatsapp Izura

Gambar kat atas ni adalah gambar saya bersama upline aka business partner saya. Comel x kami? Hihi. Kalau hebat, boleh nampak seorang lagi Future Leader dalam gambar tu insyaAllah :)



Sunday, 15 March 2020

PROBIOTIK TERBAIK UNTUK USUS

Salam Health Lovers,

Dalam dunia ni, ada orang jahat dan orang baik.
Tapi untuk pastikan dunia tu selamat, kita mesti nak orang baik sahaja di sekeliling kita, betul tak? Tapi susah dan mustahil nak jadikan situasi ni satu kenyataan.
Cara terbaik nak pastikan dunia ni selamat, kita pastikan bilangan orang baik tu lebih daripada bilangan orang jahat. Tak adalah rosak cepat dunia tu kan?

Mesti ada yang dah pelik apa lah yang saya merepek pasal orang baik orang jahat ni 😂

Sebenarnya, saya cuba nak relatekan situasi ini dengan keadaan usus kita.

Dalam usus kita ada berTRILION bakteria, dan macam manusia, ada bakteria yang baik dan ada juga yang jahat.
Bakteria baik ini berfungsi untuk mencernakan makanan dalam badan. Jadi penting untuk kita perbanyakkan bakteria baik dalam usus kita untuk menjamin usus yang sihat. Sekurang-kurangnya, kita perlu pastikan ada 85% bakteria baik dalam usus kita.

Macam mana ada bakteria jahat pula?
Datang dari pemakanan yang tidak sihat, terutamanya junk food.

MACAM MANA NAK ADA BANYAK BAKTERIA BAIK DALAM USUS?
Dengan mengambil probiotik (bakteria baik) dengan konsisten.

Produk Shuang Hor yang menjadi favourite saya sekeluarga, terutama sekali anak saya adalah LACTOBERRY.

Apa yang lainnya LACTOBERRY ini berbanding produk probiotik di luar sana?

1) Teknologi Berbilang Penyalutan
Kebanyakan probiotik yang tidak disalut dengan baik mempunyai kekurangan dari segi ketidakupayaan menahan asid dan tidak dapat bertahan lama lantas akan hilang kecergasannya setelah dihakis asid gastrik. Beri Asli dengan Probiotik Shuang Hor menggunakan teknologi penyalutan berbilang lapisan menyamai suhu badan manusia yang tercanggih, ia bukan sahaja dapat mengatasi kekurangan di atas malah keberkesanannya juga lebih terserlah:
  1. Boleh tahan asid gastrik, boleh simpan lebih lama, selepas melepasi asid gastrik dan hempedu, ia masih kekal aktif serta tidak terjejas dan seterusnya dibebaskan di dalam saluran usus bagi mencapai kesan peningkatan daya imun.
  2. Bahan penyalutan mengandungi serat prebiotik oligosakarida semula jadi yang dapat membantu menstabilkan pembiakan bakteria asid laktik di dalam saluran usus supaya ia tidak cepat dikeluarkan bersama najis.
Senang cerita, bakteria baik yang kita makan ini akan kekal AKTIF dan HIDUP selepas melalui mulut, trakea hinggalah sampai ke usus. Kalau bakteria tu tak hidup dan aktif, tak gunalah kita ambil hari-hari.

2) Ia juga mengandungi PREBIOTIK (makanan untuk probiotik supaya dapat membiak dengan baik dalam usus)
Bifidobacterium Longum: Mengekalkan keseimbangan flora bakteria usus yang normal, menyekat pembiakan bakteria punca penyakit, mencegah sembelit dan mengawal disenteri. Bifidobacterium Longum membiak di dalam usus besar manusia, ia dapat menghasilkan kumpulan Vitamin B serta pelbagai jenis enzim yang berguna untuk membantu penghadaman, mencegah cirit-birit yang berpunca daripada antibiotik atau bakteria penyebab penyakit. Selain itu, ia juga dapat membantu badan melawan jangkitan, menghapuskan bakteria berbahaya, memperkuat sistem imun, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit usus, dan mengurangkan risiko penyakit kanser.

