Pencuci ini merupakan produk yang paling saya gemari. Kenapa? Untuk pertama kalinya saya dapat merasakan pembersihan yang sangat mendalam dan tidak memberi rangsangan pada kulit muka saya.
Keistimewaan Amino Acid Cleanser:
- Struktur kulit terdiri daripada asid amino. Oleh itu, pori-pori kulit lebih senang untuk menerima asid amino untuk diserap dalam kulit.
- Terdiri daripada gelembung halus, dapat membersihkan muka secara mendalam.
- Asid lemah, tidak memberi rangsangan kepada mata dan kulit.
- Hidrofilik, membekalkan kelembapan kepada kulit.
Ciri-ciri:
- Menggunakan surfaktan asid amino yang berkonstentrasi tinggi.
- Membersihkan kotoran dan lemak di lapisan luar kulit.
- Melembutkan lapisan stratum corneum supaya dapat membersihkan kulit secara mendalam.
- Asid lemah, sesuai dengan pH kulit, tidak memberi rangsangan kepada kulit.
- Dalam keadaan tidak merosakkan membran sebaceous, ia melembutkan membran sebaceous dan membolehkan air masuk ke dalam kulit untuk menambah kelembapan kulit.
- Mampu menenangkan sensitif, mengurangkan keradangan dan membantu penyembuhan jerawat.
- Selepas mencuci, kulit akan berasa segar dan lembut tanpa perasaan ketat.
- Sesuai untuk semua jenis kulit.
Kandungan:
1) Surfaktan Asid Amino (Sodium Lauroyl Glutamate) .Agen pembersihan kelas yang paling tingi.
2) 8 jenis kombinasi asid amino. Serupa dengan struktur asid amino dalam kulit. Merupakan sejenis agen pengunci kelembapan.
3) Agen pengunci kelembapan semulajadi. Mengekalkan kelembapan kulit dalam masa yang panjang.
4) Agen pelembut kulit yang tidak memberi rangsangan. Untuk maklumat yang lebih teknikal, boleh rujuk pada laman web di sini .
No comments:
Post a Comment