Contact Me

I started practising natural healing since 2007. The herb I have been using is LINGZHI, it is a type of mushroom, an adaptogen and also a powerful detoxifier. I fall in love with how it works greatly to strengthen our body.
I hope to share the knowledge / experiences I gained since I started this alternative medicine and hope that everyone can benefit from it too.
I would also want to help those in need of a financial freedom, through network marketing I am doing that is the Shuang Hor Business.
Contact me if you are interested in knowing the natural alternative medicine or the nature of the Shuang Hor business.

CONTACT ME:
Email Address:
izura.ishak@gmail.com
Facebook Page: Lactoberry
Phone No: +6011 5922 5502
Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCeQGGubkr8O8V_1N8Udsoaw


Pages

Wednesday, 25 July 2012

Adakah Anda Sihat?


Dulu, sihat bagi saya sangat mudah. Kalau tiada penyakit yang bernama,cthnya sakit jantung, kencing manis dan kanser bermakna kita sihat. Sekiranya saya tidak perlu makan ubat,saya dikira sihat. Saya beranggapan selalunya, orang tua yang kerap sakit. 
Saya masih ingat dahulu, saya agak berbangga dengan diri saya yang susah untuk mengeluarkan peluh walau macam mana panas pun cuaca hari itu. Saya juga berbangga yang tapak tangan saya kerap berpeluh, jadi tangan saya sentiasa berasa lembut kerana 'cukup kelembapan'. Nyata saya salah. Peluh adalah salah satu cara toksin untuk keluar dari badan. Mungkin liang-liang roma saya semuanya telah tersumbat atas cara hidup dan pemakanan yang tidak betul.Pengeluaran hormon juga menjadi tidak normal.
Alhamdulillah, setelah mempelajari banyak ilmu tentang kesihatan secara menyeluruh, membaca beberapa buku berkenaan kesihatan,saya kini lebih peka dengan keadaan badan, pemakanan dan aktiviti harian saya.

Orang yg betul-betul sihat:
1) Bangun awal pagi dalam keadaan yang segar dan berasa aktif
2) Tidak rasa sakit-sakit badan /kebas di mana-mana
3) Menjalankan aktiviti seharian tanpa rasa murung, sebaliknya beribadat dan berfikiran positif selalu
4) Makan mengikut waktu,bukan mengikut nafsu. Minum air masak sekurang-kurangnya 2.8L sehari (Utk kiraan yg lebih tepat, klik di sini)
5) Pembuangan air kecil yang kerap dan air besar sekurang-kurangnya 1x sehari. Tidak mengambil masa yang lama di tandas. Najis yang dihasilkan 'berkualiti'.
Ciri- ciri najis 'berkualiti':
saiz: besar dan panjang
warna: kuning / coklat cair
terapung
tidak terlalu busuk

6) Tidak melakukan perkara yang merosakkan badan cthnya merokok / minum minuman keras
7) Melakukan senaman dengan kerap dan konsisten
8) Mempunyai masa rehat dan tidur yang secukupnya (sekurang-kurangnya 6jam sehari tanpa gangguan)

Sekiranya kita menepati kesemua di atas setiap hari,insyaAllah, kita boleh berbangga mengatakan kita tergolong dalam orang yang masih sihat Alhamdulillah:)
Jika tidak, ubahlah cara hidup dan pemakanan anda kepada yg lebih baik. 

No comments:

Post a Comment