Senang cerita, bakteria baik yang kita makan ini akan membiak dan membiak dan menendang bakteria jahat keluar dari usus dan boleh lah mencapai piawaian usus yang baik (85% bakteria baik dalam usus).

3) Ia mengandungi 3 jenis beri
  • Serbuk Cranberi: Antosianidin yang terkandung di dalam cranberi dapat mencegah ancaman E.Coli terhadap saluran kencing; memandangkan 80% - 90% daripada jangkitan saluran kencing berpunca daripada E.Coli, maka kandungan istimewa di dalam cranberi ini dapat menghalang kuman E.Coli melekat di saluran kencing sekali gus mengelakkan jangkitan.
  • Serbuk Raspberi: Berkesan mencegah sembelit.
  • Serbuk Beri Biru: Suplemen berkhasiat antipenuaan semula jadi, dapat menghapuskan radikal bebas, menggalakkan penyingkiran sisa metabolisme

Senang cerita, Lactoberry ini bukan prebiotik dan probiotik semata-mata. Ada banyak lagi kandungan yang berkhasiat yang diperlukan oleh usus. Rasa pon sedap, anak-anak confirm suka.


 Kami sekeluarga memang tak pilih yang lain. Lactoberry di hati (dan usus hihi)💗
Lactoberry (1 kotak=30 sachets)Harga Ahli: RM70
Harga Bukan Ahli: RM84

Nak dapatkan sample? Whatsapp Izura.



Friday, 30 January 2015

VCare Shower Gel - Sabun Mandi Semulajadi

Salam :)

Mandi itu perlu. Nak-nak lagi dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembab, buat badan mudah melekit kan?
Selain daripada untuk membersihkan badan dan kulit daripada kotoran / daki, mandi dapat melancarkan peredaran darah , memberi lebih kesegaran pada badan kita kerana darah sudah lancar. Jadi badan tidaklah rasa lesu dan penat selepas mandi.

Bulan lepas, saya berjalan-jalan di satu pusat membeli belah. Sale merata-rata. Memandangkan shower gel saya hampir habis, saya pun tergerak untuk membeli sabun semulajadi yang lain. Dek kerana takut tidak sesuai dengan kulit, saya hanya membeli botol yang kecil sahaja. Tetapi tak tahu, nafsu shopping menggila, saya beli hingga 3 botol , semuanya berlainan brand. Saja nak cuba :P
Selepas menggunakan ketiga-tiga sabun ini, saya boleh katakan ia TIDAK BOLEH lawan dengan VCare Shower Gel. Bukan nak menangkan produk sendiri, tetapi ini yang saya rasa setelah mencubanya sendiri.
Dari segi kesihatan, bahan-bahan yang digunakan memang tiptop. Jadi tidak perlu risau jika ia membahayakan kulit atau tidak.
Dari segi bau, saya akan beri lebih kredit pada produk lain, kerana boleh memilih bau yang kita suka. VCare hanya ada 1 pilihan sahaja. Walaubagaimanapun, kedua-dua produk mempunyai haruman menyenangkan.
Dari segi rasa selepas mandi, kedua-duanya memberikan rasa segar dan kulit menjadi lebih lembut.


Yang membuatkan saya pilih VCare Shower Gel ialah rasa sabun itu sendiri. Amaun yang digunakan tidak perlu banyak untuk membersihkan badan jika dibandingkan dengan produk semulajadi yang lain. Bila saya guna produk lain, masih rasa tidak cukup bila sabun diratakan pada kulit.
Memang harga VCare Shower Gel mahal sedikit daripada produk lain yang saya cuba (RM 30 / 300 ml), tetapi sangat berbaloi. 'Value for money' lah senang cerita.

