Salam,
Ape kabar? Harap sihat semuanya.
Baru-baru ini saya ada membaca satu artikel tentang 'Tandas Bank Bakteria'. Satu topik yang agak menarik bagi saya kerana selama ini walaupun tahu tetapi tidak pernah untuk memberi perhatian lebih tentang topik ini. Saya petik beberapa baris dari artikel ini:
Manusia menghabiskan 1/3 kehidupannya di tandas.
Kehadiran bakteria atau kuman yang sering mengakibatkan infeksi-E. Coli, Staphylicocus, Betastreptococci dan Clostridium difficile banyak terdapat di tandas.
(Kes bayi mati akibat jangkitan E.coli http://uk.news.yahoo.com/two-babies-die-e-coli-infection-164432781.html )
Di setiap inci dan sudut dalam tandas baik tombol pintu, kepala paip, sudut singki, mangkuk tandas dan pam tandas anda itu semuanya mengandungi bakteria.
Bagi kaum wanita dan kanak-kanak perempuan, infeksi pada vagina boleh menyebabkan seseorang itu tidak selesa kerana mereka boleh mengalami rasa gatal di sekitar kemaluan. Bukan itu sahaja, masalah keputihan akibat jangkitan kuman juga boleh berlaku.
Kawasan sekitar vagina adalah tempat yang akan bersentuhan secara langsung dengan permukaan tandas duduk. Kalau tandas cangkung, permukaan vagina adalah tempat yang akan berisiko tinggi terkena percikan air yang berada atas lantai tandas yang tercemar.
Perempuan lebih kerap terkena jangkitan saluran kencing kerana kedudukan semula jadi bahagian sulit wanita berada sangat dekat dengan saluran kencing.
Berbeza dengan lelaki yg mana salur kencingnya lebih panjang, kuman biasanya susah untuk masuk ke dalam tubuh.
Penyakit infeksi salur kencing ini menyebabkan penghidapnya berhadapan dengan situasi kuman tandas masuk ke salur kencing. Ia kemudian merebak ke organ lain seperti ginjal bahkan ke seluruh tubuh sehingga akhirnya menyebabkan infeksi ginjal dan urosepsis.
Jika anda lihat bisul yg mungkin sedang hidup subur menumpang di badan ataupun pernah tumbuh di bahagian paha atau di mana-mana pada tubuh anda, ia ada kaitan dengan sejenis bakteria bernama staphyliococus yg dipindahkan melalui tangan yg tidak dicuci selepas masuk ke dalam tandas dan kemudian masuk ke dalam badan (melalui makanan). Komplikasi lain-berak berdarah dan cirit-birit kronik.
Basuh tangan elak jangkitan!
-tanggalkan cincin atau apa shj perhiasan lain eg jam/gelang
-gunakan air hangat dan basah tgn secara menyeluruh
-gunakan sabun
- gosok tgn terutama di antara jari, pergelangan tangan dan lengan dengan sabun selama 15saat
-gosok bawah kuku
-bilas dengan air mengalir
-keringkan tangan dengan tuala bersih, tisu
-lindungkan tangan daripada menyentuh permukaan yg kotor saat meninggalkan tandas
Hot Spot bakteria
1) Tab Mandi 2) Lantai 3) Singki 4) Pam Tandas 5) Mangkuk Tandas 6) Kepala Paip
Jepun sudah mendominasi dunia dalam penghasilan tandas bijak (smart toilet)
Produk biotek terbaru Shuang Hor; Lacto-Berry, merupakan probiotik yang dapat menjamin kesihatan usus dan boleh menyekat pembiakan bakteria berbahaya. Juga mengandungi 3 jenis beri; Cranberi (khas untuk membunuh bakteria E.Coli), Raspberi dan beri biru( anti oksidan), padat dengan Vitamin C. Rasanya sungguh sedap dan boleh dimakan begitu sahaja!
No comments:
Post a Comment