Assalamualaikum wbt
Beberapa hari yang lalu, saya berjumpa dengan seorang kawan. Saya harus berterima kasih kepada beliau kerana mengingatkan saya kembali tentang pentingnya air dalam proses penyahtosikan.
Proses Menyahtoksik
Proses di mana badan akan menyingkirkan toksin-toksin yang berkumpul di dalam badan. Toksin-toksin contohnya lemak tepu, kolesterol, mukus/lendir, gula berlebihan dan banyak lagi bahan yang tidak diperlukan oleh badan harus dikeluarkan dari badan untuk memastikan badan kita berada dalam keadaan yang sihat.
Kenapa?
Kerana toksin boleh menyempitkan saluran darah kita, menyumbat arteri darah, memekatkan darah mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung dan banyak penyakit lagi.
Toksin juga akan 'melemaskan' sel-sel badan yang sihat mengakibatkan kemerosotan fungsi organ-organ dalam badan. Oksigen sangat diperlukan oleh sel-sel badan. Untuk memproses toksin dalam badan memerlukan banyak oksigen. Sekiranya bekalan oksigen tidak mencukupi, toksin akan mencuri oksigen yang diperlukan oleh sel badan kita.
Bagaimana?
Toksin keluar dari badan melalui beberapa cara antaranya peluh, pembuangan air kecil/besar, muntah, lendir dan banyak lagi. Jadi untuk toksin keluar, perlu ada oksigen(O) dan air (H2O) yang cukup. Jadi, selalulah berada di antara pokok-pokok dan minum air yang sangat banyak (sekurang-kurangnya 3 liter). Saya teringat 1 kata-kata " kalau basuh longkang letak clorox banyak-banyak tapi tak guna air, sampah tak boleh nak mengalir keluar jugak. Sama jugaklah dengan toksin dalam badan kita ni. Ambil makanan/minuman yang membantu untuk proses menyahtoksik tapi tak minum air yang cukup pon tak guna. Nanti toksin tak boleh nak keluar dari badan juga".
Jelas? Ibaratnya, toksin itu adalah sampah dan longkang adalah saluran darah dalam badan kita.
Jadi...Jom minum air. Ia sihat! :)

No comments:
Post a Comment