Mungkin perbandingan saya ini sangat sedikit, tetapi kepuasan selepas menggunakan produk penting bagi saya.
Saya tidak tahu tentang anda, mungkin boleh cuba dan anda nilai sendiri :)







Friday, 19 September 2014

TIPS: Show vs Tell

Salam

I read an article about showing vs telling. A good tips of doing business, or any other things you are doing really.
Instead of telling people you should eat fruit, you should pray all the time, you should do good,
SHOW THEM. 
Buy them fruits and prepare for them to feast, ask them to join you during prayer time, do good to people.
Same goes when you are doing business. Say you are selling a skirt. A lady walks in your store. You approach the lady and say 'hey, try this new skirt we are selling'. Often, people will have a glance, and walkaway.
How about you get a proper size for the customer, and usher her to the fitting room to try it. After she look at the mirror, she loves it and ka-ching, you get you sale for that day :D

People won't believe your words (especially if you are a stranger) unless they see the results in front of them. SHOW!

Wallahualam,
Have a good Friday everyone :)

Monday, 15 September 2014

KANSER . CANCER. KANKER

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Fuhh..Berabuk blog ni.
Memang dah lama tinggalkan bersawang :|

Ok.
Time for a new entry.

Have you heard of cancer? WHO DOESN'T??!
Kanser merupakan antara penyakit no 1 yang digeruni masyarakat sekarang ini. Datangnya tidak diduga, sedar-sedar sahaja sudah kronik. Paling menyedihkan kalau pertama kali dapat tahu dan ia nya sudah di stage ke-4 !
Kanser bukanlah penyakit yang disebabkan oleh virus /bakteria. Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan, persekitaran, cara hidup dan hanya sedikit % disebabkan oleh faktor genetik.
So, good news is that we CAN CONTROL the cancer to attack. Dengan cara, menjaga pemakanan dengan baik dan cuba jalani cara hidup yang sihat.
Nampak macam senang kan? Jaga makan, hidup sihat...
Kadang-kadang, orang yang sangat-sangat menjaga pemakanan, bersenam selalu pun boleh menghidapi penyakit kanser ini.

PEMAKANAN
Saya pasti ramai yang sudah tahu bagaimana untuk membezakan makanan sihat atau tidak.
Makanan bergoreng, penuh lemak, fast food ini semua sudah terang akan keburukannya. Ramai orang tahu, tapi masih makan. Hmm..
Ramai juga yang mengambil makanan tambahan atau supplemen. Ini bagus, DENGAN SYARAT, bahan-bahan terkandung dalam supplemen itu bukannya berunsur daripada BAHAN KIMIA!
Tahukah anda, kebanyakan Vitamin C di pasaran adalah asid askorbik sintetik? Tahukah anda asid askorbik asli tidak mempunyai warna? Jadi apa yang diberikan kepada anak-anak/ anda selama ini?

Ini merupakan masalah 'halus' dalam industri pemakanan kita. Terlalu banyak bahan kimia sampai kita sendiri tidak tahu adakah bahan itu asli atau tidak. Jagung pun boleh diubah rupa dengan menambahkan pelbagai jenis bahan kimia supaya nampak lebih elok. Rupa-rupanya tidak ada unsur jagung pun dalam 'produk jagung' itu!! Tidak kah kita berasa pelik kenapa zaman datuk nenek moyang kita, penyakit seperti kanser tidak berleluasa? Ini kerana, makanan yang dimakan oleh mereka pada zaman itu ditanam sendiri, hasil cucuk tanam mereka sendiri. Mereka tahu apa yang mereka makan.
Bukan seperti zaman sekarang yang kebanyakan daripada kita kalau tidak ke supermarket, hanya singgah di gerai untuk mengisi perut yang lapar :|
Waktu makan juga sudah menjadi BERTERABUR terutama pada remaja.
Cuba amalkan jadual pemakanan sebegini:
Sarapan: 7-9 am
Lunch: 12-2 pm
Dinner: 6-8 pm
In between meals, you can have light healthy snacks such us nuts, fruits, salad etc. 
Nampak tak bagaimana sukarnya untuk menjaga pemakanan di zaman moden ini? Sukar ke? Nah..bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa :)
Maknanya, kalau sesuatu perkara yang susah, asyik kita buat selalu, lama-lama jadi biasa dan senang :)

CARA HIDUP SIHAT
Zaman kini macam sudah 'trend' orang pergi ke gim untuk bersenam. Ini adalah aktiviti sihat. BAGUS!. Tetapi, selepas bersenam, duduk melepak sampai ke pagi dengan kawan-kawan. Sambil menghisap rokok. Sambil mengambil minuman keras. AIK!! Sihat ke macam tu?
Sudah tu pula, malam yang sepatutnya waktu tidur, digantikan dengan siang pula.
Ramai yang lupa tentang pentingnya waktu tidur PADA WAKTU YANG TEPAT iaitu dari pukul 10mlm -4 pagi. Ini adalah waktu yang terbaik untuk tidur kerana waktu inilah penghasilan melatonin dalam badan berlaku. Secara ringkasnya, melatonin ini adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal yang sangat-sangat berguna untuk membantu menguatkan sistem imun kita. Untuk lebih info, boleh lah klik di sini untuk membaca lebih lanjut tentang melatonin. Juga boleh membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.
Cuba jangan ambil mudah bab tidur ya :)
1 lagi musuh utama dalam kebanyakan 'penyakit moden' ialah STRESS. Masyarakat kini tidak boleh lari daripada stress, baik di tempat kerja, di sekolah, di rumah, di dalam kereta, pendek kata, MANA-MANA SAHAJA pun boleh dapat tekanan STRESS ini. Apa kata belajar untuk bendung tekanan ini. Banyak caranya. Macam mana? Bagi saya, sabar, selawat dan redha adalah rawatan terbaik. Tetapi, lain orang lain caranya. Cuba muhasabah diri, kenali diri bagaimana cara terbaik membendung stress anda OK? :D

Saya ingin kongsi 1 Testimoni ; Kanser Payudara
Wanita, 33 tahun
Pada awalnya, mendapati ada ketulan di kawasan bawah lengan (ketiak).
Pergi ke hospital dan doktor menyarankan untuk membuang ketulan itu.
Setelah buang, 3 lagi ketulan baru timbul.
Lagi sekali beliau ke hospital untuk membuang ketulan itu.
Setelah itu, beliau disahkan menghidap kanser. Beliau serik dengan perubatan hospital. Tidak mahu menjalani rawatan kemoterapi.
Lama kelamaan, payudara nya menjadi hitam seluruhnya dan keras.
Memandangkan beliau tidak mahu mengambil rawatan doktor, beliau menggunakan rawatan alternatif-LINGZHI.
Bermula dengan mengambil 1 biji. Payudara nya menjadi sangat-sangat sakit.
Beliau disarankan untuk mengambil dos yang tinggi-30 biji. Hidungnya yang pada mulanya tersumbat, terus menjadi lega. Pada malam hari, beliau gembira kerana akhirnya boleh baring dan tidur. Selama ini beliau hanya bersandar pada dinding kerana sakit sangat di payudaranya.
Beliau juga mula menjalani cara hidup yang lebih sihat, kesemua makanannya direbus.
Sambil itu, masih mengambil 4 botol lingzhi sehari untuk legakan sakit di payudara itu.
Setelah sebulan mengambil dos lingzhi yang tinggi, akhirnya beliau dapat najis yang sangat hitam dan melekit.
Setelah 2 bulan, najisnya mula berubah warna kuning.
Setelah 3 bulan, terdapat cecair jernih keluar daripada kawasan areola. Bau cecair itu sangat busuk macam bau sampah.
Setelah cecair itu keluar, barulah payudaranya menjadi lembut seperti biasa.

Sekarang setelah 10+ tahun berlalu, beliau masih sihat, bebas daripada kanser dan menjalani kehidupan yang sangat-sangat sihat. Beliau kini menanam sendiri sayuran, buah-buahan nya dan masih menjaga pemakanannya- tiada makanan berminyak dsb.

Semuanya di tangan kita. Tepuk dada tanya selera (eh?!). Nak sihat atau tidak.
Sememangnya segala-galanya di tangan Tuhan, tetapi kita sudah diamanahkan badan yang sihat pada waktu kita masih bayi, kenapa perlu dirosakkan setelah kita meningkat dewasa. Kan?
Wallahualam...

Thursday, 26 June 2014

GREENZHI sebagai FEMININE WASH

Assalamualaikum


Saya suka untuk menulis tentang GREENZHI TOOTHGEL sebab ...
banyak sangat kegunaan lainnya selain menggosok gigi. Jadi banyak lah yang boleh dibuat dengan hanya 1 tiub ini. Sangat-sangat berbaloi. Boleh klik di sini untuk tahu kegunaan GREENZHI ini.

Pada saya secara peribadi, selain daripada menggosok gigi, saya menggunakannya sebagai 'FEMININE WASH'.
Kebanyakan wanita yang menggunakan FEMININE WASH ini rata-rata mementingkan kebersihan.
Kita perlu tahu, di sekitar kawasan vagina, sudah terdapat komuniti flora mikro organisma yang seimbang, termasuklah bakteria yang memastikan keadaan di kawasan alat sulit itu terjaga daripada infeksi dll.
Tetapi, bila kita gunakan penyembur atau pemcuci yang mempunyai pewarna / pewangi, yang kebanyakannya sintetik dan penuh bahan kimia, keadaan seimbang di kawasan vagina itu akan terganggu. Maka, penyakit seperti herpes, kegatalan dsb terjadi.

GREENZHI TOOTHGEL ini megandungi neem, anti bakteria dan anti fungus. Dan ianya menggunakan bahan yang semulajadi, jadi tidak perlu bimbang untuk menggunakan nya di kawasan vagina (atau mana-mana sahaja).

Bagi penghidap diabetes pula, mereka sering mengalami kegatalan dan berasa tidak selesa pada alat sulit mereka. Kebiasaannya, klinik / hospital akan memberikan mereka krim sapu yang jika digunakan untuk jangka masa yang lama, boleh menipiskan kulit dan menyebabkan banyak lagi masalah. Tambahan pula, krim itu penuh dengan bahan kimia!

Kepada sesiapa yang mempunyai saudara mara atau sahabat handai yang menghidap diabetes, boleh cuba untuk syorkan GREENZHI TOOTHGEL ini kepada mereka. InsyaAllah sangat-sangat membantu. Ini disarankan oleh seorang pesakit diabetes sendiri. Beliau tidak lagi rasa gatal dan tidak selesa pada bahagian alat sulit selepas mencuci dengan GREENZHI TOOTHGEL ini.

Ingin mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya : 019 209 4747 / izura.ishak@gmail.com. 

Monday, 7 April 2014

BONUS PRESTASI (OVERRIDING)

Assalamualaikum

Ramai yang bertanya, bagaimana bayaran / komisen / bonus diberikan kepada pengedar? 
Soalan yang seterusnya yang bakal muncul ialah:
Kalau macam tu, senanglah orang yang atas. Dapat untung dari orang bawah! 
TIDAK SAMA SEKALI. Kerana jumlah bonus / komisen adalah daripada jumlah overiding dalam 1 jaringan (network). 

Kepada sesiapa yang tidak paham maksud orang atas / orang bawah ini, mari saya perjelaskan.
Orang atas ini dipanggil upline. Mereka inilah yang bertanggung jawab memperkenalkan seseorang kepada syarikat / produk . 
Orang bawah pula dipanggil downline. Mereka ini didaftarkan bawah seseorang (upline) atas pilihan sendiri. Tiada paksaan di sini. Mereka inilah juga yang dipanggil rangkaian (network). 

Kalau mengikut sistem syarikat Shuang Hor, bonus / komisen diberikan mengikut prestasi seseorang dalam masa sebulan. Setiap produk kami mempunyai PV atau pun nilai mata tersendiri. Pada hujung bulan, jumlah PV akan dikira, dan akan ditukarkan kepada wang ringgit mengikut peratusan yang ditetapkan. Anda haruslah mendapatkan sekurang-kurangnya 400PV dalam sebulan untuk anda layak mendapatkan bonus prestasi ini. (Lihat gambarajah dibawah)









Katakan anda ialah A. 
Anda mempunyai downline seramai 3 orang (B, C, & F).  
Jadi, untuk B, C & F, upline mereka adalah anda (A). 
Sekarang kita akan kira berapakah jumlah pendapatan yang akan anda peroleh.

Jumlah PV anda = B+C+F+A=3200PV
Jumlah RM mengikut PV: 3200x16%=RM512.







Memandangkan downline B anda juga layak untuk mendapat bonus prestasi (kerana jumlah PV lebih daripada 400mata), overriding diambil kira di sini. 

Jumlah PV B: B1+B2+B3+B4+B=2500PV
Jumlah RM untuk B: 2500x12%=RM300






Jumlah bersih yang akan anda peroleh di sini:
Jumlah RM A-Jumlah RM B:
RM512-RM300=RM 212

Anda-A (upline) mendapat bonus RM212.
Manakala B (downline) mendapat bonus RM300. 

Sapa yang lebih untung? 
B kan?

Jadi tiada istilah orang atas lebih untung daripada orang bawah di sini. Semuanya terletak kepada hasil usaha anda pada bulan itu. Ini barulah adil. 

Kalau masih tidak paham tentang penerangan saya di atas, boleh hubungi saya terus :)

Wallahualam.



Tuesday, 11 February 2014

Opportunity Presentation Preview (OPP)

Assalamualaikum

Dalam perniagaan Shuang Hor, kami diajar untuk mengamalkan 7 amalan harian:
1) Menggunakan Produk
2) Membaca apa-apa bahan berkaitan dengan Shuang Hor (kesihatan, peningkatan diri, dll)
3) Mendengar rakaman suara (selalunya dirakam semasa perjumpaan (OPP) )
4) Menghadiri / mengadakan perjumpaan OPP
5) Menghubungi upline
6) Berkongsi tentang produk pada orang ramai
7) Berkongsi tentang perniagaan Shuang Hor pada orang ramai

OPP? Ape tu? Ia adalah singkatan untuk Opportunity Presentation Preview. 1 perjumpaan di rumah / di syarikat atau mana-mana premis untuk membentangkan apa-apa perkara berkenaan dengan produk atau bisnes kami (berkenaan dengan Shuang Hor). Intipatinya boleh jadi secara langsung atau tidak langsung asalkan bersangkut paut dengan Shuang Hor.

Kenapa perlunya untuk menghadiri perjumpaan seperti ini?
Sebab utama adalah untuk mendapatkan sebanyak ilmu yang mungkin, baik dari segi kesihatan secara menyeluruh, ilmu tentang produk-produk yang ada, ilmu bagaimana untuk menjalankan perniagaan Shuang Hor ini dengan betul dan banyak lagi. Kata kunci di sini ialah ILMU.

Antara ilmu yang saya peroleh selepas menghadiri pelbagai perjumpaan OPP:
1) Definisi badan yang terlalu 'acidic'
badan yang acidic bermaksud pH badan tidak seimbang. Sekiranya ini berlaku, badan akan kerja lebih untuk menyeimbangkan badan menyebabkan badan mudah jatuh sakit. Punca keadaan ini berlaku terutamanya disebabkan oleh pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat.
2) Definisi makanan berasid/beralkali
Sebelum ini saya beranggap limau sifatnya berasid. Jadi jika badan yang terlalu acidic, tidak boleh untuk makan limau. Saya silap. Kerana sebenarnya keasidan/kealkalian sesuatu makanan diklasifikasikan mengikut hasil setelah ia dihadam. Limau selepas dihadam menghasilkan alkalinity (alkali forming).
Bagi penggemar kopi, tidak perlu lagi risau tentang tahap keasidan tinggi kerana CEO Cafe kami mempunyai lingzhi. Umum tahu bahawa kopi bersifat acidic. Tetapi lingzhi / ganoderma adalah bersifat alkali forming. Jadi CEO Cafe adalah neutral :)
3)  Pentingnya sinergi dalam pemakanan
Sekarang ramai antara kita yang sudah mula untuk mengambil suplemen. Itu bagus sebab sudah mula prihatin terhadap kesihatan sendiri. Tetapi ramai yang kurang pengetahuan tentang suplemen yang diambil.
Tahukah anda, Vitamin D memerlukan cukup folate untuk berfungsi dengan baik dalam badan. Kalsium pula memerlukan zinc untuk berfungsi. Jadi, kita tidak boleh memandai-mandai untuk membeli suplemen di kaunter, dengan anggapan badan kita perlukan suplemen itu.
Ada juga yang mengambil multivitamin. Lebih mudah kerana semua jenis vitamin lengkap dalam 1 kapsul/tablet. Tetapi daripada manakah sumber semua vitamin itu diperoleh? Saya ada menyentuh sedikit tentang multivitamin dan cara-cara memilih multivitamin yang betul di dalam post saya yang lepas. Boleh klik di sini untuk lebih info.
4) Insurans Produk Liabiliti
Tiada kandungan tersembunyi pada produk-produk Shuang Hor. Apa yang tertera di kotak, itulah kandungannya. Kalau sebaliknya, anda boleh saman pihak Shuang Hor. Ini jaminan yang diberi.
5) Untuk cepat berjaya, perlu mengadakan 500 OPP. Alhamdulillah, saya telah menghadiri 4 OPP untuk tahun ini tetapi hanya menganjurkan 1 daripada 4 itu. Ya, sangat-sangat sedikit tetapi saya harap untuk lebih konsisten dan serius tahun ini insyaAllah.

Banyak ilmu bermanfaat yang diperoleh. Kalau ingin tahu lanjut, jomlah join OPP kami yang lain :)
Boleh hubungi saya untuk tarikh-tarikh OPP akan datang.

Friday, 31 January 2014

GREENZHI -GEL SERBAGUNA



ASSALAMUALAIKUM
Saya ingin berkongsi kandungan dan khasiat yg terdapat dalam GREENZHI kami.
Sebenarnya, ia bukannya hanya digunakan untuk menggosok gigi, tetapi banyak lagi kegunaan. Itu lah sebabnya kita panggil ubat gigi pelbagai guna.

Kegunaan GREENZHI selain untuk gigi:
1. Boleh digunakan untuk kesan lecuran. Tidak kira melecur disebabkan air panas, iron yang panas, terpegang permukaan yang panas dll. Lalukan kesan lecuran itu bawah air sejuk, kemudian sapukan dalam amaun yang banyak pada kesan lecuran itu. Pedih sedikit pada awalnya, tetapi rasa sakit akan hilang gradually. Kesan parut pun boleh cepat hilang.
2. Boleh disapu pada jerawat di muka (atau di mana-mana bahagian badan). Memang kita (especially wanita) tidak suka bila jerawat tiba-tiba muncul di muka. Tak perlu risau, hanya sapu di jerawat berkenaan dan biarkan semalaman. Jerawat akan cepat kering dan kecut. Untuk kesan lebih efektif, cuci muka dengan Greenzhi pada pagi itu.
3. Kegatalan pada kulit. Gatal boleh disebabkan oleh banyak perkara, boleh jadi alahan kepada sesuatu, digigit oleh serangga dll. Boleh sapu Greenzhi pada tempat yang gatal. Ia akan meredakan rasa gatal itu, so tak perlu nak garu sampai luka (o 'oo)
4. Luka. Hanya sapu pada tempat yang luka, Greenzhi boleh mempercepat proses ia kering dan sembuh.
5. Ulser Mulut atau orang melayu kata 'mata ikan'. Letak Greenzhi di mata ikan itu.
6. Bengkak / lebam yang disebabkan oleh alahan atau jatuh atau apa-apa sahaja boleh diredakan dengan menyapu Greenzhi di tempat yang bengkak.
7. Bibir kering. Hanya sapukan greenzhi (dicampur sedikit dengan air) pada bibir setiap malam.
8. Untuk mengecilkan perut yang buncit, boleh sapu Greenzhi di sekeliling perut dan dibiarkan semalaman. Bilas pada keesokan harinya. Lakukan beberapa kali hingga dapat hasil yang diingini :D
9. Sakit gusi (ngilu/bengkak). Hanya sapukan pada tempat yang sakit.
10. Pencuci Wanita / Feminine Wash.

Kesimpulannya, Greenzhi ini boleh dijadikan sebagai First Aid kita dirumah kan?

Tips membeli GREENZHI:
1) beli 2 kotak.
a. 1 sebagai 1st aid
b. digunakan hari-hari untuk menggosok gigi
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Copy paste from the website

Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Ekstrak Neem, Aloe Vera yang pekat, Xilitol dan Klorofil.

Nano Ganoderma Lucidum
Triterpenes dalam Ganoderma / Lingzhi dapat mengawal mutan streptokokus menghasilkan dekstran, seterusnya mencegah plak dan kerosakan gigi.
Polisakarida pula dapat mempergiatkan peredaran darah tisu-tisu di gusi, juga dapat mengaktifkan mukosa oral untuk menjaga kesihatan mulut.

Ekstrak Neem / Semambu
Mengelakkan gigi menjadi kuning dan dapat memutihkan gigi, dapat mencegah pendarahan atau kesakitan gusi dan mulut berbau .Ia juga dapat mengelakkan radang yang disebabkan oleh kerosakan gigi, mencegah kemerebakannya serta menyihatkan gusi, mencegah mulut berbau dan ulser mulut.

Aloe Vera
Dapat memperbaiki permukaan gusi, membunuh bakteria dan mencegah karang gigi. Ia sangat berkesan untuk mengekalkan kebersihan mulut.Xilitol
Xilitol bersifat manis, segar dan berhaba rendah. Ia tidak mudah menghasilkan bahan berasid kerana penapaian mikroorganisma, jadi dapat mencegah pembentukan streptokokus plak. Kandungan yang berkualiti dapat mencegah kerosakan gigi.

Klorofil
Dapat mencegah pendarahan gusi, mulut berbau, juga dapat menguraikan sisa makanan di dalam celah-celah gigi untuk menjaga kebersihan mulut. Ia berkesan untuk meredakan keadaan sensitif di gusi.

Kandungan-kandungan Lain:
Gel semula jadi
Gel yang lutsinar dan semula jadi dapat mengurangkan geseran semasa memberus gigi, seterusnya mengelakkan kecederaan enamel.

Agen pembuih semula jadi
Menggunakan agen pembuih yang diekstrak daripada kelapa dan jagung. Ia bersifat natural, lembut, selamat dan tidak beracun. Ia juga berkesan untuk menentang bakteria dan mencegah kerosakan gigi.

Pudina semula jadi
Berbau segar dan tidak pedas. Ia sesuai digunakan untuk sekeluarga termasuk anak-anak kecil.